Fri. Jan 17th, 2025

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS) DIBUKA SECARA ONLINE

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS)

BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS)

Berita baik buat anak OKU Selangor.

Bantuan khas ini dibuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU untuk kegunaan mereka sewaktu kecemasan atau bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga.

Had permohonan bagi setiap permohon adalah berjumlah RM5,000.00.

Langkah 1 – cuma masukkan ic penjaga & anak OKU

Objektif AnIS

  1. Membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga yang memohon.
  2. Membantu meringankan beban ibu bapa/penjaga anakanak OKU bagi menanggung kos saringan / kesihatan anak-anak OKU yang biasanya mengambil tempoh masa panjang di hospital kerajaan.
  3. Membantu mengurangkan beban ibu bapa/ penjaga anakanak OKU yang ingin membeli peralatan khas bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU.

Syarat-syarat permohonan

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibubapa/Penjaga yang mempunyai anak OKU yang lahir di Selangor dan/atau sedang menetap di Selangor dan berusia 18 tahun ke bawah;
  3. Ibu atau bapa atau penjaga kepada Pemegang Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  4. Ibubapa / penjaga yang lahir atau sedang menetap di Selangor minima 10 tahun;
  5. Penjaga merupakan ibu bapa angkat yang sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973;
Langkah 2 – Masukkan maklumat yang diminta

Untuk info lanjut & pendaftaran secara atas talian mulai 7 Ogos 2019, layari http://anis.yawas.my atau boleh dapatkan di Pusat Khidmat ADUN Permatang atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran.

Anak Mommy dah ada kad TAWAS. Sekarang, boleh la cuba untuk YAWAS pula. Harap dapatlah. Boleh juga ringankan beban Mommy Daddy kan?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

5 thoughts on “BANTUAN KHAS ANAK ISTIMEWA SELANGOR (AnIS) DIBUKA SECARA ONLINE”
      1. Assallam..nak tanya kalau anak ada masalah pembelajaran boleh memohon ke ?

  1. saya ada buat permohonan ANIS tapi ada masalah sebeb PKP tak boleh dapatkan pengesahan dari JKKK dan permohonan telah ditolak. Bolehkah saya membuat rayuan bagi permohonan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!