ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK ni Mommy terima sebelum Mommy ke Jepun baru-baru ini. Dalam simpanan Mommy, baru ada 1 jenis masker berbentuk cream sebelum ini. Ini adalah yang kedua. Dan Mommy sangat teruja untuk cuba.
Kalau yang belum tahu, mask ini ada macam-macam jenis. Antaranya adalah jenis clay (tanah liat), wash-off, peel-off, sheet mask & sleeping mask. Haaaa. Banyak kan? Ikutkan ada banyak lagi, tapi tak perlulah Mommy mention. Korang sendiri boleh Google kan?
Nah.. hari ni Mommy nak reviu tentang produk kecantikan terbaru iaitu Milk Peel Cream Mask yang Mommy dapat dari Althea ini. Exclusive by Althea tau.. Brand dari Korea yang memang well known bagi pencinta kecantikan..
MY FIRST IMPRESSION
Seperti cream mask yang Mommy guna sebelum ini, Mommy tak expect much. Biasalah cream. Biasanya sapu – biar – basuh. Haaa.. Macam tu..
Langkah pertama Mommy, dah tentulah buka penutup botol ini. Wah.. jenis picit pam. Ok mudah macam ni..
Mommy pun cuba picit sedikit kat tangan Mommy. Nak patch test dulu kaedahnya.. Manalah tahu, Mommy ada timbul ruam ke, tak selesa ke, merah gatal-gatal ke.. Kulit Mommy ni manja macam Mommy. Sekali merajuk, terus menggaru nanti! Hahah..
Pastu, Mommy pun sapu lah kat tangan. Sapu slow-slow. Tetiba.. MAGIC HAPPENED!
Tahu apa? Ada bebuih foam lembut yang muncul masa kita tengah sapu tu.. Wah.. lembutnya!! Lembut macam foam cleanser gitu.
Rupa-rupanya, keunikan Althea Milk Peel Cream Mask ini adalah ia bertukar dari tekstur clay (tanah liat) kepada whipped cream lather! Wow! Wow!!
Nampak tak buih-buih kecil kat penutup tu. Haaa.. Itu balance yang masih ada di penutup selepas Mommy cuba picit tadi tau. Macam tu ia transform..
KANDUNGAN UTAMA
Kandungan utama bagi produk Althea Milk Peel Cream Mask ini adalah :
- Ekstrak protein susu – Melembapkan dan menguatkan kulit
- AHA & BHA – Membantu untuk pengelupasan bagi membuang sel-sel kulit mati untuk kulit licin dan lembut
- Kaolin – menyahtoksin dan menarik keluar kotoran dari liang-liang pori
Dengan adanya ekstrak protein dari susu ini, ia akan memastikan kulit hidrat dan lembap. Sekaligus ia menjadikan kulit kelihatan berseri dan segar.
Althea Milk Peel Cream Mask ini sesuai untuk SEMUA JENIS KULIT terutamanya kulit kombinasi, yang mempunyai pori terbuka, kulit kasar yang memerlukan sedikit pengelupasan yang lembut dan kulit kering yang perlu kekal lembab walaupun selepas pengelupasan.
CARA GUNA
Caranya yang sangat mudah.
1. Lembapkan wajah terlebih dahulu
2. Sapu nipis ke seluruh wajah
3. Dari krim nipis, ia akan bertukar menjadi buih-buih lembut ketika kita ‘urut’ wajah kita dengan cream mask ini
4. Biarkan selama 30 – 60 saat
5. Bilas wajah dengan air suam
Korang juga boleh tonton video cara Mommy menggunakan Althea Milk Peel Cream Mask ini.
PENDAPAT MOMMY
Produk Althea biasanya memang mampu milik. Mommy ada beberapa produk yang Mommy repeat beli kerana sesuai dengan kulit Mommy. Untuk produk ini, Mommy sejujurnya cakap ia memudahkan Mommy.
Kenapa? Sebab Mommy bukanlah sejenis yang rajin pakai mask. Kini, dengan tempoh 1 minit, muka dah selesai ber’mask’. Repeat? Pasti!
Dengan bersaiz 50ml, penggunaan selama 2 kali sahaja seminggu dan dengan harga cuma RM36, Mommy yakin ia sudah menjimatkan kita.
Nak lagi jimat? Guna kod PBSHIP untuk mendapatkan penghantaran percuma, korang boleh dapatkan di Althea sekarang.Ikuti Facebook Althea Malaysia dan Instagram AltheaKorea untuk lihat produk-produk lain juga.
So korang suka masker jenis mana?
Menarik laaa cream mask tu… Teruja nak try!
yeah. ada bubble. i jakun kejap haha
Yeah best sangat mask ni.. Geli juga masa keluar buih2 tu
Senangkan nak apply, juju duduk kt opis kerja lewat malam pun boleh apply pakai mask ni dekat working area….syokk hahaha segar muka.
Woaahhh…. dia punye mask tu nampak macam best… maybe bole consider kalau nk cuba…
Bila nak cuba ni…aduhaii jeles tengok semua kulit cantik..
Hi! Jemput ke blog saya. Ada giveaway fridge magnets