Sat. Apr 26th, 2025

‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG – PART 2

‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG – PART 2 | Sambungan daripada Part 1 yang Mommy cerita di sini.

Entri bergambar.

Gadget : Note 5, SJ 5000, Travel gadget i.e Lego

21 FEB 2016 (Ahad) – KAMPUNG DEDARI & 4 WHEEL DRIVE TO LONGEST DIRT ROAD IN MALAYSIA, SUNGAI PENGAU ULU TEMBELING

Jam 6 pagi dah sibuk-sibuk ke ‘tandas’. Risau kalau hari makin cerah, ada orang teropong pula tanpa sengaja. Haha. Kenangan paling ‘perit’ kat sini ialah tiada coverage langsung! Kaedah ini sebenarnya bagus untuk kita lupakan sekejap segala teknologi dan mendekatkan kita dengan alam. Terseksa juga la Mommy rindukan anak-anak. Tapi, Mommy tahu, ayamen kt umah tu jaga anak-anak superb punya. So, tak perlu risau.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Sejuk-sejuk memang tak mandi lagi. ‘Simpan’ perasaan nak mandi tu kat sungai/waterfall nanti. Makan ala kadar, memang fully enjoy perasaan ber’camping’ tu. Nak makan mewah sangat, sila jangan camping. Hehehe..

Jom berwefie dulu sebelum tinggalkan Kampung Dedari ini. Seriously wide this pic (using my Note 5). Hee.

han-rainforest-resort-taman-negara-Jungle-Trekking-Bukit-Terisek

Melawat Orang Asli Kaum Batek, Kg Dedari

Ini yang Mommy cerita mengenai mereka di entri Part 1. Jom tunjuk sikit wajah mereka secara dekat. Malu-malu sangat mereka ini. Menurut tok batin, sekarang ini mereka lebih terbuka berbanding dahulu. Dan mereka ini perlu hebat menyumpit (lelaki) dan menganyam atap (perempuan) sebelum dibenarkan berkahwin. As if macam ujian kelayakan untuk bernikah la. Anak-anak memang tak perlu fikir macam anak-anak kita (gadget la, toys la), yang penting, cukup masa, boleh makan dan bermain. Dari kecil mereka dah belajar menyumpit dan sebagainya.

Masa berganti, perasaan malu walaupun masih ada, namun, jangan tak tahu, anak-anak muda mereka kini sudah ada yang menjadi pemandu pelancong berdaftar dan pemandu bot di Taman Negara.

han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd

4wD to Longest Dirt Road in Malaysia dan mandi manda di Sungai Pengau, Ulu Tembeling

Kami meneruskan aktiviti seterusnya iaitu menaiki 4WD menuju ke Lata Berkoh. Namun perjalanan tersebut tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan. Jadi, kami enjoy di Sungai Pengau, Ulu Tembeling. Wajib rendam-rendam selepas dah 1 hari tak mandi. Hehehe.

han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd
han-rainforest-resort-kampung-dedari-orang-asli-batek-4wd

Balik berehat di resort dan bersedia untuk dinner. Aktiviti malam ialah bebas, namun Mommy join lepak layan KBBA9 berkaraoke.

han-rainforest-resort-karaoke
han-rainforest-resort-karaoke
han-rainforest-resort-karaoke
han-rainforest-resort-karaoke

22 FEB 2016 (Isnin) – SEHARI BERSAMA YB DATUK MAS ERMIEYATI DAN KELAB BLOGGER BEN ASHAARI DI TAMAN NEGARA

Selama 3 hari di sini, apa yang paling Mommy stress ialah mata Mommy makin bengkak dek ‘ketumbit sesat’. Celah mana entah tetiba je jadi. Mood nak selfie memang kelaut la. So snap pic orang je. Huhu.

Meneruskan aktiviti hari ini iaitu “SEHARI BERSAMA YB DATUK MAS ERMIEYATI DAN KELAB BLOGGER BEN ASHAARI DI TAMAN NEGARA”, Mommy too excited dengan tshirt hari ini.

Nampak? KBBA 9 gitu.

han-rainforest-resort-taman-negara

Smart kan?

Majlis Perasmian Tapak Pembinaan Eco Adventure Camp, Taman Negara.

Kami ke tapak perasmian pembinaan eco adventure camp dan acara memasang sticker di 4WD oleh YB Mas. Aktiviti terbaru yang diperkenalkan antaranya ialah obstacle courses, abseiling, ATV drive, flying fox, archery dan Orang Asli huts and products.

han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara-pahang-review

Perasmian Han Rainforest Resort dan Penyerahan Sijil Pendaftaran Han Rainforest Resort

han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara

Sidang Media “Dekat Je”

Founder KBBA 9 menyerahkan tshirt eksklusif untuk YB Mas.

han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara
han-rainforest-resort-taman-negara

Perasaan Mommy

Sukar nak gambarkan. Mommy sebenarnya sampai hari ini belum boleh #moveon lagi. Terindu-rindu aktiviti semua ini. Sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi biarlah gambar yang berbicara.. Enjoy sangat! Kalau boleh, nak selalu join. Daddy pun memang bagi izin asalkan pandai jaga diri dan asalkan dia tiada hal seperti kena outstation ke. Huhu.

han-rainforest-resort-taman-negara

Tq semua ahli KBBA9. Tq sudi berkawan dengan Mommy juga ya.

PENAJA KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA

Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong program kali ini.

Penaja Utama

#HanRainforestResort : Penaja penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

Penaja Bersama

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Penaja produk penjagaan diri.

#Yeos : Penaja Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Penaja Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Penaja Produk Penjagaan Kesihatan Lelaki

Terima kasih atas kenangan terindah ini. Memang rugi sangat-sangat kalau tak join aktiviti KBBA9 ini. Alhamdulillah atas rezeki ini.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

One thought on “‘DEKAT JE’ | KEMBARA KBBA9 KE TAMAN NEGARA PAHANG – PART 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!