DAY 5 : TRIP KASHMIR (11032018) | Dah masuk hari ke 5 di India, dan hari ke 3 di Kashmir. Indah beb! Indah. Kalau dalam Episode 4 yang lepas, iaitu hari pertama di Kashmir, Mommy kejar matahari terbenam.
Kali ini, Mommy taknak lepaskan peluang untuk kejar matahari terbit pula di bumi Kashmir! Sesudah subuh dah bersedia. Sejukkkkkk, i tell u!
Semalam di Episode 5, dah puas rasanya bermain salji di Gulmarg, hari ini sebenarnya kami akan tinggalkan Kashmir. Sebelum itu, jom layan apa lagi yang best di Kashmir sebelum kami pulang ke Delhi semula..
SUNRISE AT DAL LAKE, SRINAGAR, KASHMIR
Mommy menaiki Shikara bersama Madam & Kak Ita Mahsuri Travel KL pagi ini. Untuk yang nak datang secara solo/tidak mengikut pakej, setiap trip anda naik shikara, ada fees ye.
Kalau tak salah Mommy, sekitar RM3 seorang. Untuk nak lihat sunset pun, ada pakej juga. Mommy semuanya dah ada dalam pakej Mahsuri Travel Kuala Lumpur ni..
Kami dibawa bersiar-siar melihat matahari terbit sekitar Dal Lake awal pagi itu. Dibawa sampai ke hujung kampung, dan barulah Mommy tahu yang di bahagian belakang houseboat ini adalah kawasan kampung, yang penduduknya berniaga sesama sendiri (tanaman dan sebagainya).
Penduduk di kampung tidak fasih berbahasa Inggeris (illiterate), berbanding yang di tempat lain (bahagian depan adalah kawasan tourism).
FLOATING MARKET
Mereka berniaga sesama sendiri. Dari yang Mommy tengok dan dengar, tenang sangat-sangat. Sunyi jer. Takde lah memekak macam pasar. Sembang dengan penuh kesantunan. Slow jer.
Tapi moment.. priceless!
Semua pun indah, gaiissss.. Sepanjang kami berada di sini, nak tegur pun segan tau. Memang rasa macam berbisik je masing-masing. Hi..
Sejuk tau.. Tengok cara mereka ‘bungkus’ badan masing-masing. Jubah mereka tu sebenarnya tebal.. Macam yang Mommy cerita dalam episode 5 lepas.
Tapi sporting je bila kita ambil gambar. Takkan nak marah kan? Pelancong kot.. Hahaha..
Cute sangat lah budak ni. Dia siap bye2..
Bila dah lama sangat orang snap pic dia, muka dari senyum dah jadi lain. Hahahah..
Layan matahari terbit pula..
Memang kena spam gambar je. Sebab semua tempat cantik..
Tasik ini kalau tengok, macam kotor je. Tapi kekotoran yang masih nampak indah.. Paham ke tak nih? Hahah..
Sejukkkk tapi environment, subhanallah!
Mereka berniaga hasil cucuk tanam sendiri tau.. Tengok kawasan rumah di bawah ini. Penuh sayur-sayuran. Segar pulak tu..
Rumah pun unik. Imagine lah.. tengah-tengah tasik.. Yang Mommy dapat tahu, katanya penduduk sini adalah penduduk Sy***. Maaflah tak boleh terang-terang sebut..
Banyak betul keadaan yang Mommy boleh praktikkan ilmu fotografi Mommy.. Reflection!
Dah nangis ke tu? Lawa kan?? Huuu.. tengok depan mata, Mommy asyik puji je tak berhenti..
SARAPAN
Dah hari terakhir di Kashmir. Tak puas rasanya stay 3 hari di Kashmir. Mommy teringin nak repeat Trip India ini, dan yang pasti akan datang ke Kashmir sahaja. Nak cuba ke Sonamarg pula.. Bestnya! Harap ada rezeki tu..
TEMPAT IBADAH WANITA BUKAN DI MASJID
Seperti yang Mommy pernah cerita sebelum ini, di India, masjid-masjid memang tiada tempat khusus untuk wanita tau. Tempat wanita hanya di rumah. Jadi, adakah misi #kembaraqasehzyphyto dalam mewakafkan telekung tidak kesampaian di Kashmir ini?
Kami boleh katakan hajat kami tercapai. Alhamdulillah.. Kami dapat sumbangkan kepada wakil penduduk di sini dan masing-masing akan serahkan kepada pihak/persatuan/isteri dan wanita yang tidak berkemampuan.
Tahniah team #kembaraqasehzyphyto
KETATNYA KAWALAN DI KASHMIR
It’s time to say See U Again, Kashmir! Sesuatu yang unik di Kashmir ni, hon tidak sebising di Delhi. Tenang sangat di sini. Sukaaaa untuk datang lagi.. Ok lah.. kami akan ke Srinagar International Airport (SXR) terlebih dahulu. Sobss..
2 CHECKPOINT UNTUK SCAN LUGGAGE
Untuk ke airport, kami perlu berhenti di 2 checkpoint tau. Angkat beg dari van, lalui scan macam di airport tu haaa. Ini kat luar jalan je tau. Bukan kat airport tu haaa.. Jadi, Daddy, inilah puncanya luggage handle Mommy patah dan tercabut. Asyik angkat naik, turun je. Haha.. Mommy tak snap pun kawasan checkpoint tu..
E-VISA & PASSPORT
Dan seterusnya, Mommy ke airport lah. Dan di sini, uols jangan lupa sentiasa kepilkan VISA dalam PASSPORT korang tu. Punyalah menggelabah Mommy masa tu, kat mana pula Mommy campak e-visa Mommy. Muka dah nak biru rasanya masa tu.
Dibuatnya takde, polis tak lepas masuk uols.. Hoih.. Mujurlah akhirnya jumpa juga. Kata kuncinya, letak dalam 1 bekas macam pencil case tu, siap visa & passport. Ok? Jangan gelabah sangat lepas tu..
Dugaan tak sampai di sini sahaja. Bila kau masuk dalam.. serius, ketat betul laaa kawalan mereka dalam airport. Lepas scan semuanya, satu part, bagpack Mommy takde cop la pulak!
Dah kenapa pulak kastam xmau cop nih.. Jadi, Mommy diminta untuk ke tepi dan punggah bagpack tu. Ya rabbi. Macam-macam mak nenek kot dalam tu. Nyesal beg besar. Nyesal bag pack. Huwaaa!
Satu persatu dibuka dan diletakkan dalam bekas. Semua benda dalam beg tu, waimma coklat sekalipun. Paling penat, nak kena kemas semula. Ok lah. Ini betul-betul pengalaman memenatkan masa tu, dan kini ianya berubah menjadi manis untuk diceritakan semula. Tak semua orang lalui macam Mommy kot? Hahaha..
Memandangkan kami ada banyak masa lagi, sebab flight jam 250 petang, kami ambil peluang untuk jalan-jalan dulu. Tak besar sangat pun airport ini. Boleh la untuk makan megi dan beli cenderahati shikara untuk kenang-kenangan..
Laparrrrr..
Tak dapat beli banyak. Ongkos gak ada. Sobs..
Kami tiba di airport New Delhi jam 3 petang.. Boleh la selesaikan urusan solat semua dulu sehinggalah bas datang jam 5 petang..
Dah tiba masa untuk ke tempat seterusnya iaitu Agra. Agra agak jauh dari Delhi. Dari airport New Delhi untuk ke Agra akan mengambil masa selama 4 jam. Memang malam lah akan sampai..
Tanda-tanda kau dah sampai ke Delhi semula, bila kau kena hadap bunyi hon. Hahaha. Agak sesak jalan pada hari tersebut. Barangkali, orang balik kerja kot..
Teringin nak tidur, tapi mata tetap tak boleh lelap..
TIBA DI FOUR POINTS BY SHERATON AGRA
Jam 9 malam, kami tiba di hotel ini. Di mana-mana hotel, scan tetap wajib sebelum kita dapat masuk hotel..
Dinner dah ready. Macam-macam ada. Standard hotel la kan.. Yang pasti, Mommy suka sangat nasi goreng Singapore kat situ. Nampak sangat dah rindu masakan Malaysia. Eh Singapore? Malaysia? Tak kisahlah. Yang penting, nasi!
Marilah berehat, sebelum ke tempat yang TERAMAT CANTIK esok!! It’s TAJ MAHAL!!! Yeahhhh.. Ada stori best tau.. Haaa. Kena tunggu lagi.. Last episode la kot. Hahahaha.. Ye ye.. Mommy akan cepat-cepat tulis la nih..
.
.
Footnote : Tajaan Kembara : Kerjasama Mommy’s Diary of Life (#ybtravelogue #kembarakbba9 #kbba9) bersama ZY Phyto Holdings Sdn Bhd & Yayasan Qaseh ZY Phyto dengan kerjasama Mahsuri Travel Kuala Lumpur
Salam shawal, indahnya permandangan luar negara, budaya dan adat cara hidup mereka yang unik, keindahan alam dan pengalaman menarik.
Lawanyaaaa Kashmir! Masuk wishlist gak lah
Kalau sejuk, macam mana la budak tu nampak steady je erk..hahaa..rumah tu macam terbalik je
cantiknya permandangan di Kashmir