Mon. Feb 10th, 2025

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK

APA ITU REMPAH 4 BERADIK

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK?

Asbab diberi nama sebegitu : Selalu bersama-sama dalam masakan.

Logik kan? Haha

Bunga Lawang

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK

Nama Saintifik: Illicium verum
Nama Inggeris: Star Anise

Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5-rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian, untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama. Disebabkan itulah kuah sos sentiasa mempunyai aroma yang kuat, dikeluarkan oleh bunga lawang ini.

Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, untuk menekankan aromanya ke atas masakan tersebut. Ia boleh juga digunakan untuk menambah rasa dalam masakan kari.

Bunga lawang yang berbau manis ini turut menambah rasa enak di dalam minuman teh. Walaupun mempunyai rasa akar (asli) yang kuat namun ia tidak mempunyai kaitan secara botani dengan jintan manis.

Bunga Cengkih

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK

Nama Saintifik: Syzygium aromaticum
Nama Inggeris: Clove

Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Ia juga mempunyai rasa pahit dan kelat, serta paling menusuk antara rempah-rempah lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut.

Bunga cengkih elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya.

Bijian kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Rasa bunga cengkih dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit digalakkan.

Bunga cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dalam bentuknya yang asal dan menyeluruh untuk menambah rasa dan hidangan masakan tersebut. Ia sering diguna bersama jintan putih dan kayu manis.

Petua

Untuk menentukan kualiti bunga cengkih yang bagus, masukkan ke dalam secawan air. Bunga cengkih yang elok akan terapung secara menegak manakala jika tidak akan tenggelam atau terapung secara mendatar.

Buah Pelaga

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK

Nama Saintifik: Eletarria cardamomum
Nama Inggeris: Cardomom

Pelaga adalah salah satu rempah yang termahal di dunia kerana sifatnya yang eksotik. Disebabkan itu ia digelar sebagai ‘ratu’ segala rempah.

Pelaga sering diguna sebagai bahan perasa untuk masakan manis dan enak di Asia Selatan. Buah pelaga yang dikeringkan digunakan untuk menambah rasa yang unik ke dalam nasi, daging, sayuran dan pelbagai masakan lain.

Sama ada sebiji ataupun dikisar, boleh dicampur ke dalam minuman kopi, teh, kuih-muih dan kek. Ia boleh ditumbuk hingga nampak kesan lebam dan digoreng sebelum menambah bahan utama masakan ke dalam kuali, atau ditumbuk sehingga hancur bersama dengan bahan rempah yang lain. Kulitnya itu sendiri mempunyai rasa yang asli dan selalunya tidak digunakan kerana akan meninggalkan rasa yang pahit di dalam masakan.

Kayu Manis

SIAPAKAH REMPAH 4 BERADIK
Cinamon sticks and powder on white background

Nama Saintifik: Cinnamomum verum
Nama Inggeris: Cinnamon

Kayu Manis adalah gelaran kepada kulit kayu dari pelbagai jenis pokok malar hijau yang berasal dari jenis Cinnamomum. Kayu manis berkarektor kayu asli, semula jadi dan tengik dari segi rasa dan aroma.

Kayu manis boleh didapati dalam bentuk kayu atau serbuk. Bentuk kayu boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama tetapi bentuk serbuk mempunyai rasa yang lebih kuat. Lebih halus kisaran serbuk itu lebih cepatlah deria rasa menangkapnya.

Apabila kayu manis digunakan dalam bentuk asalnya; bahagian kulit kayu akan digoreng dalam minyak yang panas hingga gulungan dibuka untuk membebaskan harumannya. Kemudian ditambah bahan-bahan lain seperti tomato, bawang atau yogurt.

Ketulan kayu manis selalunya dikeluarkan sebelum masakan dihidang tetapi ada juga yang menjadikannya hiasan untuk menambahkan aroma. Jika serbuk kayu manis yang dipilih, ia dimasukkan ke dalam masakan sebelum ia dihidangkan kerana memasaknya akan meninggalkan rasa yang sedikit pahit.

Tahukah Anda?

Kayu manis mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan rempah ratus dan juga perubatan. Kemampuan unik dalam penyembuhan atau pemulihan penyakit kayu manis datang dari minyak yang ditemui dalam komponen-komponen kulit kayunya.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!