22/06/2024 4:39 AM
Daftar kes TTPM melalui SMS

KUALA LUMPUR – Pengguna yang berasa tertipu dan ingin mendapatkan ganti rugi terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan kini boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi membuat aduan dan pendaftaran kes masing-masing di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan tersebut bertujuan menarik lebih ramai golongan muda dan pengguna di luar bandar mengemukakan tuntutan.

“Kaedah alternatif ini diharap dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna di luar bandar kerana banyak kes yang melibatkan mereka.

“Saya harap lepas ini lebih banyak pengguna yang rasa diri tertipu akibat pembelian barangan, perkhidmatan boleh membuat aduan untuk mengambil tindakan undang-undang melalui TTPM,’’ katanya selepas melancarkan portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) di sini semalam.

Turut hadir ialah timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM, Pretam Singh.

Ismail Sabri berkata, SMS yang dihantar tidak dikira sebagai pemfailan kes kerana ia hanya sebagai pendaftaran.

Sebaliknya pengguna perlu memfailkan tuntutan mereka di cawangan TTPM atau di laman web http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

SUMBER: KOSMO

MOMMY:
Bagus lah kalau macam nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!