Thu. Feb 6th, 2025

SLING GRIP : SELFIE SEBELAH TANGAN TANPA MASALAH TERGELINCIR

Salam

Hi kawan-kawan dan pembaca sekalian. Hari ini Mak nak tayang satu benda yang sangat menarik untuk ditayang. Tihihi.

SLING GRIP : SELFIE SEBELAH TANGAN TANPA MASALAH TERGELINCIR

Item yang baru je diperkenalkan oleh Daddy kepada Mommy. Kata Daddy, di Mekah sana, ramai orang guna Sling Grip ini.

Eh mana dia? Hii. Mommy dah lekatkan di belakang Samsung Galaxy A7 Mommy, lepas tu baru teringat nak snap. Takpe lah. Snap kotak. Hii.

Inilah rupa Sling Grip. Mommy letak dulu ikut selesa nak pegang phone sebelah tangan, kemudian baru lekatkan. Mommy tak letak menegak. Tak selesa nanti. Bila tak selesa, tiada purpose lah menggunakan Sling Gripp ini. Sling Grip dilekatkan di belakang smartphone untuk mengelakkan kes tergelincir jatuh ketika pegang.

Ini rupa bila Mommy guna sebelah tangan. Let say nak selfie, memang tak risau tergelincir la. Letak jauh-jauh, tinggi-tinggi dari muka masa nak selfie, tak perlu guna timer dan pasti tak tergelincir dari tangan. Ye la, smart phone sekarang kan makin lama makin nipis.

Pandangan dari hadapan. Eh tetiba ada status facebook Che Mat Gebu Tiffinbiru la pulak. Hiii

So pagi tadi dah testing berselfie dengan Encik Daddy dah. Tak guna timer. Terus angkat telefon tinggi-tinggi dan tekan snap di hujung jari. Best!

Nanti kena beli lagi la kot. Banyak smartphone kat rumah ni.

Find me on Instagram
Ephyra tanpa modal
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!