3 April 2019, adalah pembukaan Preview Iftar Ramadhan 2019 pertama buat Mommy, bertempat di Cafe Cerita Kambing (CCK) Shah Alam. Mommy sampai tepat-tepat waktu Maghrib.
Memikirkan kami belum solat maghrib, Daddy keluar semula dari CCK menuju masjid. Rupanya, di CCK tu pun ada surau. Tapi tak mengapa, bukan selalu datang Shah Alam kan? Kami ke Masjid Negeri Shah Alam.
Jam 745 malam, kami menuju ke CCK semula untuk menikmati preview Iftar Ramadhan 2019 di CCK. Jadi sepanjang bulan puasa ini, pengunjung akan menikmati sajian berbuka puasa di dewan Delisha Wedding House yang terletak bersebelahan Cafe Cerita Kambing.
Dewan ini memuatkan lebih kurang 500pax dalam satu-satu majlis, inshaa Allah. Mommy tertarik dengan deco bahagian dalam. Simple, tapi menarik.
49 jenis Sajian Melayu, Arab dan Kambing Salai Istimewa akan disediakan sepanjang Ramadhan ini. Banyak tu!!
Antara hidangan yang disediakan pada malam Preview Iftar Ramadhan 2019 kali ini adalah :
Untuk nasi putih pula, lauk-lauk yang disediakan adalah :
Satu corner disediakan untuk menghidangkan Soto Sup Tulang Kambing / Sup Ayam, Mee Goreng Endau & Laksa Johor. Ini korang wajib cuba..
Di bahagian luar pula, tersedia hidangan seperti daging kambing bakar, ayam bakar, kuih muih, bubur kacang dan air..
Semuanya menarik!
TEMPAHAN DAH DIBUKA..
Harga Buffet Ramadhan adalah seperti berikut :
- Kanak-kanak RM25 (7-12 tahun)
- Dewasa RM49.90
- Warga Emas RM39.90 (60 tahun)
Venue
Delisha Wedding House by Cafe Cerita Kambing, Anjung 7, Jalan Zirkon B7/B Shah Alam. Dewan ini turut membuka peluang untuk pelbagai majlis seperti kenduri kahwin, majlis harijadi, dan majlis korporat. Bab makan, catering by Cafe Cerita Kambing semestinya.
Lokasi dewan ini sangat strategik dan memudahkan kita datang. Boleh waze Cafe Cerita Kambing atau Jalan Zirkon B7/B.
Diskaun!!
Tempahan sebelum 3 Mei 2019 akan dapat diskaun 20%. Jadi, cepat-cepat hubungi nombor di bawah yer?
Tempahan :
- 0192816308 (Pn Yan)
- 01131760227 (Chef Zack)
- 0107898798 (En Zamri)
- 01151680785 (Dato Zaini)
- 0355234614 (Office)
PENDAPAT MOMMY
Dewan ini memuatkan 500 pax dalam satu-satu masa dan khemah akan turut didirikan di luar dewan. Namun dengan hadirin yang banyak, korang boleh jangkakan kepadatan. Well, mana-mana tempat berbuka puasa pun macam tu kan? Kompem serbu time nak makan. Hahaha. Jadi, semua tu semua orang maklum punya.
Dari segi makanan, Mommy sarankan korang beratur dulu ambil daging kambing bakar / ayam bakar yang disediakan. Ya. Tips nih.. Takut nanti kempunan pula. Dah la sedap. Sebab tu Mommy sanggup datang dan mencemar duli sebagai tempat pertama Mommy buat review Iftar Ramadhan tau. Hihi..
Parking? Free jer. Solat? Jangan risau. Ada surau disediakan di situ.
Last but not least, jika korang penggemar kambing, dan korang tercari-cari tempat berbuka puasa di Shah Alam, Mommy sarankan korang bookmark siap-siap entri Mommy ni. Tempah dari sekarang tau..
Terima kasih kerana menjemput kami sekeluarga.
Alahai… Kambing kat CCK memang sedap. Rugi nya la hai tak pi tu ari…
Bulan puasa nanti kurang sesak kot, pernah berbuka kat CCK. Seawal 6.45pm dah boleh ambik makanan masa tu. Tapi makanan standby atas meja dulu. Ngadap terliur jerrr nengok! Hahaa… Azan terus bismillah
Sedapnyaaaa… Lanje ai plissss
Kari daging kambing tu menggodanyaaa
Wahhh murah je bufet dia.
btul kak.. murah jer..
Murah nya. Jarang-jarang buffrt dapat harga murah.
elok pegi nt tau.. dkt je tu
teringat dekat menu kambing dia..memng sedap..lama tak makan
sgt sdp.. tu la..