Pernah..
Mommy berangan untuk ada rumah sendiri.
Mommy berangan untuk tidak bekerja.
Mommy berangan untuk hantar anak-anak ke sekolah sendiri.
Mommy berangan untuk menulis blog tanpa ada gangguan di pejabat atau mata-mata yang memerhati.
Mommy berangan menang gadget.
Mommy berangan untuk berjalan jauh di luar Malaysia.
Haaa..
Semua tu bermula dari angan-angan tau.
Dan 2017, mencatat rekod buat Mommy.
Mommy dapat kunci rumah sendiri (#rumahYBshehan) pada Januari 2017, dan masuk rumah impian ini sepenuhnya pada 1 Februari 2017.
Mommy bermula kerjaya sebagai WAHM (working at home mom), bermula Feb 2017 juga. Bukan lenggang kangkung ye kat rumah.
Mommy dah mula hantar dan ambil sendiri anak dari sekolah.
Sama-sama fokus untuk exam.
Mommy menang handphone iaitu Huawei Nova 2i. Super happy!
Mommy dah berjalan jauh luar Malaysia.. iaitu ke Korea pada hujung tahun 2016, dan tahun 2017, rezeki Mommy ke New Zealand atas kapasiti seorang Blogger. Rezeki Mommy dalam #kbba9. Syukur.
Tak nafi..
Tekanan memang ada. Menghimpit hari-hari. Mommy hanya ada family dan kawan-kawan maya. Bukan senang nak stabilkan otak kadang-kadang tu. Haha.
Untuk 2018..
Mommy bertambah tanggungjawab. Dengan urusan rumah sekarang ni dan juga tanggungjawab sebagai seorang ibu, blogger dan pekerja dari rumah.
Mommy harap, Mommy dapat pikul semua tanggungjawab tersebut. Inshaa Allah.
Dan angan-angan Mommy tahun 2018.. travel lagi.
Inshaa Allah.
Moga tercapai impian mommy untuk tahun 2018 ni, Aaminn.
Wahhh moga kemanisan 2017 akan jadi memori indah dan moga angan² 2018 jugak tercapai.
Semoga segala impian 2018 dipermudahkan..