Sabtu lepas (08082015) menyaksikan Daddy bertolak ke Mekah atas urusan bekerja dan jika diizinkan Allah, untuk lakukan umrah serta Haji sekaligus di sana. Untungnya ya Allah. Syukur ke atas rezeki ini. Allah dah atur elok dah segala perjalanan hidup kita. Rezeki Daddy untuk pergi dahulu. Mudah2an nanti Daddy boleh ‘tunjuk ajar’ Mommy pula di sana.
Beza jam di sana 5 jam lewat dari Malaysia. Contohnya kita dah jam 6 pagi, di sana baru jam 1 pagi.
Kami buat persiapan untuk membeli segala keperluan seminggu sebelum tarikh penerbangan. Kenapa lewat? Kami cuma dapat tahu tarikh tiket 2 hari sebelum bertolak. Mujurlah segala persiapan sudah lengkap. Total burned rasanya hampir 1k. Termasuk duit belanja di sana. Mujurlah lelaki tak perlukan banyak ‘kelengkapan’ sangat kan?
Nanti Mommy prepare list barang2 untuk ke Umrah sambil bekerja yang Mommy sediakan untuk Daddy.
Beberapa hari sebelum perjalanan, kami sudah berlatih inform HDAE yang Daddy akan naik aeroplane & pergi jauh. Hmm. Memang mencabar juga nak bagi memasing faham kan. Kecik lagi. Daddy dah siap2 tinggalkan kain pelikat beliau. Manalah tahu anak kerinduan nanti. 2 bulan mungkin sekejap bagi kita. Bagi anak2 yang masih tak faham, pasti tertanya-tanya “where’s my Daddy??”
Even semalam, malam ke 2 selepas ditinggalkan, soalan berulang ialah “mana daddy?”, “jom call daddy”. “daddy dah balik ke?”. Ko ghaser?? T__T
Daddy dijadualkan stay sana selama 2 bulan inshaa Allah.
Hoho. Naness!
Kami bertolak jam 11 pagi ke KLIA. Sarapan siap2 sebelum bertolak.
Daddy cuma bawa 1 luggage besar tu sahaja. 1 beg laptop & 1 pouch bag. Mudah sungguh jadi lelaki. Cer Mommy. Hihi. Rasa macam kena bawa beg yang belakang tu kot?
Adik dari sampai asyik cranky jer. Taktau lah sebab dia dapat rasa atau apa.
Masa tunggu Daddy beratur ni, ini je alat untuk alih perhatian dorang. Mommy dah get ready macam2 makanan juga. Fon pun kena make sure bateri tak boleh kong. Hmmm
Tak ramai staff yang pergi untuk batch ini. Mungkin batch lain lebih ramai kot.
Tibalah masa untuk Daddy bertolak. Jam dah hampir pukul 2. Daddy nak masuk cepat2 supaya sempat solat zohor sebelum naik flight.
Drama begins.
Dah start meronta-ronta, menangis & peluk kaki Daddy
Tengok Adik lagi la sedih. Diam je. Apa pun tak cakap. Padahal sebelum tu asyik cranky je. Dah dapat rasa agaknya.
Nangis non stop.
Peluk cium berkali-kali sambil pesan untuk dengar cakap Mommy dan tolong Mommy jaga adik.
Bila letak je, tangisan bersambung. Masa ni Mommy dah sebak!
Time ni lagi la bergenang air mata. Huuuu
Sempat la rakam tangisan tu..
Akhirnya adik jerit juga bye2 selepas nampak Daddy jauh macam ni.. T__T
Kakak still tak boleh terima kenyataan. Tak nak salam. Tak nak kiss. Tak nak bye2.
Mommy terpaksa alihkan perhatian untuk pulang. Mommy pujuk belikan susu dan roti dan apa sahaja yang kakak nak untuk pulang.
Parking dibayar RM12 utk 3 jam. Fuhh
Masuk kereta, gelak-gelak, main-main, last2 zzzzzzzz
Singgah rumah mak ngah sebentar. Balik rumah selepas maghrib.
Semalam, dek kebosanan, Mommy cuba bawa ke mall. Main2 jap. AE asik buat lembik badan, last2 Mommy kena dukung juga.
Hasilnya, pagi ni badan Mommy jadi lenguh-lenguh. Another 57 days..T__T
UPDATE
Semalam, 09082015, Daddy selesai mengerjakan umrah.
Dah kacak berbotak. Hahaha
Alhamdulillah.
Moga Daddy dipermudahkan selesaikan kerja di sana dan dapat mengerjakan Haji sekali nanti. Amin.
Moga pulang dengan selamat nanti.
hihihi.. nak sedih balik bln 12 ni