Sun. Sep 15th, 2024

13 JAM BALIK DARI KEDAH.. ITU PUN SEBAB JAMBATAN TAK GUNA.. KAHKAH

Ye.. tahu. Dah lepas banyak hari dah hari raya haji. Tapi kesibukan dengan urusan harian dan therapy Ariq, buat Mommy tergendala sekejap nak menulis. Hmm. Tapi takpe, Mommy still nak cerita jugak kisah Hari Raya Haji Mommy. Haha.

Rezeki juga Daddy balik awal dari Mekah, walaupun lagi seminggu nak buat Haji. Ada urusan lain kat sini. Bukan rezeki tapi at least dah pernah Haji dah tahun 2015, ok la tu. Jadi, tak perlu la Mommy travel dengan anak-anak macam hari tu untuk balik Kedah.

Sebenarnya, plan balik Kedah tu memang takde langsung. Ingat nak duduk rumah je. Entah macam mana, tetiba je decide nak balik kampung. Last minute sangat-sangat. Maka, kami pun balik la 30.8 tu. Bertolak around 9pm lepas Daddy balik kerja & alhamdulillah.. takde jem langsung. Sampai jam 3 pagi kat SP. Bawa slow-slow. Hehe.

Maka.. Selamat Hari Raya Haji guys.. Haha. Ini je pakaian kami raya Haji ni. Semua ditaja oleh Ja’fariyah di Mekah. Hehe. Tq Daddy. Cantik.

raya haji 2017

Sedar tak sedar, 5 hari juga la kami kat kampung. Bezanya kali ni, duduk rumah mentua je. Sebab Mak Abah di Mekah.

Hari Ahad, kami rancang balik pagi. Last-last petang juga bertolak. Biasalah, mampu merancang je. Haha. Jam 2 petang baru bertolak. Daddy decide nak masuk jalan lama dari SP.

Maka.. ini status FB Mommy baru-baru ini..

13 PERJALANAN SP-SEMENYIH

Rasa tak la stress macam kat hiway. Wpon 13 jam perjalanan, siap sempat makan goreng pisang segala. Nasi tomyam. Mee udang. Haa. Hiway jumpak ke? Lols.

Perjalanan kami semalam..
Totally jln lama.

Sp-kulim-selama-kamunting-taiping-bota kiri-jambatan x guna (patah balik)-kubu gajah-teluk intan-sg besar-sabak bernam-tg karang-Masuk hiway guthrie-kesas-kl/seremban-kajang silk-semenyih.

Hahaha. Bertabah la weols. Anak-anak pun dah lemau dan boring sampai tak tahu nak buat apa dah. Ada la juga berhenti makan, solat etc. Jalan lama pun ada jem juga. Yang paling tensen tu, sedap-sedap follow jalan nak menuju ke Teluk Intan, jambatan tu plak tutup. Omaigad. Wajib patah balik tu yang buat kami stress sekejap. Jem sampai tak bergerak. Haih. Sian Daddy. Tak minta pula Mommy ganti. Haha. Agaknya sebab dia yang nak masuk jalan lama atau memang dia taknak susahkan Mommy. Ke apa? Haha. Tak kisah lah. Tq tau Daddy. Walaupun Mommy tau kita stress, berjaya juga sampai dengan selamat. Sampai rumah, solat terus kebabommmmm. Mujur esok tu masih cuti. Cuti sempena Sea Games 2017 yang dapat pingat over expectation. Tahniah Malaysia. Cuti ke tak, takde beza untuk Mommy sebab dah tak perlu pergi ofis. Kahkah. Ok bye.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

7 thoughts on “13 JAM BALIK DARI KEDAH.. ITU PUN SEBAB JAMBATAN TAK GUNA.. KAHKAH”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!