Thu. Jan 16th, 2025

TAHNIAH ME’NATE STEAK HUB | SESI BERAMAH MESRA ME’NATE & MEDIA 2018

ME'NATE STEAK HUB (2)

Tahniah Me’nate Steak Hub, atas kejayaan merangkul 2 anugerah berprestij sebagai restoran stik dan makanan barat yang bermutu tinggi di kawasan Lembah Klang. 2 anugerah tersebut adalah “Malaysia International Business Awards 2017 – Excellence in Western Steak House” dan “The BrandLaureate Best Brand in F&B – Steak House 2017-2018“.

ME'NATE STEAK HUB (2)

Kejayaan ini diraikan bersama media baru-baru ini (22 Feb 2018) di mana #kelabbloggerbenashaari merupakan salah satu jemputan. Paling best, ini pertama kali Mommy jejak ke Me’nate dan dapat rasa sendiri makanan yang disediakan serta berpeluang mengetahui beberapa perkara unik mengenai Me’nate Steak Hub.

ME'NATE STEAK HUB (16)

Me’nate atau sebutan sebenarnya “Men Ate” bermaksud golongan yang makan daging. Dan pemilik asal yang berasal dari Kelantan itu cuma menambah apostrophe (‘) untuk mengelakkan sebarang salah faham. Sebab itu lah jadi Me’nate.. Macam tu la yang Mommy faham.

“Me’nate? MAHAL TU!” “Hanya untuk golongan berpendapatan tinggi” Haaa. Inilah antara persepsi masyarakat bila sebut tentang kedai steak atau Me’nate sendiri. Mommy tak pasti lah sejauh mana mahalnya tu sebelum ini sehinggalah Mommy sendiri lihat dari segi pengurusan, mutu dan kualiti daging yang dijual. Restoran Me’nate sebenarnya menyediakan juadah dengan harga yang mampu dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah sehinggalah golongan berpendapatan tinggi. Oh ya.. selain di Setapak, Me’nate dah ada 3 cawangan tau iaitu di Ampang Jaya, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.

SEDAP! ALANG-ALANG NAK MANJA.. MINTAK ME’NATE STEAK HUB OK?

Viral budak-budak media sosial sekarang, macam-macam kan? Ni Mommy nak cadang, alang-alang nak manja dengan pasangan masing-masing, request ah Me’nate. Kenapa? Sedap!! Ini antara yang kami dapat cuba..

ME'NATE STEAK HUB (16)

ME'NATE STEAK HUB (16)

ME'NATE STEAK HUB (16)
terliur tak?

Makan ramai-ramai sangat best. Ada kambing. Ada ayam. Ada steak pilihan. Ada mash potato. 3 sos utama untuk setiap hidangan.

ME'NATE STEAK HUB (16)

Ada juga menu lain seperti..

ME'NATE STEAK HUB (16)
Pasta!!
ME'NATE STEAK HUB (16)
Coleslaw..
ME'NATE STEAK HUB (16)
Ikan siakap pun ada..

Tahniah ME’NATE STEAK HUB atas kejayaan ini. Harap cadangan mereka membuka cawangan di seluruh negeri malah di luar negara akan tercapai hendaknya. Terima kasih menjemput kami warga #KBBA9.

ME'NATE STEAK HUB (16)

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

16 thoughts on “TAHNIAH ME’NATE STEAK HUB | SESI BERAMAH MESRA ME’NATE & MEDIA 2018”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!