Thu. Dec 5th, 2024

MASUK WARD LAIN PULAK!! AKHIRNYA…

Mommy tekad kali ini, selepas kejadian yang ini
  • Baca SINI utk PART 1,
  • Baca SINI utk PART 2,
  • Baca SINI utk PART 3 &
  • Baca SINI utk PART 4(Last),

Mommy PERLU BAWA HANNAH DAMIA KE HOSPITAL LAGI!!!


Jd, pada hr Ahad, 3 July 2011, lps jumpa Dr Hamdan & dapatkan ref. letter, kami terus menuju ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang. Kecewanya hati bila tgk hospital mcm tutup jer…. Tanya pakcik guard, ‘ooooo..hosp kt blkg nih. yg baru. yg ini, sudah mau tutup!!’ Ler… hati bbunga semula.. Heee

Terus ke hosp tersebut & kecewa sekali lg sebab kepingin berjumpa Dr Shila yang disebut2 pakar kanak2 yg hebat di hosp ini, x bkerja pd hr ini. Maka, kami cuma ke bhgn A&E [Emergency] utk mndptkn rawatan. Ref.letter diserah. Pihak hosp yg berkaliber ini trus mhubungi pihak insuran kami, i.e PM Care, utk GL. Tanpa GL, semuanya perlu dibayar sndr. Syukur  Daddy berkhidmat di RapidKL yg menyediakan insurans utk pekerjanya. Kalau x, parah jugak.. Bayangkan, bleh dikatakan kerap kami ulang alik ke klinik, hosp. Kalau nk dikira perlu byr sndr, mgkn kami x pegi klinik lgsg klu rs mcm boleh tahan. Mau x nye, ubt dmm yg juz cikai jer ubat pn, kos smpai 40-60 plus.. Adoiii.. Mmg mbazzir je rs..

Selepas berjumpa MA d ctu, HD perlu dimasukkan ke ward kerana mgkn kehilangan banyak air. Keadaannya memang misteri sbb tanda2 diarrhea nya mcm tidak berkurangan. Ditambah demam panas yg menjangkau 39. 

Kemudian, dibawa ke ward Violet. Lepak kejap. HD nk minum susu. Haa.. sebut susu br teringat. Sebelum dia diarrhea tu, dh lm gak la dia mnum susu Dutch Lady. Ktorg tuka sbb murah sket dr Anmum. Then, masa dia diarrhea hr Jumaat tuhu, kami tukar ke susu Isomil atas pendapat rakan   Mommy. Cuba x salah kan? Namun, masih berterusan diarrhea nya.


Lepas Doktor Kishore jumpa [he’s the best doctor for me!!!], HD perlu ke step seterusnya. Ngeri hr Jumaat yg lalu belum hilang, hr ni kena cucuk lagi…. Meraung bagai nk gilerrr dlm bilik rawatan, Mommy yg dipaksa keluar hanya mampu ke hulu & ke hilir. Kesiannya anakku yg br 9 bulan itu… 🙁
minum..minum..lps tuuuu….turrrrrrrr..hmmm..
mata mmg xlepas klu tgk cte boboi boy nih.. ;p
Sedih melihat penderitaan si kecil ini. Apakah badan sikecil ini sendiri rasa agaknya? Lemah lutut Mommy tgk setiap kali melihat wajah sayu HD yg seboleh2nya menahan tangisan. Ya, HD dari lahir sgt jarang menangis kecuali dia benar2 sakit. Dia akan menahan wpon kepanasannya sudah menjangkau 38. tapi, tewas juga jika kepanasan itu naik. Begitulah selalunya.. Setakat terjatuh, perkara biasa. Tidak mengada2, tidak cuba menyusahkan sesiapa..

Bersambung di sini

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!