Untuk mereka yang nak elakkan diri daripada pening kepala untuk survey daripada satu tempat ke satu tempat, serta nak jimatkan minyak dan parking, Mommy cadangkan korang beli je kelengkapan sekolah anak-anak secara online. Memang jimat masa dan kos.
Online kelengkapan sekolah di Matari Shop

Mommy sarankan untuk beli semua alatan dan kelengkapan sekolah termasuk baju sekolah dan pakaian seragam untuk persatuan secara online di Matari Shop. Dari segi kualiti, Mommy memang yakin dengan Matari Shop. Ini kerana Mommy sendiri dah ada 6 pasang baju sekolah rendah bebas kedut untuk Hannah, yang semuanya dari Matari Shop.

Kualiti memang ok bagi Mommy. Dengan ciri bebas kedut memang memudahkan kerja Mommy untuk iron baju seragam ini nanti. Untung Mommy. Hehehe..
Apa yang ada di Matari Shop?
Antara kelengkapan sekolah yang dijual di Matari Shop adalah :
- Baju Sekolah Rendah
- Baju Sekolah Menengah
- Baju Sekolah Agama untuk Sekolah Rendah dan Menengah
- Baju Pengawas untuk Sekolah Rendah dan Menengah
- Uniform Ko-Kurikulum
- Aksesori seperti beg sekolah, stokin, alat tulis dan macam-macam lagi.
Betul tau.. Bukan baju sekolah biasa je yang ada. Pakaian seragam seperti uniform untuk aktiviti kokurikulum seperti persatuan bulan sabit merah, kadet bomba, kadet remaja sekolah, pengakap, silat pun ada. Haaa. Mudah kan?

Bukan sekadar jual pakaian sekolah, Matari Shop adalah syarikat CSR. Hebat!
Jarang pula Mommy jumpa syarikat yang menjalankan perniagaan sebegini aktif dalam CSR. Ya betul korang baca tu. Matari Shop memang terlibat dalam aktiviti CSR ni tau. Korang boleh tengok aktiviti-aktiviti CSR mereka ni. Bagaimana kita menyumbang pula? Dengan setiap pembelian kita, akan ada beberapa kuantiti pakaian akan didermakan oleh pihak Matari Shop kepada mereka yang memerlukan.
Pernah taja kelengkapan pakaian sekolah dalam rancangan TV terkenal “Oh My English”
Haaa. Tak pernah tahu kan? Mommy pun tak tahu sebelum ni. Cool! Bukan calang-calang ni..

Jom beli kelengkapan sekolah di Matari Shop.
Bagi yang belum beli lagi baju sekolah, Mommy sarankan beli di sini. Sebab..
Ada promosi baju sekolah Matari Shop dari 11/12/2017 sehingga 17/12/2017!

Antara promosi yang sedang berlangsung ini adalah seperti di bawah :
Diskaun sehingga 30%!!
- 20% discount untuk Baju Sekolah Rendah & Menengah #BebasKedut / Baju Kurung / Seluar / Kain Maxi / Pinafore
- 30% discount untuk Beg Sekolah & Bekas Air (Selected item)
- 10% discount untuk Alat Tulis / Kasut Sekolah / Stokin / Singlet / Aksesori
- Percuma penghantaran dengan setiap pembelian RM150 dan keatas seluruh Malaysia
Jika saiz yang dibeli secara atas talian, tidak sesuai, jaminan penggantian dalam tempoh 7 hari turut diberikan untuk kita.
Memandangkan ada tawaran hebat begini, adalah wajib untuk kita terjah cepat-cepat!
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pembelian boleh didapati melalui laman web mereka secara online di www.matarishop.com.
Atau jika ingin sebarang informasi lanjut mengenai baju sekolah ini, boleh rujuk di Facebook mereka, Matari School Uniform.
Atau boleh juga terus ke kedai mereka iaitu di :
- Matahari Uniform Centre Sdn Bhd , 48, Jalan Lembah Permai 4, Taman Lembah Permai, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
- Waze: https://waze.com/ul/hw0zqmvww9
Waktu perniagaan :
- 10AM hingga 7PM Isnin hingga Jumaat
- 10AM hingga 8PM Sabtu
- 10AM hingga 4PM Ahad
Whatsapp : 0164191491 (Peniaga Pakaian Seragam di alu-alukan)
Selamat shopping!