Masih tak boleh move on bila terkenangkan betapa cantiknya New Zealand. Untuk pengetahuan korang, Mommy ke North New Zealand baru-baru ni. Sebelah South belum dapat jejak lagi. Moga Mommy ada rezeki lain pula. Tapi kan, sebelah North sahaja pun terlalu banyak tempat dan aktiviti yang boleh dibuat. 5 hari memang tak cukup. Jadi, North pun patut dijadikan tempat percutian lebih lama.
Musim Bunga adalah pilihan team #kembaraKBBA9 untuk ke North New Zealand. Dengan kos tiket berjumlah lebih kurang RM2K, ground pakej lebih kurang RM2K, kita dah boleh pusing North New Zealand. Menggunakan Toyota Estima sebagai pengangkutan rasmi, dan berpeluang bermalam di 4 penginapan berlainan konsep. Itulah yang disediakan oleh Ikhlas Tours kepada kami.
Selain merasa pengalaman lihat bunga-bunga sepanjang musim Bunga ini, Mommy juga berpeluang merasa salji lagi sekali selepas trip Korea kali pertama merasa salji hujung tahun 2016.
BERTOLAK KE KLIA2 DAN DISAMBUT DI AUCKLAND AIRPORT
Jam 830 malam berkumpul di KLIA2. Kami bertolak ke NZ jam 1130 malam waktu Malaysia di KLIA2, menaiki Air Asia dan transit di Gold Coast terlebih dahulu. Dan tiba di NZ jam 430 petang waktu NZ. Beza jam di Malaysia dan NZ ialah 5 jam. Macam sekarang, waktu malaysia jam 2 petang, di NZ jam 7 petang. Beza masa ni, Mommy kadang-kadang jadi terlupa juga. Maka, Mommy letak widget suhu dan masa di handphone. Semua tu dah ada dah kat handphone tu..
Baca : Dah tiba New Zealand!
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam (termasuk transit). Kami disambut mesra oleh Encik Suhaimi, tuan empunya Ikhlas Tours, travel agensi yang berpusat di New Zealand. Orang Malaysia tau. Jadi, jangan risau bab komunikasi. Hehe. Syukur rezeki kami malam tu dapat dinner makanan homemade dari keluarga En Suhaimi sendiri.
TEMPAT MENARIK DI NORTH NEW ZEALAND
Jom Mommy kongsi tempat-tempat menarik di New Zealand dari hari pertama di NZ sehingga hari terakhir di sana.
Hobbiton Movie Set, Matamata
Kami penuhi masa dengan pusing sekitar Matamata dan seterusnya masuk ke Hobbiton Movie Set dengan harga tiket bernilai NZD79 (dewasa). Hobbiton Movie Set ini memang sesuai untuk semua peringkat umur, terutamanya bagi peminat Lord of The Ring dan Hobbiton sendiri. Seterusnya boleh baca pengalaman di Hobbiton Movie Set ni.Tak puas 4 jam tau..
Goverment Garden, Rotorua Lake, The Redwoods
3 tempat ini terletak di Rotorua.
Di Government Garden, Mommy bertemu bunga tulip. Terharu betul rasa. Macam tak percaya Mommy dah sampai ke NZ.
Dekat Government Garden ni, ada muzium juga untuk dilawati. Tapi, Mommy teruskan perjalanan ke Tasik Rotorua pula. Tasik Rotorua sesuai untuk beriadah petang-petang. Masa ni dah hampir gelap, suhu sejuk dah makin menyucuk sampai ke tulang.
Singgah ke The Redwoods. Tempat yang sesuai untuk beraktiviti seperti night walk. Di sinilah Mommy shopping tshirt dan beberapa cenderahati. Boleh tahan murah juga la.
Untuk baca pengalaman Mommy di ketiga-tiga tempat ini, boleh baca pengalaman Mommy di tempat menarik di Rotorua. Perlu repeat ke Rotorua sebab Mommy nak ke perkampungan Maori pula.
Blue Lake & Tarawera Lake
2 tasik ini memang terkenal di Rotorua. Kami berpeluang ke sana awal pagi selepas sarapan di Rasa Sayang Villa.
Kuirau Park (Park with Geothermal Activities)
Kawasan ini luas, tapi atas faktor cuaca hujan lebat, kami terbantut separuh perjalanan. Tapi kawasan ini memang ada sejarah tersendiri. Nampak tak kolam berasap tu? Jangan main-main kawasan ni tau. Memang arwah la kalau terjatuh.
Agrodome Farm
Masuk ke sini, tiketnya berharga NZD68 (Mommy ambil Combo Tix : Farm Show & Tour). Bukan selalu nak datang kan? Layan show sambil kenal semua jenis biri-biri NZ dan lawat seluruh Agrodome Farm menaiki truck, sambil menikmati Jus Kiwi & madu terkenal di NZ. Memang wajib beli kedua-dua produk ini kalau masuk ke sini. Wajib. Tak rugi sebab memang sedap. Dan pastikan bawa Poncho sebab keberangkalian hujan itu ada kalau datang musim bunga.
Nah baca cerita penuh mengenai tempat menarik di Rotorua iaitu Blue Lake, Tarawera Lake, Kuirau Park & Agrodome.
Huka Falls
Tempat paling menawan hati Mommy. Excited sangat masa ni. Airnya yang deras, jernih seperti Listerine biru. Fuh. Memang cantik sangat Huka Falls ini. Kami singgah ke Huka Falls ketika dalam perjalanan ke Taupo.
Patutnya Mommy nak berjalan lebih jauh ke dalam, tapi faktor cuaca yang tak berapa elok masa tu, membantutkan niat Mommy. Silap betul takde poncho, takde payung dan Mommy pun pergi buka Hoodie di sweater. Hadoiiii. Rugi.
Lake Taupo
Lake Taupo ni khabarnya sebesar Singapura. Fuh. Memang NZ ni penuh dengan tasik. Sini ada port bergambar yang cantik. Kalau singgah sini, pastikan korang bergambar di signage ini.
Bace cerita penuh mengenai Huka Falls dan Lake Taupo yang indah ni.
Whakapapa Skifield
Tempat seterusnya yang wajib datang ialah Whakapapa Skifield ni. Untuk yang nak merasa main salji, main ski, memang patut datang ke sini. Dibuka hanya pada winter season sahaja. Cuaca masa Mommy datang masa ni hujan + salji. Suhu masa tu 0 darjah. Sejuk extreme sebab ada hujan tu.
Western Springs Lakeside Park
Taman bersebelahan Zoo Auckland. Tempat riadah sesuai untuk keluarga. Ada banyak swan, angsa berkeliaran dalam taman. Hati-hati berjalan atas rumput ye.
Cornwall Park
Taman yang sangat luas untuk beriadah di sini. Boleh berbasikal, berpiknik di laman yang sangat luas. Di sini, Mommy dapat lihat cherry blossom depan mata. Teruja sangat.
One Tree Hill
Di puncak One Tree Hill, Mommy dapat lihat bandar Auckland 360°. Angin kuat masa ni. Menyucuk sejuk dia. Hahaha.
Untuk keempat-empat tempat di atas, boleh baca sepenuhnya di Entri Kembara KBBA9 Episod 7 ni.
PENGANGKUTAN
Pengangkutan yang kami guna ialah Toyota Estima. Keluasannya buatkan kami lebih selesa. Jadi tak risau lah jika luggage besar sekalipun. Muat untuk 4 orang kami.
PENGINAPAN
Penginapan pertama – Airport Gold Star Motel, Mangere
Penginapan pertama Mommy di Airport Gold Star Motel, Mangere. Dekat je dengan airport. Tips paling utama jika berada di mana-mana penginapan di NZ, jangan biarkan lantai toilet dan sinki ada basah sebelum checkout. Memang takde lubang air cam kat negara kita tau. Bilik mandi, ada shower room sendiri. Motel ini lengkap dengan dapur, peti sejuk, oven dan kelengkapan untuk memasak air.
Penginapan kedua – Rasa Sayang Villa Rotorua
Konsep BnB. Kalau ke Rotorua, Mommy cadangkan korang stay di sini. Serius tak rugi. Selesa sangat. Lengkap semuanya. Rumah pun cantik. Tn Jeff & Pn Diana sangat peramah buatkan kami selesa di situ. Cuma memasak tak dibenarkan di sini. Klik sahaja link Rasa Sayang Villa Rotorua untuk lihat secara keseluruhan rumah ini.
Penginapan ketiga – Courtney Motel
Simple tapi cantik dan lengkap. Tetiba rasa nak deco rumah simple macam ni juga. Kat sini baru dapat masak proper sikit. Malamnya kami ke PaknSave berdekatan.
Penginapan keempat – Avondale Motor Park
Flat Terrace namanya. Penginapan dalam kabin ni pun lengkap dengan dapur. TV pun ada. Ok je bagi Mommy. Sempoi habis.
PERSEDIAAN RAPI DENGAN MENYEDIAKAN CHECKLIST KE NEW ZEALAND
Antara perkara penting untuk setiap kembara ialah menyediakan checklist. Mommy senaraikan semua keperluan penting untuk dibawa ke NZ melalui checklist ini – Checklist ke New Zealand ketika Musim Bunga. Inshaa Allah, checklist ini boleh membantu korang yang nak pergi ke NZ. Mommy ni pelupa, jadi semua benda kena tulis. Bila dah tulis, takde lah istilah tertinggal kan? Kalau tertinggal juga, memang masalah la otak tu. Hahahahaha. Oh ya,, nak pesan sesuatu, cuaca di NZ memang tak boleh dijangka. Betul-betul surprise ok. Even dah nak masuk Summer, tetiba boleh pula hujan batu. Fuhhh..
TRAVEL PACK WAJIB – COSMODERM
Kalau travel, Mommy akan pastikan yang Mommy bawa Travel Pack Cosmoderm ni. Memang wajib tau. Kalau rasa lenguh-lenguh, boleh sapu Deep Heat Lotion. Untuk muka, wajib sapu Vitamin E Cream sebagai pelindung UV. Magic Lotion juga boleh digunakan sebagai pelindung UV di badan dan juga melindungi diri dari digigit serangga kecil. Dan untuk elak rekahan tumit kaki, wajib sapu Advanced Moisture Theraphy Cream. Lengkap kan? Sebab tu Mommy bawa setiap kali travel. Semua ni boleh dibeli di laman web www.cosmoderm.com.my.
PENDAPAT MOMMY
Peluang ke New Zealand ni memang Mommy tak pernah nak jangka langsung. Memang ini rezeki. Bukan mudah nak sediakan semua benda dari A-Z. Terima kasih buat team NZ yang secara langsung dan tidak langsung yang bagi kerjasama sepanjang Mommy buat kerja.. Terima kasih buat Ben Ashaari terutamanya, yang bagi Mommy peluang emas ini. Dan entri khas yang Mommy buat ini juga ditujukan khas buat Ikhlas Tours & Cosmoderm. Terima kasih yang tak terhingga untuk #kembaraKBBA9 ke New Zealand kali ini. Mommy harap, akan ada lagi peluang sebegini lain kali.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk jelajah New Zealand, Mommy sarankan guna perkhidmatan Ikhlas Tours. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah :
- Laman web : Ikhlas Tours
- Facebook : ikhlastours
- Alamat : 12 Ventura Street, Mangere,, Auckland, New Zealand 2022
Happy holiday!
Nak pi NZ jugakkk hehe
semua tempat cantik2..
Seronoknya boleh ke New Zealand, memang tak boleh move on kalau dah ke sana kan!
Memang tak jemu sungguh tengok pic kat NZ .. Subhanallah pemandangan dia . Ada rezeki nak jejak juga ke sana . Wishlist !!
amin.. amin.. moga akak dpt peluang tu jugak..
Lengkap dan sungguh dapat merasa keterujaan tu
terima kasih UN..
terima kasih UN..
Bestnya.. Baca entry ni pun dah rasa best, apatah lagi she yang dah ke sana.. Rezeki kan dapat pegi NZ..
Seriously best gile tgk..moga2 1 day hajat nak ke sana tercapai gak heheh
cantiknya NZ..
Wow, bestnyaaaaa. Cantik sangat tempat kat NZ tu. Baru kat North NZ. Memang kalau pergi oversea, susah nak move on huhuhu.
Seronoknya baca entry Shehan.. Teringin pulak rasanya nak jalan2 ke NZ..
Subhanallah.. cantiknya NZ.. tulip tu memukau
cantik sangat tempat2 yang kak she pegi. mcm dalam mimpi. memang cantik sangat2 la
nak pergi NZ jugak… doakan satu hari nanti dapat merasa pergi sini… cantik la hobbit tu. bunga tulip tu pink cantik sangat. sourvenir utk Haida ada tak.. hehehe
cantiknya NZ.. semoga dapat pergi sana 🙂
Lengkap entry shehan. InshaAllah, kalau ada rezeki bercuti ke NZ,pasti akan buat rujukan di sini. Thanks for sharing
Kalau dapat pergi ni, harap dapat lebih dr seminggu. Hahaha…
Bestnya New Zealand, tengok gambar pun boleh rasa keseronokan tu.