Mommy ada cerita yang tahun 2016 ni, Mommy dah mula ajar Hannah Damia berpuasa. Dan Hannah Damia berjaya puasa pada hari pertama sehingga jam 530 petang. Sayang je kan? Sikit je lagi. Ala.. Untuk budak belum cukup 6 tahun pun, ok sangat dah tu. Alhamdulillah sayang.
Hari ke 2, kakak puasa lagi. Kali ini dah berjaya walaupun ketika pulang dari tadika beliau mengadu tak larat dan lapar. Mommy suruh tahan lagi sehingga berbuka. Walaupun beberapa kali juga la dia merayu nak buka. Huu. Sabar ya sayang. Dah pukul 7 dah pun. Sayang sangat. Nasib baik ok.
Hari ke 3 berpuasa, badan Hannah dah mula adapt dengan puasa. Senyum simpul dia bila bila tengok TV dah mula siarkan doa berbuka. Hehe. Dah boleh berpuasa setiap hari tanpa masalah.
Sehinggalah hari ke 6, masa tu family kakak Mommy datang dari Kedah. Jadi kami ke Semenyih untuk lepak sekali. Dugaan untuk Hannah hari ni sebab hujung minggu, tanpa kawan2 sekolah, jadi kekentalan berpuasa tu kurang gamaknya. Jam 420 dia dah mula menangis, tapi request nak tidur dulu. Bangun je jam 520, dia minta nak makan sambil nangis-nangis lagi. Mommy offer la makan juga sebab kesian. Hihi. So, 525 Hannah berbuka puasa hari tu.
Bermula hari ke 7, Hannah dah stabil sehingga hari ni. Kadang naik rimas juga bila masa sahur, dia taknak makan nasi. Dia minta nak makan oat sahaja. Kenyang ke? Semangkuk penuh dia habiskan masa sahur.
Mommy bawa jalan2 hari Sabtu & Ahad (semalam) minggu lepas, dia masih stabil tapi dekat2 petang tu, dia request daddy dukung dah. Hehe. Buat lembik lutut la, apa la, semua ada. Hihi.

Hari ni dah masuk hari ke 15 ramadhan, mampukah Hannah Damia bertahan lagi? Inshaa Allah.
Mommy tanya apa yang kakak nak sebab kakak puasa penuh ni (walaupun tinggal 2 hari), jawapannya..
Tak payah la Mommy. Kakak puasa je. Adeh. Dulu request Poney toy tu. Sekarang taknak pulak. Erm..
Apa yang patut Mommy bagi kat Hannah ya?
Wahhh.. boleh tahan jugak hannah tahan puasa walaupun umo 6 tahun.. taun depan mesti puasa penuh taw
hehe. alhmdlh. yup. tahun depan mesti penuh. inshaa Allah..
Good job Hannah Damia
Tq auntie sari..
Part hadiah ni yang tak terer nak pilih ni.. haha.. mungkin boleh juga bagi apa yang dia minta dulu.. hehe..
Tapi kira ok lah, sebab dia dah rasa best puasa ni.. bukan sebab hadiah.. hehe
nanti nk kena tanya. sbb dia mmg x reti request pun. yang dia minta poney hari tu pun sbb kawan sek dia bawa. huhu
Good girl Hannah..keep it up..Dania dulu pun masa tadika umur 5 tahun dia dah start belajar puasa..setengah hari mula2 lepas tu terus puasa penuh..sampai la umur dia 10 tahun..umur 11 tahun x leh penuh dah sebab dia dah akil baligh….
Alhmdlh. Moga Hannah kuat macam kakak Dania