Mon. Feb 10th, 2025
Yeah.. Mommy dah beli katil untuk HD kt 99Homes Wangsa Maju. Booking pada 04.02.2013. Mommy pernah cite kat SINI dulu.
Tapi, penghantaran dibuat selepas raya cina. Tapi, dilewatkan lagi sebab Daddy xde hujung minggu selepas raya cina tu..
So, pada 23.02.2013, barulah kedai tu datang hantar. Sepagi kitorang tunggu, kul 4 baru sampai.. Hmmmm
Ini katil single. Bukan toddler. Tapi, toddler boleh tido. Orang dewasa pon boleh.
Harga?
Tu dalam link atas tu Mommy dah cte in details dah.
Link mana?
Malas scroll la tu..
Yang nih (KLIK)
So, percubaan pertama dah tentu malam tu jugak!
23.02.2013 (Sat)
HD suka katil nih. Beliau ingat benda latest yang Mommy beli kat umah nih kot. Tapi, beliau xtau yang malam nih wajibul untuk beliau tido di situ.
Ya, Mommy tau, korang nak tanya
-nape x tdo sekali?
-xde attachment parenting la gitu
-xbes xdpt peluk anak dah
Jawapan Mommy
-katil nih memang Mommy jarakkan dengan katil utama. Ya, masih di bilik yang sama, cuma katil berlainan. Sama kekdahnya kalau pakai baby cot. Jauh jugak.
-katil utama kami hanya king size. sekarang kan dah ada ahli baru (Ariq Emir). Kakak perlu beri peluang untuk adik sebab adik perlu kerap menyusu.
– Nak peluk boleh. Anytime. bukan x boleh tido sekali. ada masa, HD bangun & datang tdo celah2 kami jugak.
Buktinya, malam pertama tido katil sendiri nih, beliau hanya tido sampai pukul 3 pagi. Beliau bangun, panjat katil Mommy Daddy, tdo celah2 tempat biasa beliau.
Dah la masa nak mula ajar tido atas katil tu, beliau xnak. Nangis gegiler. So, Mommy pujuk & tido dengan Mommy dulu. Once tdo, Daddy angkat ke katil beliau.
Ini adalah salah satu cara nak ajar beliau disiplin tentang tempat tido & latih untuk tido asing dari awal.
24.02.2013 (Sun)
Beliau dah mau naik sendiri katil beliau, baring, tarik comforter, baca doa tido & pejamkan mata.
“Bismi Allah Huma Aya Dadamut”
(pelat lagi. ngee)
25.02.2013 (Mon)
Seronok tengok aksi beliau nak tido malam nih. Amek bantal peluk cam biasa, baca doa, Mommy kiss dahi, terus tarik comforter & cuba pejam mata. Pastu mula mengiring ikut keselesaan beliau. Pastu tertido sendiri. Seronoknya hati yang melihat. hehehehe
Tapi, pukul 2 pagi 26.02.2013 tu, jadi gini..
Ahahahaha.. Comel sangat jatuh katil pun.
Mommy kejut Daddy minta tolong angkat beliau, buatkan susu, tukar pampers. Sebab Mommy tengah menyusu adik. In the meantime, Mommy snap this pic. Hehehehe
28.02.2013
Pagi tadi, kul 6, beliau panjat katil Mommy. Mintak susu. Siap kua dari bilik. Dah buat susu, ajak minum, beliau cepat2 panjat katilnya, tarik comforter, peluk bantal busuk, minum & zzzZZZzz balik. Hehehehe
Hannah Damia
Mommy tau kakak sangat bijak. Cepat adapt dengan apa yang Mommy ajar. Memang Mommy sedih tdo berjauhan macam nih, tapi, sekali sekala, Mommy akan ajak tdo sekali jugak punya!! Daddy suh Mommy kentalkan hati. HD pun cepat sangat terima ajaran Mommy Daddy. Syukur Alhamdulillah..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!