Ini permintaan kawan aku bila aku tnya apa benda aku nak tulih dlm blog aku hari ni. Hati dok meracau nak tulih sumting tapi aku xtau apa nak tulih. Xtau pasepa aku blur sgt hr nih. Belek punya belek punya belek kat henpon aku, betui, xdak gambaq maka xdak stori bes yang aku boleh tulih. Gambaq anak2 pn qeja masuk dalam IG, vdeo pn dalam IG ja la nih.. Punyaalaaaa..
Buat orang yang tertanya pasepa aku deactivate FB Shehan Ismail yang lama tu (laa..ada yg x tau ka aku deactivate) hahah.. sian.. xpa la.. meh aku nak cerita pasepa.
Salah satu sebab ialah aku xle nak kembangkan bisnes aku. Aku cuba share merata2 group yang aku join, dia tulih fail. Bila aku tnya Mat Zukenbek (saja eja kot lain nama dia), dia x jwb apa2 langsung. Sakit hati sungguh. Ceihh. Sembang macam Mat tu adik beradik aku ja. La.. sungguh aih. Aku tnya dia. Even bila aku gugel, ramai rupanya yang ada masalah tu. So itu dah buat aku fedap dgn FB aku.
Kedua, aku dok ltk dlm IG segala gambar, aku xtau pasepa jadi setting Only Me ja bleh tgk. Otomatik. Mula2 dlu ok ja aku dok share. Tetiba sejak FB aku nih mcm2, mula sangkut paut abeh benda lain yang xdak sangkut paut at the 1st place. Hampa paham dak aku cerita apa? Xpa.. xpa.. x penting. Aku paham sorang ja dah la..
Ketiga, aku rasa penyebab FB aku merajuk lepas aku p tekan spam apa menatang ntah. Ini penyakit orang dengki apa xtau yang dok suh org tekan2 spam nih. Memang sungguh aku x paham. Cuba hampa buang perangai hudoh dok pkiaq nak dengki kat orang nih. Spam2. Satg aku p pam sorang2, baru tau.
Keempat, ramai sangat orang yang aku x kenai sampai tiba2 aku rasa macam aku x secure dalam menyalurkan maklumat melalui status aku @ apa2 saja yang aku share. Betui. Aku pelik pasepa mudah sgt dlu aku p approve orang. Dah lama2, aku mai fedap & rasa macam bahaya.
Kelima, penyebab TERBESAQ aku deactivate ialah ada seorang makhluk yang aku boleh anggap dia stalker.
Kalau dia baca blog aku nih, aku nak mintak maap siap2 sebab aku p buang hang, aku xmau jadi kawan hang dah dalam alam maya nih, aku xmau hang dok meratap sedih pilu dok tengok aku yang tengah bahagia ngan keluarga aku. Aku ban hang teruih. Sungguh.
Aku takut walaupun kalau hang tengok aku nih macam ada sket sikap jantan, aku masih lagi takut weh dengan apa yang hang buat. Itu yang aku nampak. Yang aku x nampak?? Wallahualam. Aku cukup x suka dengan perangai hang yang tetiba tengah2 malam PM aku, walhal aku x la online pn, cuma sbb aku nih pengguna henpon yang ada internet, mesti la hang rasa aku online semedang. Padahai, aku x online pn. Kena plak tengah tu aku memang bangkit nak bagi susu kat anak. Hmm. Mula2 aku igt ok la. Kawan lama tanya habaq. Tapi lama2 aku koi pelik sebab hang ni jenih tiba2 muncui, tiba2 hilang.
Lepaih tu, nak habaq kat hang, Allah saja nak tolong aku hari tu, Allah gerakkan hati aku untuk tengok profile hang. Masa tu, aku memang terkejut xtau nak habaq. Aku pelik pasepa gambaq aku penuh kat wall hang. Aku pelik. Aku pelik weh.. Hang share gambaq aku pastu hang wat caption sendiri & komen sendiri kt wall hang. Hang saiko ka apa??? Hampa yang baca nih jangan dok rasa ketaq. Aku lagi ketaq baq kat hampa masa tu..
Dan-dan tu jugak aku p BAN dia teruihhhhhhhh.. nala betoi..
Kes stalker nih, aku memang x heran pun depa nih macam2 idea. Sanggup buat FB baru semata2 untuk tengok apa orang yang dia nak tengok tu buat. Aku rasa, stalker nih ada masalah hati & pungkoq. Hati sebab dia rasa macam x puas hati x tengok orang yang dia nak tengok & pungkoq sebab dia x boleh nak duduk selagi x tengok orang yang dia nak tengok.
Ikut hampa la nak maki apa kat orang macam nih. Aku x ajaq pn hampa suh panggil stalker nih pungkoq naaaaaaaa..
Okbai.
*saja guna bahasa tumpah darah & aku hari nih. maapkan Mommy*