Thu. Dec 12th, 2024

PHOTOGRAPHER WANITA MELAYU, LALA HUSNA YANG KIAN MENCIPTA NAMA

#photobylalahusna

Cari je hashtag tu, sama ada di Instagram atau di Facebook. Anda akan lihat hasil bidikan lensa dari gadis muda ini yang kian mencipta nama di arena fotografi. Lala Husna, photographer wanita melayu merupakan salah seorang jurugambar yang bertanggungjawab untuk mengambil gambar bloggers KBBA9 ketika sesi Photoshoot Raya KBBA9 baru-baru ini.

Sedikit pengenalan dari adik kecil molek ini

Lala alumni UiTM. Dip in Photography and Media Creative (UiTM Sri Iskandar) , Bachelor in Photomedia Creative (UiTM Puncak Alam).

Asal Ampang. Sekarang fulltime photographer. Pengalaman dalam bidang ni daripada umur 19 tahun lagi. Tapi masa tu masih student. Start belajar untuk masuk dalam industri (wedding photographer) pada tahun 2011. Masa ni kerja dengan orang, sambil study jgk. Then start 2012, dah start amek job sendiri. Tapi sambil tu belajar2 juga dgn org. Sampailah sekarang. Hampir 5 tahun jugak dah dlm industri ni. Even that, ilmu dalam bidang ni tak pernah habis n tak pernah cukup. Im still learning. 🙂

lala-husna

Bukan calang-calang juga pengalaman gadis muda ini ya..

Btw, Mommy dah lama aim nak belajar jurusan photography macam Lala Husna ni. Even masa di UIA dulu, Mommy pernah belajar 2 semester dalam Photography Skill. Tetapi, memandangkan ianya cuma co-curricular course di samping course utama Mommy iaitu LLB (atau senang faham jurusan undang2), Mommy tak dapat la nak asah bakat lebih-lebih kan? Hehe. Tapi, minat Mommy tak pernah luntur. Mana tahu nanti Mommy ada peluang untuk jadi Freelance Photographer nanti. Jangan putus asa belajar je. Kelas belajar fotografi yang Mommy pernah join awal tahun hari tu sedikit sebanyak membantu Mommy dalam bidang ini. Eh tercakap pasal diri sendiri pulak. Miahaha.

Masa Mommy jadi  (baca : perasan jadi) model baru-baru ini, masa Photoshoot Raya KBBA9 tu, cik adik manis ni la yang tolong snapkan. Hasil? Huuuu. Mommy sukaaaaaaaaaaaa sangat!! Cantik dik non. Barulah mak yakin yang mak ni berbakat jadi model. Eh.

Nak tengok? Memang nak bagi tengok ni.. Lalalala..

photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-001JPG

the real Me yang gilos. Haha
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-009JPG
part of KBBA9 Team
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-001JPG
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-009JPG
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-009JPG
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-001JPG
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-001JPG
photo-by-lala-husna-photoshoot-kbba-9-shehanzstudio-009JPG

Ini belum edit. Kalau edit lagi, tak tahu lah Macam mana Mommy punya happy. Bila tengok gini, teringin pula nak buat family photoshoot. Last buat pun masa Hannah umur 3 tahun (tengok banner blog Mommy tu). Sekarang Hannah dah 6 tahun dah. Lamanya..

OUTFIT MOMMY

  • Busana Tajaan : Bhaju Dheea
  • Makeup : @syuhada_said (IG)
  • Shawl : Ruffle Instant Shawl Neng Geulis

SERVIS #photobylalahusna

Servis yang ditawarkan ialah untuk live update, wedding, potrait dan lifestyle, fashion commercial (studio/outdoor) dan event. Gempak kot tengok IG @lalalandhusna dan @laisaduo. Ini antara contoh gambar yang pernah dihasilkan beliau.

photo-by-lala-husna-shehanzstudio-review (1)

Gempak.. memang tak rugi ambil servis dia.

KELEBIHAN MEMILIH JURUGAMBAR WANITA

Sesuai untuk wanita yang berminat untuk bergambar, tapi malu bergaya di hadapan jurugambar lelaki.

Mudah memahami perasaan ‘malu’ dan kekok wanita.

Lebih bijak mengawal emosi dan keadaan.

Kalau nak bergambar secara berkumpulan untuk wanita sahaja, akan memudahkan perjalanan fotografi dilakukan. Nak pegang-pegang adjust apa2 yang patut pun mudah kan?

Jurugambar wanita sekarang dah setanding dengan kaum adam tau.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai servis fotografi Lala Husna, anda boleh hubungi beliau melalui:

  • Email : lalahusna.lh@gmail.com
  • Whatsapp/Call : +60172922447
  • Instagram : @lalalandhusna dan @laisaduo
  • Facebook : lalaland91
  • Hashtag : #photobylalahusna

P/S : Ada yang berminat nak ambil Mommy jadi model baju & shawl ke? Eh.. Hahahaha #perasanlagi

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

21 thoughts on “PHOTOGRAPHER WANITA MELAYU, LALA HUSNA YANG KIAN MENCIPTA NAMA”
  1. Cantik gambar dia, bila ada photographer wanita ni, kita nak posing pon idak ler malu sangat… 😀

  2. seronokkan kalau ada skill mengambil gambar sampai ke tahap profesional.. mudah nak buat side income dalam bidang ni..

  3. Setuju part kelebihan amek jurugambar wanita.. Sebab kebanyakkan jurugambar adalah lelaki.. so kalau yang perempuan ni.. redha jak lah bergaya biarpun kekok.. hehe..

    Tapi memang power la hasil gambar tu.. Thorbaik!

  4. yea, memang sesuai jadi model lah YB ni,..baguslah ada ramai photographer wanita…untuk jaga aurat kita.. cantik bidikan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!