Wed. Feb 12th, 2025

SHOGUN2U – ONLINE FOOD DELIVERY SERVICE DENGAN HARGA BERBALOI

Lapar! Tapi.. malas masak? Malas keluar? Malas semua malas! Tapi Internet rajin kan? Solution mudah : FOOD DELIVERY lah! Mommy nak intro Shogun2u sebagai pilihan terbaru Online Food Delivery. Well, boleh la stop sekejap AYAM mahupun BURGER segera. Di Shogun2u, terdapat pelbagai pilihan makanan antaranya Japanese, Korean, Chinese, Taiwan, Thai, even Steamboat! Juga tidak ketinggalan Desserts & Beverage yang menarik turut disediakan oleh SHOGUN2U.

SHOGUN2U-ONLINE-FOOD-DELIVERY

ONLINE FOOD DELIVERY : 3 STEPS

PILIH, PESAN & ENJOY THE FOOD! Mudah bukan?

Ini pilihan Mommy hari ini – BELI 1 PERCUMA 1 UNTUK JAPANESE & CHINESE FOOD (sah sehingga 29 Februari 2016)

shogun-online-food-delivery
Well, sama tak dengan apa yang Mommy dapat?

shogun2u-online-food-delivery

shogun2u-online-food-delivery

shogun2u-online-food-delivery

Wuhuuu! Sedap ok. Sushi dia gemuk2. Percaya tak, satu set tu pun Mommy dan Daddy tak boleh habiskan. Macam cepat je kenyang. Walhal kalau pegi Sushi King, bukan main laju je berplate2. Kenyang weh! Gemuk sangat sushi dia. Puas!! Air Chrysanthemum pula sedap jugak. Walaupun tiada tanda Recommended, Mommy recommend untuk cuba! Tak rugi!

Tq Encik-Delivery

shogun2u-online-food-delivery

INFO MENARIK MENGENAI SHOGUN2U

– Minima pembelian ialah RM25

– Boleh dibayar secara COD atau Online Payment termasuk Credit Card

– Makanan boleh ditempah dan dijadualkan dari awal (macam Mommy booking pagi, penghantaran waktu petang. Malam pun boleh tau!)

– Selalu ada PROMOSI

– Penghantaran di rumah dan juga pejabat anda!

– Aggaran 1 jam tempoh penghantaran (kadang-kadang cepat sampai dari waktu yang kita pilih. Macam Mommy 20 minit awal. Cool!!)

– Harga termasuk GST

PROMOSI

Cepat uols. Promosi BELI 1 PERCUMA 1 ini akan berakhir tak lama lagi. Beli 1 percuma 1 sama seperti Mommy dapat.

PENDAPAT MOMMY

Kalau nak buat jamuan ke, nak makan bersama-sama kawan-kawan sekerja ke, lunch atau dinner bersama keluarga ke, tanpa perlu ke kedai makan, inilah jawapannya. Jimat kos minyak kan???Mommy concern juga perihal Halal atau tidak. Melihat Chef mereka yang terdiri daripada orang Islam, maka Mommy yakin lah. Dan ini pula jawapan pihak Shogun.

Ermm.. Makanan Thai & Steamboat ada tu korang. Tak terliur ke??? Hiks..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

6 thoughts on “SHOGUN2U – ONLINE FOOD DELIVERY SERVICE DENGAN HARGA BERBALOI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!