Fri. Sep 13th, 2024

KEMPUNAN CUCUR UDANG KUAH KACANG

Sebenarnya ini antara fav Mommy dalam semua-semua cucur yang wujud di bumi ini. Dengan syarat, kuah untuk cucur udang tu adalah kuah kacang.

Pertama kali bila tengok cara orang jual kat bazar tu, udang sekoq besar gila, tepung lebih, makan dengan sos, Mommy macam.. errrr.. tak biasa lah.

Sanggup tak beli.

Finally, hanya tunggu bila balik kampung. Mak selalu buat time berbuka puasa. Memang puas la makan.. Balik kampung kali ni, Mommy nak order kat mak dan mak mentua. Hahahaha..

Semalam, 21 Jun 2017 (jumaat), jam 230 petang, kami bertolak pulang ke Kedah. Perjalanan sangat smooth dan bajet masa untuk sampai rumah memang ngam-ngam untuk berbuka puasa laa.. Jadi, dalam jam 5 petang tu, Daddy dah minta mak mentua buatkan coq udang untuk menantu sulung dia ni. Hihi.

Menantu sulung la sebab kami yang kawin dulu dalam family ni. Hehe. Walaupun asben ada abang. Eh melalut pulak.

Akhirnyaaaa.. jam 730 pm kami sampai rumah. Kat Kedah ni, masa berbuka agak lambat dari KL laa.. Fuh.. seronok betul bila balik kampung tak jem ni. Legaaaa amat.

Berbuka puasa dengan coq udang kuah kacang adalah satu perkara wajib sepanjang bulan puasa. Wajib ok.

Nyummmmm.. Nikmat weh. Tapi tak puas lagi makan. Nak minta mak pula buat esok. Mujur lahhh rumah mentua dan mak dekat je. Heheheheh..

Selamat berpuasa korang.. dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

4 thoughts on “KEMPUNAN CUCUR UDANG KUAH KACANG”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!