Sat. Nov 2nd, 2024

[SAD] ADAKAH ANAKKU BEGINI NANTI?? YA ALLAH.. BENARKAN AKU BERSAMA ANAKKU LEBIH LAMA

Gambar yang amat menyentuh hati….seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu : Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi beri mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui…. 
Sejenak berfikir..
Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti…? 
Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti…? 
Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat…?
Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur…?
Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum…? 
Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari…?
Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkanyang lain-lain…tetapi aku redha akan ketentuanMu Illahi…. 
Ya’Allah..padaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik…padaMu jua aku meminta berikanku perlindunganMu… 
Panjangkan umurku Ya’Allah…bagilah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa… 
berikanlah aku kekuatanMU Ya’Allah…hanya padaMu aku berserah Ya’Allah…. 
Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang…Maha Pengampun….Maha SegalaNya….Amin….”

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!