Fri. Jan 17th, 2025

JOM SHOPPING BAJU RAYA DI HARI-HARI

JOM-SHOPPING-BAJU-RAYA-DI-HARI-HARI.11

Shopping Baju Raya di Hari-Hari | Raya dah dekat. Dah cari keperluan hari raya? Kalau belum, marilah kita pergi Hari-Hari. Sebelum ini Mommy shopping kelengkapan sekolah di Hari-Hari, kali ini Mommy pilih untuk shopping baju raya pula di sini. Tiada tema warna lagi dalam kepala, jadi memang akan pilih di sana sahaja nanti.

Ikutkan Mommy dah malas nak sediakan baju raya sebab baju tahun lepas pun masih ada. Namun Mommy lupa yang anak-anak Mommy cepat sangat tinggi. Semua dah singkat. Aduh.. baka tinggi pun susah juga kan? Haha.

Tahun 2022, sekolah pun dah mula bersemuka. Mommy yakin, pasti akan ada majlis hari raya yang memerlukan anak-anak memakai baju raya. Dan sebagai parent yang bijak, kita cari tempat yang menjimatkan poket. Hihi.

@myapilot_mya Shopping raya done! Thanks @harihariofficial ❤️ Promosi Eksklusif Aidilfitri. Jangan lupa bawa kad Watson. Boleh dapat 10% diskaun tau 😍 #bajuraya2022#HariHariRaya2022#MarilahPergiHariHari ♬ Menjelang Hari Raya – Dato’ DJ Dave

PROMOSI EKSKLUSIF AIDILFITRI

Hari-Hari sedang adakan Promosi Eksklusif Aidilfitri sejak 9 April, jadi Mommy tak nak lepaskan peluang untuk beli pakaian hari raya yang lebih jimat.

Shopping Baju Raya di Hari-Hari

Mommy ke sana dah tengah hari, orang pun dah makin ramai, jadi Mommy cepat-cepat pilih yang mana berkenan di hati. Warna pun pilih je mana yang ada mengikut saiz.

KURTA ATAU BAJU MELAYU?

Mommy decide kali ini nak beli Kurta untuk Daddy & Ariq. Syukurlah ada saiz. Betul orang kata, kena beli awal-awal untuk elak tiada saiz.

Rambang mata jadinya dengan pilihan yang ada. Baju Melayu pun tak kurang hebat. Cuma perlu pilih warna sahaja. Warna boleh jadi limited masa tu kalau nak sedondon punya pasal.

BAJU KURUNG FESYEN

Punya la susah nak cari saiz untuk Hannah masa tu. Rupanya anakku dah besar. Hahah. Kena pilih bahagian dewasa juga. Beza sikit jer saiz dengan Mommy. Jadilah, janji sama.

Ada banyak juga pilihan cuma dengan isu saiz, jadi susah balik untuk kami. Mommy end-up terpaksa ambil saiz 44. Nanti balik kampung kena minta tolong mak untuk alter. Hiihi.

Apa yang menarik di Hari-Hari ini, jika ada keperluan untuk tukar saiz, boleh je bawa ke mana-mana cawangan. Yang penting, ada resit dan dalam tempoh 7 hari.

AKSESORI

Untuk item lain seperti songkok dan sampin pun ada. Jadi, dah tak perlu nak cari di tempat lain sebab Hari-Hari memang dah jadi one-stop-centre untuk kita yang sedang mencari kelengkapan hari raya.

JOM SERBU DISKAUN DAN FREE GIFT

Untuk pemegang Kad Watson, Hari-Hari bagi 10% diskaun tau. Jadi, bawa je kad Watson anda. Jimat lagi kos. Tidak dilupakan untuk pembelian secara online di https://www.ehari.com.my, turut dapat 10% diskaun.

Bagi pembelian RM100 ke atas PERCUMA sampul raya dan bagi pembelian RM200 ke atas PERCUMA beg woven Hari-Hari. Sementara stok masih ada ya.

MARILAH PERGI HARI-HARI

Untuk sebarang maklumat lanjut dan info promosi terkini, cuma layari

Shopping Baju Raya di Hari-Hari

#MarilahPergiHariHari

SELESAI SUDAH PENCARIAN. JOM SHOPPING BAJU RAYA DI HARI-HARI!!

Shopping Baju Raya di Hari-Hari

p/s : Korang boleh teka tak warna apa Mommy pilih?

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

2 thoughts on “JOM SHOPPING BAJU RAYA DI HARI-HARI”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!