Thu. Dec 5th, 2024

TERUK SANGAT EFEK KALI INI

HOTEL DE ART i-city shah alam 6

Bukan nak minta simpati pun. Cuma nak simpan as rekod. Mommy rasa, sakit kali ni paling worst. Berdenyut saraf setiap saat sampai kau kena pegang badan kau, leher kau, belakang kau. Sakit! Hanya kerana salah tidur? Atau kesan Mommy menggalas beg dalam tempoh yang lama di Jepun? Beg ringan pun, tapi kalau berterusan setiap hari, dengan kamera tergantung lagi, and kalau dah tak tahan.. hmmm

Badan dah tak sekuat dulu. Ingat boleh lagi, rupanya dah tak kebal.. Tak kental. Hmm.. backpacking style? Lupakan sahajalah. Mommy tak mampu. Redha lah.. Tengok badan la kan? Kurus kering, tak yah acah sasa sangat! Beg tarik sahaja lepas ini..

Hari ni, Mommy berurut juga. Minta seorang tukang urut datang. Katanya pernah urut Tokti baru ini, Sharifah Sakinah & Ifa Raziah. Wah.. kira beruntunglah Mommy ni kan?

Mommy surrender selepas 1 hari offline semalam. Betul-betul barai. Betul-betul tersadai. Baring pun sakit. Apatah lagi duduk. Rasa giveup pun ada. Stress boleh tambah sakit lagi kan? Hmmm..

Sakit giler dia urut. Cara tradisional kan? Terangkat-angkat kaki. Terjerit-jerit Mommy. Siap buat urutan sengkak. Naikkan rahim. Tak kisahlah.. Yang penting, leher dan bahu serta belikat Mommy ok semula. Urat dah kembang sangat katanya!

Memang menangis juga la tahan sakit. Huwaaa.. Tapi, kesan lepas tu memang ringan sangat lah segala anggota. Tak sangka kaki pun, tegang sangat uratnya. Dia kena ‘longgar-longgarkan’. Nampak sangat tak pernah stretch badan. Hmmm..

Sebelum ni Mommy tengok insta Kak Nina, tentang urutan stretching badan, terlipat-lipat segala kaki dan badan. Mommy seram. Rupanya makcik urut ni memang buat benda yang sama. Siap fisio haaa.. Betul-betul meletup la sekejap segala tulang. Huu. Tapi lega lepas tu. Tangan berbisa betul..

Katanya, leher dan bahu Mommy memang ambil masa. Cari bantal yang proper. Tidur elok2. Mommy sebenarnya dah seram nak tidur pun. Baring tak kena, mengiring tak kena, tidur atas lengan suami boleh la.. Tapi, jenuh kebas la dia. Huuuu..

Sekarang bergantung dengan stok plaster je la.. Fuh.. Takde tu, terkial-kial pegang leher.. Ermmm..

Malam ini, nak cuba tak tidur lagi. Siap juga entri tertangguh. Tapi tu la.. Takut berulang la pula. Sebab 2 malam lepas, Mommy buat benda yang sama. Memang entri siap, lepas tu.. baraiiiiiiiiiiiiiiii!!

it’s ok kalau nak cakap tak fit pun. dah tua..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

5 thoughts on “TERUK SANGAT EFEK KALI INI”
      1. Air daun2 macam daun rambutan, daun bidara, daun serai wangi, daun mengkudu. Baca kat blog, akak ada cerita pasal mandi serum ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!