Fri. May 23rd, 2025

PEMENANG IPHONE 7 TYZARA IALAH..

Emosi betul Mommy dari malam tadi tau. Hahahaha. Ini gara-gara Ben Ashaari buat teaser untuk pemenang contest Kenapa Aku Pilih Tyzara?

kenapa aku pilih tyzara

Berdebar apabila pada mulanya baca entri pengumuman Pemenang Iphone Tyzara. Rupa-rupanya pengumuman pertama ialah pemenang Share Terbanyak (Lisa ciksepet.com) & Pemenang Tempat Ketiga Artikel Terbaik (Raji razzwey.com). Tahniah walau apapun. Haihhh. Gigil k nak buka entri tu pun.

Kemudian.. datang pula entri kedua dari Ben juga. Keputusan Akhir Pemenang Iphone 7 Tyzara ialah…. rupa-rupanya Pemenang Tempat Kedua Artikel Terbaik je. Arghhhh.. Tensen! But anyway.. tahniah Kak SS (shiqeensattar.com) menang tempat kedua.

Serius cakap.. nampak macam simple je task dia.. Tulis entri Kenapa Aku Pilih Tyzara? Tapi bukan semudah itulah. Macam-macam kena fikir woo..

Apapun keputusannya.. semua peserta dah usaha yang terbaik. Tahniah untuk semua..

Inshaa Allah redha dengan apa jua keputusannya. Tak pernah rasa berdebar seteruk ni tau. Hahaha. Awak sangat nakal.. nakal nakal nakal Ben! Grrrrr.. Mommy syak, ini kes lepas 2 jam bersama Harith Iskander..

****
UPDATE

Pemenang utama iphone7 Tyzara dah diumumkan. Tahniah Kak Nani (mamakembar3.com). Terbaik la kak. Untung boleh guna di Korea nanti. Woot woot!

Debaran tamat! Moga terus maju jaya.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “PEMENANG IPHONE 7 TYZARA IALAH..”
  1. Tu laa ni semua gara gara aben, aii yang tak stress masa join kontest pun tetiba jadi stress debar debar tunggu keputusan hahaha. Nasib 2 jam je dia ngan Harith, kalau 2 bulan? Mau heart attack dah kita semua dia kenakan hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!