Sat. Dec 7th, 2024

JOM BANTU ADIK SOLEH KITA..

Mommy terlewat nak update blog nih mengenai adik Soleh kita.. Adik Soleh nih merupakan anak kepada Akak Nora yang Mommy kenal melalui alam maya semata2. Tapi, dah rasa macam kakak sendiri dah.. Rasa dekat je tiap kali berborak ngan beliau.

Mommy tau keadaan adik Soleh yang x sihat. Secara details, baik Mommy copy paste sket kisah adik Soleh yang Mommy ambil dari blog Makbed.

Betapa kuatnya si ibu menempuh dugaan, hamil anak ketiga, adik kepada Soleh.
Nora mengharungi tempoh kehamilan 9 bulan sambil menjaga Soleh yang sakit.
Soleh bukan sakit demam biasa.
Kite ni anak demam merengek tak nak tido malam pun dah libang-libu, kan?

Mula-mula disahkan menghidap brain tumor atau Ependymoma.
Pembedahan demi pembedahan dilakukan.
Dari Soleh sihat montel, menjadi kurus.
Sakitnya Allah saja yang tahu. Derita Soleh mungkin kita tak rasa sebab Soleh pun tak buleh cerita. Tapi, aku nampak betapa pilunya si ibu meskipun hanya membaca tulisan-tulisan di blognya.

Boleh baca semua kisah Soleh di AKAK NORA BERKISAH.

Ketika Soleh sedang cuba pulih dari brain tumornya, datang pula ujian baru.
Tulang belakang Soleh bermasalah dan kemoterapi perlu dilakukan.
Tidak dapat tidak.
Bimbang akan mengganggu healing proses Soleh, maka bersetujulah mereka untuk menjalani kemoterapi.

Hampir setahun Soleh berulang-alik ke hospital.
Aku lihat sendiri Soleh dari selemah-lemah keadaan, kini sudah banyak improvement.
Usaha dan doa yang tak pernah putus menguatkan Soleh untuk terus bersama kita.
Keluarga Soleh tak pernah jemu mencuba pelbagai jenis rawatan, membeli suplement dan ubat , sampai berubat dengan cara kampung demi kesejahteraan si comel Soleh.

Setakat skang ni, bil-bil rawatan Soleh ditanggung penuh syarikat tempat Ayah Soleh bekerja.
TApi, bila bilnya sudah mencecah ratusan ribu, gaji Ayah Soleh mula dipotong.
Prestasi kerja Ayah Soleh pun tak begitu memuaskan kerana kerap berulang-alik menguruskan Soleh di hospital. Bergaji technician bukanlah mewah.
Tambahan pula Nora tidak bekerja. Hanya mengambil upah menjahit bila ada tempahan.
TApi, dengan komitmen menjaga Soleh dan kini ada anak kecil pulak, sukar baginya untuk kembali ke mesin jahit tu.
Dan dimaklumkan pulak kepada aku, Ayah Soleh mungkin akan dibuang kerja. Sebabnya belum dapat dipastikan.
Jadi, boleh tak korang bayangkan diri korang dalam situasi macam ni?

Soleh juga ada insurans.
Tapi, insurans Soleh pun tak mencukupi.
Bayangkanlah, bila sakit begini, semua duit simpanan yang ada selam ni habih licin digunakan.
Tiada apa yang berbaki. Rawatan Soleh perlu diteruskan. Soleh sedang mengambil beberapa jenis supplement dan ternyata dengan supplement tu, Soleh semakin sihat.
Skang, duit dah takde nak beli supplement-supplement tu
. Keluarga ini bebetul dalam dilema.
Jika berhenti segala ubat, apakah pula nasib Soleh? –baca sepenuhnya

Paling Mommy tersentuh ialah ketika Kak Nora tetiba meletakkan gambar Soleh yang hanya minum Milo sebagai pengganti susu dek kesempitan mereka sekarang, Ahad lalu.. Ya Allah. Beratnya dugaan beliau!!

taken from here
Lantas, Mommy letak status Mommy:-
taken from here

Ya, saya sangat sedih x terkata. Jika kita mampu, tolonglah beliau. Xdapat banyak, sikit pun jadilah. Niat ikhlas tu memadai utk tolong adik Soleh kita nih. Bersedekah selagi mampu. I’Allah. Allah akan pulangkan ganjaran buat kita..

Jika ingin membantu, hulurkan sumbangan anda x kisah wang ringgit atau SUSU PEDIASURE buat adik Soleh ini. No Akaun MBB Kak Nora ialah 162085558897 Norazima Mohamud Rozali.

Jika ingin menghubungi beliau, ini adalah FB Kak Nora [klik]

P/S: Tetiba Mommy teringat kisah yang Mommy share dulu mengenai anak2 yang hanya minum susu pekat dek ibu bapa yang x termampu tanggung. Ramai sangat yang sudi pos susu kepada anak2 ini. Syukur.. Masih ramai yang punya keprihatinan tinggi. Baca sini.

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!