Hi korang.. “SEHARI TAK MINUM, TAK KERUAN!” Haaa. Ada tak yang macam Mommy? Kalau pagi-pagi tu, dah macam automatik, wajib bancuh kopi. Pastu bila tengah hari, lidah ni terasa sangat nak minum kopi lagi. Worst, kalau waktu malam pun teringin juga. Aduhai. Korang tahu la kan.. kafein yang banyak tak bagus kan?
Nak tanya ni.. perasan tak baru-baru ni Mommy ada kongsi sejenis produk minuman kat facebook dan instagram Mommy? Produk tu berasaskan susu kambing tau. Yang paling best, ia bukan sebarang susu kambing, tapi melibatkan KOPI!
Hah? Apa tu??
LAZZCAFE- KOPI PRACAMPUR SUSU KAMBING & KURMA

Yes my dear. Lazzcafe. Produk minuman yang terbaru Mommy cuba, keluaran Lazz. Ikutkan Mommy ni amat penakut nak try minuman luar dari kebiasaan Mommy. Apatah lagi bila dapat tahu yang Lazzcafe ini ada kaitan dengan susu kambing. Fuh.. Ada bau tak?? Itu yang Mommy fikir mula-mula sekali..
Dan yang paling Mommy risau ialah, efek selepas minum. Bila kopi itu tak sesuai dengan Mommy, kesannya mungkin migrain yang teruk.
Tapi, Mommy cabar diri Mommy juga untuk cuba Lazzcafe ini. Salah satu sebab utamanya adalah.. alang-alang nak ketagih kopi, biarlah kopi yang lebih banyak khasiat dipilih. Aaagitteww..

Ada yang tanya Mommy, Lazz ni panas tak? Ye lah.. susu kambing lazimnya dikaitkan dengan sifat panas kan. Tapi, untuk pengetahuan korang, susu kambing Lazz telah dipasteur mengikut piawaian dan berteknologi tinggi. Kambing yang diternak telah dijaga kualiti pemakanannya agar tidak menghasilkan susu yang mempunyai bau dan bakteria berbahaya. Jadi, tidak perlu risau dan tiada istilah panas dalam susu kambing Lazz.

Fakta mengenai Susu Kambing Lazz
Susu Kambing Lazz bersumberkan Susu Kambing keluaran negara Holland. Holland merupakan negara yang bebas dari pencemaran dan proses penternakan kambing tidak menggunakan hormon yang menjejas proses semulajadi biologi ternakan tersebut. Susu Kambing kemudiannya di import ke Malaysia dan di proses dan dibungkus di Malaysia. Tiada bahan-bahan GMO diletakkan semasa proses dibuat dan tidak terkandung bahan terhidrogen yang menjadi punca kehadiran transfat di dalam susu Lazz.
ALTERNATIF KOPI HARIAN MOMMY – LAZZCAFE
Dan disebabkan inilah, Mommy pilih untuk cuba Lazzcafe. Bila Mommy rasa sendiri Lazzcafe ni, memang sedap, berkrim dan memang well blend kopi dan susunya. Dengan rasa manis kurma semulajadi, korang tak perlulah nak tambah gula pula. Tak sihat macam tu.

Paling penting, tiada bau hamis!

Rupanya, ada tips menarik. Jika korang nak lebih sedap, korang kena dapatkan juga Lazz Choco ini.
Bila dibancuh sekali dengan Lazz Choco, ia akan jadi mocha. Wuhuuu. Sedapnya..

Jadi Mommy sarankan.. kalau korang peminat tegar kopi, korang wajib grab Lazzcafe dan Lazz Choco ini. Wajib cuba!
IDEA PRODUK LAZZ MENGIKUT KEPERLUAN

Tahukah korang, dalam mencari susu yang sesuai untuk diri sendiri, sebenarnya korang tak perlu fikir lagi. Nah.. Mommy sediakan idea yang bijak ini buat korang pilih mengikut keperluan masing-masing. Hehehe..
IDEA 1 : SET SEJOLI – UNTUK PASANGAN SUAMI ISTERI IKHTIAR ZURIAT & KESUBURAN
- SARANAN : Lazz Kurma untuk Isteri, Lazzcafe untuk Suami
- Kebaikan :
- Kombinasi susu kambing dan kurma sangat bagus utk kesuburan ikhtiar cara masyarakat arab dan terkenal dengan kemujarabannya.
- Boleh diambil bersama suppliment lain dengan menjarakkan selang beberapa jam.
- Diperkaya dgn Kandungan Iron dalam bentuk yang paling pantas diserap oleh tubuh dan asid folik penting untuk menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan yang sihat.
IDEA 2 : SET MAK BUYUNG – KHAS UNTUK IBU HAMIL
- SARANAN : Lazz Kurma + Lazz Choco (Kurma Coklat)
- Kebaikan :
- Elak sembelit akibat pengambilan ubat klinik (lawas), menaikkan HB & cegah anemia.
- Beri tenaga, hilangkan loya dan pedih ulu hati.
- Nutrien sempurna untuk bayi. Bayi lahir kulit sihat tak sensitif.
- Dan khasiat yg PALING popular ialah utk mmbantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning berpanjangan.
IDEA 3 : SET SUSU MERIAH – KHAS UNTUK IBU MENYUSU
- SARANAN : Lazzcafe + Lazz Kurma + Lazz Choco (Kurma Coklat)
- Kebaikan :
- Bayi yang menyusu turut dapat khasiatnya. Kulit bayi tak sensitif dan susah nampak parut. Tulang baby lebih kuat.
- Menjadi milkbooster dan penawar jika ada masalah susu berkurang.
- Badan kekal bertenaga walaupun bayi kerap menyusu.
IDEA 4 : SET LALA A+ – SET UNTUK KANAK-KANAK
- SARANAN : : Lazz Kurma + Lazz Choco (Kurma Coklat)
- Kebaikan :
- Meningkatkan sistem imunisasi.
- Penghadaman lebih lawas & lancar.
- Tulang anak lebih kuat. Gigi cepat tumbuh. (Kalsium pada susu kambing lebih tinggi dari susu lembu)
- Less allergenic.
- Bantu hilangkan kahak dan lelah.
- Tingkatkan IQ anak dan anak cepat belajar sesuatu.
IDEA 5 : SET UNTUK CAFFEINE ADDICT
- SARANAN : Lazzcafe + Lazz Choco (Kurma Coklat)
- Kebaikan :
- Susu kambing yang bersifat alkali dicampur bersama kurma & kopi sememangnya satu pilihan yang tepat untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita.
IDEA 6 : SET UNTUK DIET TANPA SUKROSA
- SARANAN : Lazz Asli + Lazz Kurma
- Kebaikan :
- Lazz Asli tak mengandungi gula putih, rasa sangat plain tapi masih creamy. Bagus untuk diet menurunkan berat, ibu hamil (yang ada GDM), anak-anak dari full BF nak bertukar susu, pcos/cyst, eczema.
Haaa.. Mudahkan nak pilih set yang mana satu. Daripada testimoni yang Mommy baca, Lazz Susu Kambing memang dah lama dikenali dengan khasiatnya. Mommy je yang terlambat tahu rupanya. Jadi, sekarang, Mommy dah tahu apa yang patut Mommy sediakan untuk keluarga Mommy.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lebih banyak atau ingin buat pembelian, korang boleh layari dan website Lazz sekarang.
Jom cuba?
lama tak minum susu kambing ni . hehehee…
lepas minum susu basi jenama D … trus tak lalu nk minum susu… huhu ini ok kot sebab bancuh sendiri je
Kak nina pun dah mula minum Lazzcafe. Yelah… Addicted coffee ni payah nak tinggalkan … Tu yang pekena Lazzcafe sebab ada susu kambing + kurma. Ada laaa khasiat dari minum kopi yang biaaa tu aje…
Berminat dengan kopi tu.. Kombinasi terbaik, susu kambing + coffee untuk coffee lover mcm akak ni.
Sedap susu kambing lazz ni..so creamy..
Mcm sedap ja tu bila campur jadi mocha
alhamdulillah.lengkap penerangan mommy.. ina baru tau lah susu lazz ni juga sesuai untk bf juga. Bagus ni utk ibu menyusu
idea 5 bagus sangat. hehehehe. good info kak she.
Sedap Lazz Cafe tu xleh tido di buatnya haha
Hehhehe org tegar kopi jer paham perasaa. X minum kopi sehari. Sib baik ada lazzcafe yer
Boleh bagi husband akak cuba ni, dia peminat kopi.
Sesuai dgn idea 5 tu. Kena cuba ni..