Fri. Jan 17th, 2025

KELAS TARTLETS BERSAMA KHAISYA DELITE – KEK DAN DESSERT SEDAP PUTRAJAYA

KELAS TARTLETS BERSAMA KHAISYA DELITE - KEK DAN DESSERT SEDAP PUTRAJAYA (27)

Fuh.. selepas beberapa minggu, masalah blog Mommy harapnya selesai lah. Entah kenapa selepas 2,3 kali update theme blog ini, makin lama makin lembap pula. Apa agaknya tambahan dalam theme ni. Malas baca. Haha.

Ditambah dengan pelbagai aktiviti sejak 2 minggu ini juga, punca Mommy tak dapat nak cerita penuh lagi tentang Kelas Tartlets bersama Khaisya Delite yang Mommy join baru-baru ini. Tapi, Mommy tahu korang alert semua gambar di FB dan IG Mommy kan? Ala.. yang ada cheese tart semua tu.

Ok.. meh Mommy cerita tentang kelas yang Mommy join ni. Sebenarnya perniagaan Khaisya Delite ni dah lama. Even Kelab Blogger Ben Ashaari selalu je ditaja oleh Khaisya Delite ini dengan desserts sedap mereka ni.

Serius Mommy cakap, memang sedap! Bukan nak ambil hati ke apa ke, tapi kalau korang kenal Mommy yang tak suka manis-manis sangat nih, Mommy totally recommend Khaisya Delite sebab memang kena dengan tekak Mommy. Serius!!! Ko nampak tak seriusnya Mommy tu?

Dan Mommy difahamkan, betapa ramai minta pihak Khaisya Delite ini buat kelas. Cuma, masa tidak mengizinkan buat mereka. Sehinggalah baru-baru ini, mereka buka peluang untuk Kelas Tartlets Putrajaya. Mommy, sebagai pencinta cheese tart, laju-laju daftar nama.

Gais.. Yuran mereka RM200 (harga mengikut jenis kelas), tapi selepas korang join kelas mereka, i bet u, RM200 tu sangat murah! Serius!! Dengan ilmu yang tak kedekut langsung, dengan segala bahan-bahan yang dikongsi, dengan segala tips and tricks, Mommy rasa, korang dah boleh buka perniagaan dessert lepas tu. Semangat juang korang pun kena la ada juga.

Kami mulakan kelas dengan sarapan. Eh.. Itu yang best pasal kelas ini tau. Dorang sponsor sarapan, lunch dan teatime haaa.

Untung ke untung? Untung gilaaaaa!! Lunch ini pun abam Korie yang masak. Allahu. Sedap!!

Selepas masing-masing kenyang, baru lah boleh mulakan kelas. Mommy awal-awal lagi duduk paling depan. Semangat gais. Nak ambil video lagi. Biar cikgu depan mata kita. Biar air liur dia menyembur-nyembur pun takpe demi keberkatan. Haha. Gurau. Mana ada tersembur pun. Memang terbaik lah Cikgu Aisyah ni ajar. Lembut jer. Tersenyum-senyum sokmo. Geram plak rasa. Boleh garang sikit tak? Haha.

Selepas kami di ajar jenis-jenis Cheese Tart, cara buat shell tart, kemudian cara buat cream cheese filling, kemudian kami turut diajar buat Pie Tart juga. Pehhh. Sehari tak cukup nih. Memang gila banyak ilmu!! Korang perasan tak berapa banyak gila Mommy tulis? Haha.

Mommy nak kongsi gambar dalam kelas Tartlets di Putrajaya baru-baru ini.

Gigih masing-masing cuba buat sendiri shell tart tu. Jujur Mommy cakap eh, penat! Kagum la Mommy dengan orang yang buat perniagaan ini. Ini yang bestnya tentang Khaisya Delite. ‘Casing’ atau Shell Tart tu pun buat sendiri. Bukan beli yang dah siap k. Bahan yang digunakan semuanya memang confirm sedap.

Mommy janji, Mommy taknak bebel pasal harga. Sungguh!

Bab-bab nak bancuh, Mommy suka je. Bila part seterusnya tu, dah mengah dah. Hahaha. Nama pun pertama kali. Dah la jarang buat baking semua ini. Tapi, orang yang selalu buat dan memang minat, Mommy tengok macam tak penat langsung jer. Mommy sendiri lepas bancuh-bancuh, kena marah dengan Kak Sue Izza sebab comel sangat nak kacau pun. Lemah lembut. Hahahaha.. Sori lah. Tak biasa! Tapi nak belajar.

Ini antara hasil yang kami semua buat sama-sama.

Mommy bawa balik hasil kelas tartlets tu. Anak-anak dan suami suka sungguh. Siap cakap nak beli oven baru. Amboi. Mommy nak kacau tepung pun manja lagi. Hahahha.

Apa pun, Mommy puas hati sangat join Kelas Baking Khaisya Delite ini. Rasa macam nak join kelas lain pula. Mungkin kelas belajar buat brownies atau burnt cheese cake pula ke?

Korang yang nak tempah, beli kek birthday ke, atau nak belajar buat sendiri kek dan desserts best-best ini, jangan lupa follow instagram dan facebook page mereka di bawah k.

Instagram : www.instagram.com/khaisyadelite

Facebook page : www.facebook.com/KhaisyaDelite

Whatsapp : www.wasap.my/60196228446

Terima kasih kak Aisyah & Abam Korie. Moga maju jaya selalu.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

17 thoughts on “KELAS TARTLETS BERSAMA KHAISYA DELITE – KEK DAN DESSERT SEDAP PUTRAJAYA”
  1. Gulp! Sedapnya tengok tart manggo tu… Dah lama tak baking, jelesnya… Huhuuu
    Tingin nak order gak nanti sebab cek M.las sekarang ni . Haha

  2. Bestnya dapat belajar ni semua.. Teringinngak.. Mmg kek khaisyadelite tak pernh mengecewakan.. Sedap.. Tak manis kek dia semua.. Murah juga kelas dia siap makan semua

  3. Terliur tengok gambar tat² yang super gojes tu. InsyaAllah next time punya kelas nak joinla.. lama dah cuti baking ni..

  4. Wahh bestnya dapat join kelas camni. Kumpul ramai2 layan buat tart. Kalau dekat2 ni KakYa nak jugak join.. Bestnyer dapat bawak balik ..

  5. Bestnya dapat join class baking dengan Khaisya Delights ni, ai dah lama kagum dengan kek dan tart diaorg. Semuanya cantik² dan sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!