Mon. Feb 10th, 2025

APA ADA DI BENTONG, RAUB DAN LIPIS? – PART 2

Mommy terpaksa pecahkan stori mengikut daerah di Pahang. Kali ini, Mommy akan kongsi dengan korang apa ada di Raub.

Baca : Apa Ada di Bentong (Part 1)

APA ADA DI RAUB?

TANAH AINA FAHAD

Banyak destinasi terkenal juga tau. Antaranya Fraser’s Hill. Satu lagi, korang pernah dengar Tanah Aina? Ya. Pernah kan? Mommy sendiri pun pernah Kembara ke Tanah Aina Fahad tahun 2017. Juga bersama #KembaraKBBA9. Untung badan bila dapat ke sini lagi. Sesungguhnya Mommy tak boleh move on bila datang ke sini. Serius!

Kalau korang baca entri Mommy yang lepas, tentang Tanah Aina Fahad yang terletak di Sungai Dong di Ulu Dong ini, tidak banyak sangat la perbezaan dari masa yang Mommy datang dulu. Layanan dari pintu masuk seperti disediakan air sirap, masih sama. Dan penjaga utamanya, masih orang yang sama. Setia. Tapi Mommy terlupa pula namanya.

Cuma kali ini, kami tak sempat nak melepak depan unggun api. Hujan lebat pada waktu malam. Makanan? Masih sama. Sedap! Musim kali ini pun, sama! Ada durian. Haha. Berlarilah Mommy sekejap. Tak mampu tahan bau. Rugi? Tak mengapalah. Alahan kita berbeza, bukan?

Kami menginap di sini untuk 1 malam sahaja. Jadi, tidak sempat beraktiviti sangat.

Pada waktu malam, kami cuma melepak sambil berkaraoke, main pingpong, main carom dan juga melayan kopi secawan dua. Elok juga masa ini berbincang tentang aktiviti kelab untuk masa akan datang.

Tetapi, rezeki buat kami apabila dapat datang lagi sekali ke sini pada waktu siang, pada hari ketiga kami di Pahang, untuk mandi manda di sungai. Seronok!

Cantik suasana di Tanah Aina Fahad ini. Dengan air sungainya yang sejuk. Fuh..

Bebudak nih siap buat aktiviti water confidence lagi. Staff Tanah Aina datang jaga kitorang masa ni. Wajib pakai vest di kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Tanah Aina Fahad, korang boleh layari :

Laman web : Tanah Aina Fahad
Instagram : Tanah_Aina
Alamat : Tanah Aina Fahad, Dong, Pahang

**

Kalau korang nak baca lanjut lagi tentang tempat-tempat menarik di Pahang, boleh layari laman web :

Tourism Pahang : www.tourismpahang.org.my
Tourism Malaysia Wilayah Timur : www.malaysia.travel

Ok, Mommy akan sambung Part 3 di mana kami ke Lipis pula. Apa yang ada di Lipis?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

3 thoughts on “APA ADA DI BENTONG, RAUB DAN LIPIS? – PART 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!