Alergi Hidung atau istilah saintifik Allergic Rhinitis merupakan radang pada selaput mukosa di dalam rongga hidung. Radang terjadi apabila penghidap alergi menghirup udara yang mengandungi alergen (pencetus alergi).
Apabila terkena atau terhidu alergen, tubuh akan menghasilkan antibodi immunoglobulin (IgE) yang dinamakan histamin bagi menentang alergen dan akan menghasilkan tindakbalas gejala seperti hidung atau mata berair dan gatal dan lain-lain.
Tanda-tanda, Gejala Alergi Hidung
– Hidung berair dan hidung tersumbat
– Mata gatal dan berair
– Gatal hidung, telinga, atau tekak
– Bersin yang kerap melebihi tiga kali
– Lingkaran hitam di bawah mata anda
Apakah Punca Alergi Hidung?
– Faktor genetik – Jika kedua-dua orang tua anda atau salah seorang daripada mereka mempunyai masalah Alergi, anda juga mempunyai peluang untuk mendapatnya.
– Masalah penyakit alergi yang lain seperti alergi kulit (Eczema) dan alergi makanan.
– Hama atau tungau
-Debunga tumbuh-tumbuhan
-Debu kayu, habuk
-Bulu haiwan
-Debu tekstil
-Bahan kimia
-Getah lateks
– Bau-bauan seperti minyak wangi, pencuci
Komplikasi
– Jangkitan telinga
– Sinusitis / Resdung
– Sakit tekak berulang
– Kelelahan / Asma
– Sakit kepala
– Berkurangnya kemampuan untuk menumpukan perhatian
– Pemarah
– Gangguan tidur
– Lewat atau selalu ponteng kerja atau sekolahKebanyakkan kanak-kanak yang mengalami Alergi Hidung, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut penyakit mereka akan berjangkit.
Di bawah hanyalah beberapa potensi masalah yang boleh dihidapi oleh mereka. Rawatan dan pencegahan di peringkat awal adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup mereka dan mengurangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah.
Asthma / lelah
Kekerapan bernafas melalui mulut apabila hidung tersumbat akan membuatkan bentuk tulang muka kanak-kanak berubah menjadi tidak normal, disusuli dengan pertumbuhan gigi yang tidak teratur.
Radang telinga yang boleh menyebabkan kurang pendengaran atau pekak. Sekiranya kanak-kanak tersebut sedang belajar bercakap, mereka akan mengalami masalah pertuturan.
Bagaimana Merawat Alergi Hidung?
Malangnya, sehingga kini masih tiada ubat yang dapat menyembuhkannya gejala Alergi Hidung 100%. Ini bermakna penghidap terpaksa bergantung dengan ubat sepanjang masa bagi melegakan gejala mereka. Oleh itu adalah penting bagi pesakit untuk memastikan ubat-ubatan yang diambil terutama untuk diberikan kepada kanak-kanak, tidak mendatangkan kesan sampingan samada jangkamasa pendek atau panjang. Kaedah rawatan yang paling bagus adalah mengelakkan alergen (pencetus alergi), ambil ubat alergi seperti EZiBreathe, dan imunoterapi (suntikan alergi).
Bagaimana Mencegah Alergi Hidung?
Memang terdapat banyak jenis alergen, oleh itu, hampir mustahil untuk menghapuskan kesemuanya sekali daripada persekitaran anda. Namun anda dapat mengurangkannya dengan:-
Jika Alergi anda sentiasa bermula di bilik tidur atau di dalam kawasan rumah:-
Kawal hama tungau (najis dari organisma mikroskopik) dengan :
– Mencuci sarung bantal dan selimut setiap minggu dengan air panas (130 ° F) dan keringkan betul-betul.
– Gunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang ada bukti “alergen proof”.
– TUKAR selimut dan sarung bantal yang diperbuat daripada bahan bulu kapas dengan yang dibuat dari serat sintetik.
– Elakkan karpet, khususnya di bilik tidur. Jika anda memilikinya, pastikan anda vakum menggunakan vakum Hepa.
– Elakkan penggunaan penyapu sebaliknya menggunakan vakum HEPA.
Jika anda menggunakan penghawa diingin di bilik, pastikan suhunya tidak terlalu sejuk kerana suhu yang terlalu sejuk akan membuatkan rongga hidung anda menjadi terlampau kering, memburukkan lagi keadaan alergi. Rongga hidung perlu berada dalam kelembapan yang tertentu bagi berfungsi dengan sempurna. Anda boleh mengawal kelembapan bilik dengan meletakkan humidifier di dalam bilik atau cara murah letakkan sebesen air panas.
Juga jika anda menggunakan penghawa dingin, wajib cuci penapisnya (filter) seminggu sekali. Ini kerana penapisnya akan memerangkap habuk yang kemudiannya bila penghawa dingin dipasang, habuk berkenaan akan berterbangan semula ke ruang udara.
Kawal Haiwan peliharaan. Bulu binatang tidak menyebabkan alergi, tetapi protein yang ada di dalam air liur binatang yang kemudiannya menjilat bulunya yang menyebabkan alergi. Jauhkan haiwan kesayangan daripada bilik.
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang hidup dalam persekitaran yang banyak lipas dan tikus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat Alergi Hidung dan Asma.
Jadi pastikan anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menghindarkan mahluk perosak ini.
– Jangan merokok atau membenarkan perokok di rumah anda.
– Elakkan kawasan yang berbau cat baru.
– Elakkan bau kuat produk pencuci.
– Elakkan minyak wangi dan aerosol.
– Jika anda alah pada spora, elakkan kegiatan berkebun seperti menyapu atau memotong rumput.
Tiada bukti menunjukkan yang pengambilan Suplemen dapat merawat Alergi Hidung. Walaubagaimanapun, pengambilan Suplemen atau pemakanan yang sihat dapat membantu menguatkan sistem imunisasi anda.[Mommy beli olivenol plus untuk HD]
Makanlah makanan yang kaya dengan antioksida seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacangan.
Suplemen probiotik mungkin mengurangkan keparahan reaksi anda. Vitamin C bertindak sebagai antihistamin semulajadi.
Ada yang mencadangkan Madu sebagai alternatif
(harus diingat, madu sesuai utk kanak-kanak 1 tahun ke atas sahaja -Mommy)
Erm. Saya pun hidap alergi ni.Tak tahan sangat, guna nasal spray, mungkin lebih kurang RM70. Lama-lama alhamdulillah, surut sikit.
Same here. Paling tak tahan bila org cakap bawah mata hitam sbb malas berpantang… Haih
saya pun ada alergi juga,tapi cuma makan supplement bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.
Apa itu juga tidak berkaitan dengan sinusuitis ?