Single parent.
Itu kot terma sesuai digunakan.
Sudah genap 1 bulan 3 hari Daddy di tanah halal (office) dan tanah haram (ibadah sebelah tanah je) atas urusan kerja.
Sudah genap 1 bulan 3 hari juga Mommy handle segala-galanya sendiri.
Perubahan anak-anak.. Allahu!
Banyak dan sangat positif!
Mommy syukur sangat-sangat.
Hannah Damia (HD)
Bangun pagi tak perlu marah-marah. Tarik je tangan dia ke depan ruang tamu. Biar dia dapat celik mata sekejap depan tv tu. Selalunya jam 630 pagi tu, ada rancangan Dibo The Gift Dragon di Channel 613.
Bila mata dah boleh celik, Mommy cuma suruh dia pergi mandi. Sediakan ubat gigi siap-siap je kat berus & Mommy boleh tinggalkan beliau alone.
Pandai uruskan diri sendiri dah. Berus gigi, sabun, even yang paling best ialah SHAMPOO sendiri. Sebelum ini, susahnya laaa nak pujuk untuk shampoo. See daddy. Daughter daddy dah pandai! Sabun pun lulus. Boleh sampai tangan kat belakang badan, selepas dilatih oleh Mommy of course.
Kakak ni mudah sangat belajar kalau cakap apa-apa kat dia. Ajar sekali dua je. Itu je yang Mommy perlu buat. Alhamdulillah.
Lepas mandi, minta nak makan. Oat je pilihan dia. Lebih kenyang dan padat perut. Agaknya kat tadika lambat makan kot. So, kakak akan makan sendiri while Mommy siapkan barang, siap masak dan pergi mandi.
Kakak akan pakai uniform sendiri. Tak perlu tolong dah.
Nampaknya, manja tu dah kurang bila dengan Mommy. Lebih disiplin. Hihi.
Boleh disuruh macam-macam. Minta tolong apa-apa pun mudah. Dengan syarat, mata tu tak fokus sangat kat tv. Kalau dah fokus, panggil pun tak dengar. Kihkih.
Kalau liat? Mommy bilang je “one..two..” terus pecut bangun. Kadang-kadang tu, kencing pun suka tahan. Hadoi la nak oii.
Baca buku macam biasa je, Daddy. Sentiasa rajin. Tak perlu suruh. Tak boleh duduk sahaja. Ada je dia pegi ambil buku baca. Ermm.. Mommy rasa, rak buku memang sesuai di ruang tamu kalau pindah nanti. Kihkih. Leh imagine ‘kesepahan’ yang berlaku nanti.
Hujung minggu je la.. akan keluar soalan. “Mommy.. hari ni nak pegi mana? Kakak nak main”
Huh.. Parokk!
Ariq Emir (AE)
ISI KANDUNGAN
hide
Dugaan memang ada banyakkkkkkkk dengan AE. Tapi dia boleh cope banyak benda dah sekarang. Paling ketara bila disuruh buang sampah. Laju je ke dapur & buang ke dalam tong sampah.
Lepas tu cepat-cepat tepuk tangan. Haha. Mommy tau, ini hasil ajaran Mommy bila first time dia berjaya task buang sampah tu.
Walaupun dia buat perangai kadang-kadang di rumah Pengasuh, setiap perkara tu terjadi bersebab. Paling ketara kalau ekzema dia naik. Ermm
Kalau keluar makan, dah kurang la sikit jerit-jerit tu. Cuma kena make sure dia tak boring. Mommy selalu upah kakak main game tepi dia. Dia layan, kakak pun seronok. Haha. Mommy pun tenang. Takde lah mata-mata alien nak tengok.
Dalam kereta, kalau travel jauh sekalipun, dia prefer berdiri. So, Mommy terpaksa pakaikan tali pinggang kaledar depan dia. Apa yang dia buat? Dia pegang. Ok la tu. Secure jugak. Haha
****
Sebulan lebih, walaupun semua benda kena buat, Mommy ikhlas je. Dah tanggungjawab kan? Cuma, kerja tu asyik delay je la. Hahaha. Contohnya, nak sidai baju, alahaiiii.. bercintanyaaaaaa nak sidai pun!
Ermm.. siapa cakap Mommy tak rindu Daddy tu? Tau tak, baju lama tak lipat tau. Eh.