Fri. Oct 4th, 2024

BILA ALLAH NAK UJI SABAR..

Hannah demam hari ni. Mommy sedar jam 5 pagi sebab nak kejut dia bangun buat kerja sekolah. Bila rasa badan.. aduh.. panasnya! Terus mandikan dan suruh dia rehat je. MC dari sekolah pagi dan petang. Merengek tak henti.

Pening kepala memikir kerja opis bertangguh. Tapi anak lebih penting. Tolak tepi kerja hari ni. Biar je lah. Rasa macam nak buat keputusan besar lagi sekali. Ermmm..

Sedikit lega bila Hannah nak makan nasi goreng pagi ni. Macam biasa.. tak boleh pedas-pedas. Nak bawa ke klinik, belum boleh lagi. Tunggu adik bangun.
Bila adik dah bangun.. Hannah pula merengek tak henti. Sakit perut. Sakit kepala. Itu je word dia. Mommy syak.. sebab dia nak muntah. Tapi tak boleh. Erm.. Lama dah Hannah ni tak demam. Lama sangat-sangat. Bila dah kena ni, memang serabut la jadinya.

Adik pula main je kerjanya. Tak sangka.. di saat Mommy sibuk di dapur, dia buat ‘kerja’ yang boleh hilangkan sabar.

Allahu adik.. Mommy Daddy taktau nak cakap apa. Marah pun tak guna, adik takkan faham. Allah betul-betul nak uji kami.

Gone. Officially Gone.

T_T

Layak ke Mommy marah adik? Pukul adik?

Mommy ni bukanlah artis atau blogger terkenal yang orang berebut nak sponsor dik.. 😭😭

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “BILA ALLAH NAK UJI SABAR..”
  1. Semoga shehan diberi ketabahan …
    Bebudak ni memang ada aje keje depa. Sel otak sedang berhubung namanya tuu… baru 2org … 🙂
    Moga Hannah cepat sembuh
    Aamiin…

  2. Alahai rosak tv ye? Sabar shehan, kalau pukul dia sampai bila dia akan ingat. Tv bila ada rezeki boleh ganti. Anak anak itu je lah yg ada. Moga dipermudahkan segala urusan shehan & family & hannah cpt sihat, Aminn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!