Fri. Feb 14th, 2025

IBARAT KELUARKAN JONGKONG EMAS DARI HUJUNG JARI

Haa. Betul lah tu. Sekali nak menaip.. macam nak keluarkan jongkong emas dari hujung jari je. Punya laaa seksa.

Bukan seksa nak menulis, seksa nak berfikir lagi. Effort blogger yang tak boleh diperkecilkan tau..

Bukan semua orang mampu menulis dengan baik. Mommy pun tak bagus mana tapi tanggungjawab yang digalas oleh Mommy sebagai blogger ni sangatlah tinggi.

Tinggi dari segi harapan klien kita. Ye lah.. bukan mudah nak menulis sambil ‘memujuk’. Kalau semua orang jenis asal baca dan terus setuju apa yang kita tulis dan terus beli apa yang kita syorkan.. senanglah hidup.

Ini.. apa yang kita tulis, adakah mampu mempengaruhi pembaca? Adakah mampu untuk buatkan mereka tidak berfikir panjang dan terus beli apa yang kita tunjuk? Di situ pula skill sang influencer amat diperlukan.

Setakat sekarang ni.. alhamdulillah banyak juga yang Mommy berjaya buat orang terpengaruh dan terbeli. Kan? Haha. Siap marah Mommy. Ngeri kalau Mommy dah start buat review. Alala korang.. terharu tau Mommy dengan komen korang tu. Walaupun korang tak tahu, di belakangnya macam dah pecah dah pun kepala Mommy tu. Hahahaha. Nampak macam amboiii senang je pun nak tulis haa.

Setakat sekarang ni.. apa yang Mommy review adalah melalui pengalaman. Bukan nak copy paste semata. Susah tau kalau copy paste ni. Memang tak dapat nak menjiwai artikel tu. Ad je yang klien nak macam tu. Jadi follow je la. Kecuali kalau produk. Itu memang susah Mommy nak terima kalau perlu copypaste. Tak puas!!

Sebab.. Mommy akan ambil masa untuk snap lagi.. Bukan senang nak snap pun. Gigih cari port best, siap DIY light studio, kalau tak ada masa, just simply snap belakang langsir. Haaa. Trend tu. Alamak. Bocor rahsia. Kahkah. So.. tolong la hargai segala penat lelah, keringat dan otak yang diperah untuk menghasilkan 1 entri terbaik buat anda. Ewah. Btw.. ada yang tertanya, Mommy guna kamera apa untuk snap barang. Well.. dah 2 tahun Mommy cuma gunakan #samsungnote5 ni jerrr.. Kamera-kamera yang lain dah kena simpan peti besi. Hahaha.

Mommy tulis entri ni lepas hantar Hannah ke sekolah. Sambil fikir, bila last Mommy update blog ya.. ohhh baru lagi. Tak pernah lagi la Mommy nak skip sampai sebulan. Tak boleh. Jiwa dengan diari (blog) ni dah sebati. Paling lama pun.. 2 minggu. Itu pun sebab jiwa kacau. Hahahaha.

Eh korang.. nak bagitau ni. Esok nak balik kampung kat Kedah. Doakan perjalanan Mommy ya. Sebabnya.. perjalanan ni ambil masa yang lama dan Mommy the only driver. Fuh. Nak cipta rekod ni. Sebab tak pernah balik tanpa hubby. Adoi. Risau tapi tawakkal je la. Ke ada yang nak tumpang? Meh pm. Hehe..

Hannah kena cuti sekolah seminggu atas urusan keluarga ni..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

10 thoughts on “IBARAT KELUARKAN JONGKONG EMAS DARI HUJUNG JARI”
  1. Memang tak senang nak perah otak pikiaq apa nak tulis. Kadang writer’s block, menganga sejam depan laptop pun sepatah tak tertulis huhuhu. Btw, hv a safe trip mommy, hannah & ariq.

  2. Betul tu.. setuju..
    Tanggungjawab seorang blogger ni besar..
    Walaupun tak semua orang nampak peranan kita dalam menyumbangkan maklumat secara online..

  3. Hanya blogger jer memahami kan.. Menulis dari hati..pasti akan mengusik hati pembaca juga : )
    Banyak dah jongkong emas kak she kuarkan tu..semoga usaha berbaloi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!