Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 | Baru je semalam Mommy baca 1 komen di dalam blog Mommy ni yang bertanyakan bagaimana nak pasarkan perniagaan kecil-kecilan mereka supaya lebih ramai tahu. Soalan bijak tu.
Untuk pengetahuan semua, Minggu Keusahawanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019, anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan & SME Corp. Malaysia kini berlangsung di seluruh negara bermula 12 Julai yang lalu sehingga 2 September 2019 ini. Ini merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi mengiktiraf usaha serta sumbangan PKS sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Seiring dengan tema “Mula Berdikit, Azam Melangit” ini menggambarkan walaupun pada dasarnya PKS hanyalah usahawan bersaiz kecil, namun tiada yang mustahil dalam memastikan pertumbuhan dan pembangunan PKS di Malaysia sehingga ia dilihat sebagai penyumbang utama dan menjadi tulang belakang ekonomi negara.
Kalau kita sendiri pun bermula dari seorang bayi yang kecil, apatah lagi perniagaan. Pasti punya potensi yang baik untuk berkembang dan lebih besar nanti, inshaa Allah. Cita-cita dan usaha dah ada. Kena tambah ilmu je lagi.
Dan pada minggu ini, Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 akan diadakan di Negeri Sabah pula iaitu pada 2 hingga 4 Ogos 2019. Ini merupakan road tour serentak Negeri Johor, selepas negeri-negeri lain iaitu Sarawak, Kedah dan Pahang.
KENAPA KORANG PERLU DATANG KE MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019 DI NEGERI SABAH?
Ada 4 sebab utama kenapa korang perlu datang ke Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 ini, iaitu apabila ada :
- Promosi dan peluang perniagaan seperti karnival jualan, pemadanan perniagaan/business matching, dan demo produk.
- Kesedaran Umum melalui Jejak PKS, gerai pameran dan pertandingan.
- Rangkaian Perniagaan dan Perkongsian Maklumat melalui Pocket Talk, Seminar, Bengkel, Kaunter Info, Open Day, dan Sesi Rangkaian Perniagaan.
- Pembudayaan Keusahawanan melalui Program Belia dan Bazaar.
Dan macam-macam lagi aktiviti menarik DAN ada jemputan artis juga tau di sana.

Paling penting, masuk adalah PERCUMA!!!

OBJEKTIF MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019
4 objektif utama Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 adalah untuk:
- Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
- Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
- Membudayakan keusahawanan
- Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS
Program tahunan ini dibuka kepada orang awam dengan sasaran menggalakkan budaya keusahawanan di samping menyediakan peluang promosi dan perniagaan, perkongsian maklumat serta jaringan perniagaan.
Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 mengetengahkan agensi kementerian dan kerajaan negeri, institusi kewangan, badan korporat serta institusi pengajian tinggi melibatkan lebih 130 aktiviti berkaitan PKS bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

TENTATIF MINGGU KEUSAHAWANAN DAN PKS 2019 DI SABAH
Di bawah merupakan tentatif perasmian dan program Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Negeri Sabah pada 2 – 4 Ogos nanti.


Jadi, buat semua penduduk di Sabah, khususnya di Tawau, jom ramai-ramai ke Minggu Keusahawanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2019 ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
- Facebook : https://web.facebook.com/smecorpmalaysia
- Instagram : https://www.instagram.com/smecorpmalaysia/
- Laman web SME Corp. Malaysia : (http://www.smecorp.gov.my)
Selamat Maju Jaya!
Hi orang sabah wajib pergi saksikan dan join aktiviti disana
Bagusnya program sebegini. Bakal usahawan wajib pegi. Masa ni laaa peluang dan ruang yang ada patut direbut. Beruntung orang Sabah.
woooww..bgus gak..untung org sabag..
Peluang terbaik ni utk org Sabah..
Alaa.. frustnya.. masa g sabah ada dekat utara. Dah balik Sabah diaorang buat dekat sabah pulak.
Menarik program cmni….
event2 macam nie mmg bagus kalau dapat p. kat sinilah kita boleh tgk2 produk2 usahawan tempatan
Peluang baik untuk usahawan usahawan PKS Sabah ni.. Rugi kalau tak pergi..
Bagus program sebegini.. PKS patut sgt dibantu..
Yang mana ada di kawasan berdekatan tu pergi lah memeriahkan program. Banyak aktiviti.