Cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda.
Kotak/Sampul Prabayar PosLaju hanya untuk kegunaan dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan boleh didapati di lebih 300 cawangan termasuklah PosLaju, Pejabat Pos dan agen jualan terpilih di Semenanjung Malaysia.
Cara Menggunakan
2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut.
3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut.
4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.
Ciri-ciri dan Kelebihan
-Lengkap dengan sistem Track & Trace
-Lengkap dengan bukti penerimaan bungkusan
-Tuntutan gantirugi untuk kehilangan/kerosakan sehingga Rm300*. PosLaju tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan lebihan had berat atau isi kandungan terlarang
*Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi:
dari 8:30 pagi – 8:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan
dari 8:30 pagi – 5:00 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum)
b. Layari www.poslaju.com.my atau www.pos.com.my
Jenis: Sampul Prabayar S
Saiz: 280mm x 200mm
Berat Maks.: 500g
Harga: RM6
Jenis: Sampul Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm
Berat Maks.: 1kg
Harga: RM9
Jenis: Kotak Prabayar S
Saiz: 340mm x 250mm x 80mm
Berat Maks.: 2kg
Harga: RM13
Jenis: Kotak Prabayar M
Saiz: 340mm x 250mm x 150mm
Berat Maks.: 5kg
Harga: RM20
Jenis: Kotak Prabayar L
Saiz: 380mm x 320mm x 200mm
Berat Maks.: 10kg
Harga: RM30
PROMO masih berjalan..
SUMBER
hi Assalamualaikum.. sy Syahira.. sy nak tanya sikit.. mcm mana ye kalau kita nak beli borang pos laju tu? ada jual ke kat pos laju? dan harga sampul tu utk 1 plastik shj atau ada beberapa pcs? terima kasih ☺️