Semalam, Mommy MC sebab beliau demam panas gegiler. Tahap 40.3.. Ha.. Jenuh! Memang tinggi sangat tu.. Hari Isnin tu, lepas maghrib, dia dh start dedar dah. Mommy x kasi pakai baju. So, togel lah dia malam tu..
Maintain nak main. Tapi, kul 3 pagi, Mommy terasa lain macam. Asal asik macam gigil2 je HD nih. Check suhu, alamak.. 39 degree??!! Marah bila Mommy masukkan Voren kt montot beliau & letak cool fever kt belakang badan (*tips demam). Agak lama, barulah Mommy tuka tempat cool fever tu. Kat dahi. Nasib dia ok. Sebab marah sgt sejuk kt blkg kot. Hehehe
Mommy plak.. Dah la kebetulan tgh sakit tekak gegiler. Rasa mmg nak demam jugak nih! Ayayai.. mampukah Mommy jaga HD. X sanggup hantar HD ke nursery kalau camni punya panas. Jangkaan Mommy memang tepat. HD bukan sekadar demam malam saje. Menten panas sampai siang hari.. Aduhaiiii. Mommy pn kena MC gak..
Lepas mandi, gigil2. Masuk jap dalam bilik. Beliau sendiri tarik selimut. Sejuk sangat la tu.. Mommy cuma pakaikan baju yang agak singkat & nipis (*tips demam).
Mata layu nih sebenarnya tengah panas sangat plus dok layan KPOP & Boboiboy kat tab. Mommy x kasi dia pegang sebab x larat sangat kan?? Kejap je zzZZZzzzZZZ.
Terus Mommy togelkan beliau tinggal pampers je (*tips demam).. Kang haba x kua plak tdo berbaju nih..
Bangun dari tdo, suhu badan masih lagi naik turun dari 39-40. Main2 lak suhu nih pun. Nasib dia mau orang pakaikan cool fever kat dahi. Keadaan luar rumah yang macam ribut & hujan lebat tu, x sanggup plak rasanya nak kasi dia togel je. So, pakai balik baju. But still, dalam dia dok main tu pn, Mommy x henti jeram kepala kasi itu heat keluar!! (*tips demam)
Tido malam, cuma di ruang tamu (*tips demam). Sebabnya mudah, untuk elak haba yang berkeliaran dalam bilik tido yang x berapa luas tu, plus, campuran haba badan Daddy & Mommy yang boleh meningkatkan lagi haba dalam badan HD. So, ruang tamu is the best. (*tips demam).
Doakan HD sihat ya kawan2.. Tq..