Thu. Oct 10th, 2024

DIDIK ANAK SOLAT DENGAN CARA SEMPOI

Assalamualaikum.

Dalam masa sebulan, Mommy nampak HD dah boleh hafal bacaan dalam solat. Start dari qamat sebelum solat, niat, bacaan surah pendek, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud & tahiyat & even tahiyat akhir! Dia hafal & BACA KUAT2! Hahaha. Itu semua hasil belajar di tadika LC. Dalam masa sebulan, Mommy nampak semua tu. Alhamdulillah.


Telekung ni kakak sofea yang kasi. Kezen HD. Comel je. Suka HD pakai telekung nih. Lepas guna, kakak akan lipat sendiri. Sape ajar kakak lipat? Hasil pemerhatian kakak kat Daddy yg dok lipat baju selama nih. Haha

Minggu pertama, kakak mmg bawak telekung ni ke sekolah. Tapi, Mommy perasan dorang x bukak pun. Rupanya, dorang solat dengan pakaian sekolah & tudung terus. Ok la tu. Bukannya aurat lagi. Hiii

Malam tadi, kawan Daddy, auntie Ayu bagi telekung Qaseh (anak dia) kat HD. Cantik. Kain lycra. Leh gabung ngan Mommy la yang nih. Sebab Mommy punya warna merah terang. Kakak maroon. Hiii

Sedikit pedoman.

Menarik bukan?

***************************************************************
So, cmne nak didik anak kita solat?

Cara Mommy, buat jadual macam ni & cuba disiplin waktu yang sama.

Uols leh je buat sendiri. Mommy pun buat pakai word sahaja.

So, dari jadual nih, Mommy letak sekali nama Daddy & Mommy so that dia tau, semua orang kena solat. Bila selesai solat, Mommy tanda star kat situ. (nanti kalau Mommy cuti, cmno eh nak jawab? kenapa Mommy xde star? Hahahah)

Malam tadi bila dia tengok jadual nih, dia tanya. “Mana adik?” Aiyakkk. Ooo.. adik kecik lagi, nanti adik pegi sekolah, baru boleh solat. Grr. Mati kutu sebenarnya nak jawab. Hahaha. SO, dia kata.. “ooo..adik kecik lagi, ok!”
Sebelum ni dia faham je konsep kena solat. But, untuk disiplinkan masa & berapa kali kena solat, wujudlah jadual ni. Bagi dia lebih faham. Kan?

x solat, xde star.

Subuh tadi, pegi kat kakak.
“kakak.. mami dah solat ni. kakak nak solat x? kalau solat, mommy bagi star”. Terus bangun & angguk2. Tanpa sebarang rengek & terus cakap nak solat.

Lepas selesai, senang sket la nak ajak mandi g sekolah. hihi

Jom cuba..

Anda didik anak solat cmne?

Regards,

Mommy Hannah Damia ‘n’ Ariq Emir

Important :
– Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner; YB Shehan.
– Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; YB Shehan. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
– Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; YB Shehan.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!