Mommy asyik tangguh niat nak buat Burnt Cheese Cake ini sebab blender rosak. Dan bila Daddy belikan blender baru ini, terus Mommy minta Daddy belikan bahan-bahan nak buat. Suruh cari bahan untuk sekali buat jer demi penjimatan. Huhu.
Bahan yang digunakan pun tak banyak kalau rujuk resipi Rizal Kingriz yang viral dalam group AF baru-baru ni.
RESIPI BURNT CHEESE CAKE GUNA AIR FRYER
Peralatan :
- Air Fryer (Mommy tak pre-heat)
- Loyang saiz 6 inci (Loyang non-stick membakar dengan lebih cantik berbanding loyang di alas baking paper)
- Baking sheet (lepas dah buat, rasanya tak perlu guna kot sebab kertas ini comotkan rupa tepi.. hehe)
- Butter (untuk sapu nipis loyang, elak kek melekat)
- Blender
Bahan untuk blend :
- Cream Cheese 250g
- Gula Halus 1/2 cawan
- Telur 3 biji (Mommy guna gred B jer)
- Tepung gandum 2 sudu besar
- Whipping cream 125ml
Cara buat :
- Blend campuran satu persatu sehingga semua bahan lembut dan sebati. (Mommy letak semua sekaligus.. Huhu)
- Sapu butter di dalam loyang untuk elak kek melekat
- Masukkan adunan ke dalam loyang
- Setkan AF dengan suhu 180° selama 25 minit
Tips
Selepas AF berbunyi menandakan kek dah masak, korang biarkan je dulu ia dalam AF tu. Bagi dia seduh sikit. Kalau keluarkan cepat-cepat, potensi kek tu merajuk memang ada. Bantat kalu, jangan marah.
Bila dah keluarkan dan seduh tu, boleh la letak dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Memang betul tips Abang Rizal tu, bila dia suruh sejukkan terlebih dahulu. Pesannya, letak dalam peti beberapa jam.
Kenapa kena letak dalam peti sejuk (chiller)?
Senang potong.
Cantik dipotong.
Sedap dimakan ketika sejuk.
Serius!!
Korang ingat, orang-orang dalam rumah ni mampu bersabar bila bau kek? Tak sampai sejam, dah minta. Hahaha..
Sekelip mata gais.. Mommy pun sempat la makan 3 slices jer. Janji dorang happy dan review jelas dari segi ‘serbu’ tadi!! Non stop makan sampai habis.
Korang cuba la juga. Mudah sangat.
BACA JUGA : Resepi Maggi Goreng
Sedapnya.. Kak nina dah lama tak membaking. Mood ke laut dah ni. Huhuuu
buat la semula. hehehe..
Kak Shehan, memang tak guna full cream milk ea? Boleh blend ke kalau kering?
last skali kan ada whipping cream kotak tu.. mix smua baru leh bgerak
Trima kasih kongsi resepi. Sedap betul nampak kek cheese ni. Boleh lah nak cuba buat nanti. Cuti PKP ni ada masa lah nak cuba resepi2 buat kek ni..
Kita sebenarnya tak makan cheesebtetapi klu chrese kek yg tak rasa sgt cheese dia baru makan so tu yg jarang nak buat kek keju mcm ni. Nampak sedap tu.
Yey! Baca ko pun resepi dan cara ni barulah cerah masa depan Sis ko nak buat kek ni…kalau tak Sis baca macam-macam resepi sampai naik ngeri nak beli bahannya ko…kang salah resepi tak jadi, habis menyesal tak sudah…Baik nanti boleh try!
sy kan pemalas. nak cari yg mudah jer, ahhahahahaha
Ini resipi yang trend sekarang ni. Tak pernah cuba lagi. PKP ni boleh la cuba. Kalau peminat cheese mesyi suka resipi ni.
Jom kita buat burnt cheese cake pula masa PKP ni. Banyak resipi tak buat lagi. Cheese style ni memang viral sekarang ni kan?
Rasanya resepi cheese cake ni mesti lemak manis kan, sesiapa yang suka makan keju tentu suka dan boleh cuba resepi ini.
any cake dengan cheese memang sedap. tak pernah lagi tak sedap. ok save juga resepi disini. tengok bahan pun simple dan nak buat pun ok boleh follow step kat sini 🙂
terliurnya tengok kek tu. mana nak cari time pkp ni. terpaksa lah buat sendiri. terima kasih bagi resepi
Thanks share resepi. Nampak senang, teringin juga nak buat kek. Takut fail macam dulu, haha. Nampak kek ni senang nak buat.
Yeay akhirnya ad ajuga yg share resepi pakai air fryer. Dok cari2 resepi tak cukup bahan pula nak buat. Cuma nak kena beli loyang dgn blender sebab blender jatuh pecah. Nanti nak try resepi ni.
Waduhh nampak sedap sangat. Dari hari tu nak buat, tapi tak buat buat lagi. Cream cheese dah beli dah sb nak buat ni le. Ok nanti free nak buat jugak
Air fryer masuk elok dalam cart lagi.Tak keluarkan lagi..hahaa..memang kena ada satu la dekat rumah..macam2 boleh masak dengan air fryer
Wow mudahnya, guna air fryer pun boleh… Ha jom la project Burnt Cheesecake pula!
Eh. Senang pula guna cooker ek. Boleh la Rawlins nak try gak resipi nie kelak. Mudahan tiba la kegigihan seketul Rawlins nak buat burnt cheese cake nie ye
Alalalalala..
Sedapnyaaa kek..
Tapi kita takde AF nak dicuba. Hahaha..
Terbayang-bayang sedapnya kek tu walaupun tak pernah makan. Kikiii
tertarik dengan gambarnya, hehehe.. nanti buat tutorial ehhhh cantik kan content blog ..