Mommy baru je update mengenai trip Hannah Damia & Little Caliph ke Bird Park KL. Dan kali ini, Mommy nak kongsi gambar Ariq Emir (kelas 3 tahun) di Little Caliph. Nak compile untuk tengok gelagat Ariq di tadika.
Umum mengetahui yang 2 bulan pertama Ariq di tadika, setiap pagi Mommy struggle hadapi tangisan dan pelukan sayu Ariq Emir. Jadi, gambar2 yang terhasil sepanjang 2 bulan di sana, tidaklah banyak. Ada ketika di mana Ariq tunjuk ‘skill’ meraung dari tepi. Taknak berenggang dengan teacher. 2 bulan tau. Hehe.
Jom tengok.
Aktiviti sepanjang 2 bulan pertama
Macam-macam. Teacher cakap, dia ikut semua arahan teacher. Cuma, kadang-kadang tu, ada la mood tak berapa ada tu. Hii
PENTING : MOODY 2 BULAN!! Mujurlah selepas 2 bulan, Ariq dah ok. Nak tahu rahsia? Mommy calit 2 jenis Essential Oil Young Living setiap pagi, iaitu Joy & Idaho Blue Spruce.
Aktiviti bulan 3 & 4
Dan sepanjang Mac & April ni, mula-mula sekali Mommy bersyukur yang Ariq dah tak moody masa pergi sekolah tu. Dah boleh salam & bye-bye dengan senang hati. Dah boleh berlari-lari masuk ke dalam tadika tanpa rasa sayu. Banyak perubahan sepanjang di sini, antaranya Ariq dah pandai tiru ‘azan’, solat, baca doa makan dan menyanyi serta menari!! Allahuakbar. #mommytouching. Alhamdulillah teacher sanggup bersabar & Ariq pun tunjuk effort nak follow semua yang dia nampak.
Ariq tu speech delay lagi. Tapi, Mommy yakin, tak lama lagi adik ok! Tentang ABC, 123, Alif Ba Ta memang kacang je bagi dia. Kenal benda pun dah terer. Buat ayat so far, baru boleh 2 ayat. Alhamdulillah. Chaiyok adik!!
Hadoi. Baru 4 bulan ye adik kat sini. Mommy dah terlebih excited. Tak sabar tunggu adik masuk kelas. Actually Mommy plan nak masukkan ke kelas 4 years. Sebab memang age Ariq pun 4years tahun ni. Cuma sebab tak biasa masuk environment ramai macam ni, Mommy masukkan dulu ke kelas 3y. Cuba-cuba je dahulu. Hmm. Bila nak start potty train. Hari tu gagal lagi. Huuuu
Suka tengok gelagat budak kat sekolah..ramai kawan..balik teris tanya..buat apa..lalalla..dekat anak buah
hehe. tu lah. tp x dpt tanya ariq lg. x tau nak cte..
Alahai…. Comeynya tengok aktiviti kawan-kawan di sekolah ARIQ EMIR.. Comey sangat… 😉
hehe. tq