Wed. Mar 19th, 2025

WEEKEND RIANG RIA SAMBUT BIRTHDAY SUAMI SAYA..

Assalamualaikum.
Kelakar k nak smbut birthday Daddy kali nih. Pegi Aeon Keramat Au2 malam 20.12.2013 sbb nak beli kek, tapi ‘ter’pegi shopping kt Mr DIY dalam tu dulu. Dekat2 kul 10, baru pegi kt kedai kek dalam tu.

Sekali, ‘maaf puan, kek dah x boleh beli. Kaunter nak close dah’. Grrrrrrr..

So, terpaksa la beli kek biasa yang sepotong cm kek span tuh. Tapi, amek la yg jarang makan. Red Velvet. Harga RM8.90 je. Kihkih. Sorilah Daddy ye.. Plan nak beli kek beso.. Sape suh lupa diri dok dalam DIY tu lelama kan?? Hukhuk..

So, balik tu, Mommy amek ♥ shape bread cutter tu, then tekan2 kat kek tu. macam buat seprais lah.. Daddy suka. Hehehe.. Tapi, sedih r lilin xde. So, buat2 tiup je lah eh Daddy. Kikiki
Esoknye, 21.12.2013 (birthday Daddy) melepaking diri kt One Utama. Dengan alasan, nak p makan sushi king. Hahaha.. Plan je sushi king utk lunch. Tapi, singgah makan kt kedai makan area rumah dulu. Sebab lapo sangat. Miahahaha..
Sampai kt OU, jalan masuk segala shop yang berkenan (sambil cari baju sejuk utk Mak yg nak pegi Makkah).. Tapi, ada budak lain yang teruja sambil cakap ‘Mommy, kakak sejukkk’. Hahaha..


Adik baru bangun, lapar plak. Dorg nih memang wajib bawak bekal..
Mommy prepare bubur nasi & udang.

credit to Daddy’s IG.

Penat2, then weols lepak kat Bisou Bake Shop. Cari kedai Secret Recipe nan hado kt OU nih ke, atau kami yg xtau mana beliau dok? Heeee.. So, meh hadap cupcake jela..

2 orang machoman saya..
Kakak senyum tu sambil nyanyi kuat ‘hepi beday tu uuuuuuuuu’
Cupcake yg coklat nih daddy cakap biasa je rasa. yang oren sedap gils.. Mesti ler.. Sape pilih kan??
Happy birthday daddy..

Pastu otw nak balik dah, weols ternampak satu kedai bes..
“HAMLEYS”
Uols tau x, baru sangat nih kedai nih dibukak. kat New Wing OU.
Nih berita pasal dorang (klik).
Memang syurga kanak2 la. Syurga mak bapak yang berperangai kanak2 jugak. Hihihi. Kami ler tu…..
Kakak macam ok je tengok ‘fish’ dalam tu daddy? Set. Kita p Aquaria nanti..
Nampak muka teruja tu?? Hehehe
Kakak, dalam banyak2 barbie tu, beliau pilih unicorn. Hehehe. Kami mmg x pernah ajar toys mcm barbie tu. Bear pn xdak. Sebab xnak malaikat xmasuk rumah kami. 🙂
Can see her ‘happy-always’ face kan??
Part paling Mommy suka semestinya barangan montessori. Tapi, mahalnya la haih. Huhuhu.. Meme mahal pn barang2 gini. Sob sob.
XPA2.. REZEKI LEBIH, KITA BELI. INSHA ALLAH.
Sebelum keluar..
Kakak 1st time menangis xnak keluar dari sini.. so kena pancing beliau dengan sesuatu. Berjaya. Nampak Angry Birds. Once beliau nampak, terus cakap ‘main!!’. Ni semua Umi (tok merbok) ajar nih.. Hehe

Nasib baik x nangis dah. Huhuuh.

So, macam diberitahu tadi, plan asal nak makan sushi king, x jadi. So, Daddy request nak makan sate kajang je. (baguih r Daddy, x mntk mahai2. lega). Pastu hujan lebat & risau Hannah xde bnda nk makan kat sana kata Daddy, so beliau tukar fikiran. Nak makan pizza. I is on jer.. Hehehehe

Pic credit to Daddy’s IG

Meriah k uols.. Ada nyanyian Happy Birthday lagi masa tu.. Leh tengok SINI..(KLIK)

*********************

Esoknya lepas shopping barang2 dapur yang dah lama giler xbeli..hikhik, weols lepaking kat Taman Tasik Titiwangsa.

Anak2 manja dgn Daddy tgh tgelak2 tengok control car yang kelakar..

Nak ke playground, ternampak laksa. Layan dulu. Pakcik nih memang bg tikar so weols leh berpiknik kejap. 2nd time selepas setahun 10 hari berpantang laksa. Hehehehe


Kakak dah asik2 ‘jom..jom’, nak ajak g main.
Then, jalan2 ternampak this skaters group. Erm..masa nih memang terpk sesuatu. Kakak macam SANGAT BERMINAT & siap tarik2 tangan Mommy nak lagi dekat.. Mommy suh pegi dulu, tengok la.. Beliau pegi sendiri..
Pastu, beliau pusing & tnya weols, ‘Daddy, ada?’. Hahaha.. beliau nak roller blade jugak. huhuhuh..
Pastu  bebel2 apa ntah & datang tarik Mommy..
Cangkung sambil layan.. Tetiba sorang makcik nih lalu. Cool jugak yang makcik nih naik. Golek2 bontot. Heheheh
Tengok.. dah x peduli dah hal lain..
Then, weols decide untuk ajar beliau main roller blade lepas nih. Tahun depan Mommy beli k kakak.. Xlama dah nak masuk tahun depan pun..

Macam dah x larat,so ajak balik. Singgah jap main rumput. Hehehe..
Adik macam geli2 nak jalan, tapi, jalan jugak.

Siap nangis2 geli masa letak tapak tangan. Hehehe
Ni ha video beliau jalan (KLIK)
Punya dok asyik video adik dok jalan segala, then tetiba Daddy cakap.. Mommy, tu kakak. Kita terlupa kt dia.. Oh no… betul. Uwaa.. ralat giler. Nasib baik cepat2 tersedar. Hadoihh.. Cmni la kalau dua-dua masih kecik kan? Dugaan yang sangat mencabar buat parent mcm kita. Nasib baik tersedar cepat. Haih. T_T

**************

Buat Daddy,
Selamat Hari Lahir

Moga Daddy panjang umur
Murah rezeki
Naik pangkat
Gaji bertingkek-tingkek
Jadilah suami yang sentiasa romantis & penyayang
Rajin & sentiasa minat memasak (lega Mommy)
Rajin jaga anak2
Jadi Daddy yang bertanggungjawab
Jadi ketua keluarga kita yang paling sempurna
amin..
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!