SK HULU KELANG. Sebut sekolah tu, apa yang anda boleh kaitkan??
“Che gu main bola.. Hari2 che gu main bola”
“Che gu Shaari”
Ya betul!!
Dan bangunan itu dibiarkan kekal di sekolah tersebut sebagai kenangan memperingati P Ramlee pernah berada di situ.
Eh kenapa Mommy cerita pasal che gu shaari ni? Hehe..
Tahun lepas, Mommy kan pernah cerita yang Mommy pergi daftar Tahun 1 untuk Hannah Damia di SK TAMAN MELAWATI 2. Tetapi mungkin rezeki Hannah bukan di situ.
SK HULU KELANG
Selepas semak di website KPM , tertulis di situ, sekolah yang ditempatkan ialah di SK Hulu Kelang.
Dan khabarnya, akhir tahun ini ada peperiksaan. Oh part ni Mommy risau. Moga-moga tak clash dengan date Mommy travel dan Daddy pula harap2 ada di Malaysia masa tu. Oh. Allah. Permudahkan. Korang doakan sekali ya. Kalau tak, siapa yang nak temankan Hannah Damia? Hmm..
Pagi ini daddy yang pergi ke SK Hulu Kelang dan daftar sekali lagi di sana secara online. Pelik juga sistem online ni tau. Masa Mommy mula2 semak hari tu, apa yang Mommy daftar tahun lepas, langsung tiada. Rupanya kena daftar sebagai pengguna baru dan mohon kembali. Kemudian barulah ada nama sekolah yang dipohon. Cuma butir2 ibu bapa semua kosong. Kena kemaskini semula. Bila dah setel, tunggu lagi sebarang update baru (tunggu ni sebab dah call sekolah yang dipohon untuk sebarang keputusan, dan masa ni lah SK Tmn Melawati 2 beritahu yang nama HD masuk ke SK Hulu Kelang).
Jadi, itulah sebabnya pagi ini Daddy ke SK Hulu Kelang untuk daftar semula. Dokumen yang diperlukan ialah cetakan sekolah yang dipohon (yang lama tu) dan dokumen2 lain sama seperti ketika pertama kali memohon (iaitu surat beranak, ic parent, surat pengesahan gaji bapa, surat nikah/cerai, surat oku klu ada, sampul dan setem).
Selesailah urusan hari ni. Sebelum pulang, Daddy snap dulu kawasan sekolah itu. Sejuk hati katanya. Bersih dan yang paling seronok sekali ialah rasa macam zaman P Ramlee je. Ye la. Daddy peminat P Ramlee kot! Mana tak seronok bila dapat masuk sekolah tu. Ehehe.
Lagi sekali, moga Allah permudahkan urusan MommyDaddy dan Hannah Damia. Amin.
p/s : Mommy redha je ni sekolah mana pun. Asalkan ada nama di sekolah rendah. Kalau ada rezeki, Mommy kena pindah ke area Kajang hujung tahun ini. Jadi, mungkin kena pindah sekolah la kan. Jadi, asalkan ada nama di mana2 sekolah, senang buat pertukaran. Dalam masa yang sama, Mommy juga mohon sekolah rendah agama. Sayang pula kalau tak sambung dari Little Caliph kan. Tapi, mana-mana pun tak kisah. Asalkan ia rezeki anak Mommy.
Satu pesanan untuk anak-anak KL/Selangor/Putrajaya ni, sila daftar online segera.
Contoh Hannah:
Tahun 1 2017, daftar online 2015.
Goodluck Mommies Daddies.
moga dipermudahkan segala urusan momy dan daddy hana…
all the best buat hana…
sekolah legend mmg rasa syok dpt masuk naaa…hehehe
Amin. Tq kak
Sekarang hannah sekolah kat sk hulu kelang ke?
bln 1 nanti inshaa Allah
Saya pun dah mula daftarkan anak sekolah darjah 1 di Bangi.