Mon. Apr 28th, 2025

HANTAR HANNAH, RILEKS JER.. LAIN MACAM MASA HANTAR ARIQ 1ST DAY SEKOLAH NIH.. TISU PLEASE

HANTAR HANNAH, RILEKS JER.. LAIN MACAM MASA HANTAR ARIQ 1ST DAY SEKOLAH NIH.. TISU PLEASE a

Sebak teruk.. tetiba mengalir air mata. Dah la tisu takde. Adoii la..

Hantar Hannah masa Darjah 1, Mommy sengih je sepanjang masa.

Masa Ariq?

Mula-mula tu ok jer..

Siap boleh berselfie bagai.. Boleh arahkan Ariq posing dulu sebelum masuk perhimpunan..

Ariq pun elok jer bagi kerjasama, walaupun ada sedikit meragam masa bangun pagi tadi. Meragam masa pakai baju jer. Katanya ‘sekolah rosak’.. Tak perlu pergi sekolah sebab sekolah rosak. Hahaha.. Akal! Sebab tu dia taknak pakai baju sekolah..

Mommy biar je.. sampai dia cool sendiri.. Ingatkan dia akan ok macam masa orientasi tahun 1 baru-baru ni..

Last-last ok jer. Mommy pula sepanjang masa puji dia hensem.. kembang sikit lah kot. Tu mood ok. Haha..

Ok sambung cerita di sekolah..

Sampai sedikit lewat sebab perlu hantar Hannah dulu. Sekolah lain-lain dan jauh sedikit, so kena keluar awal la lepas ni..

Seronok dia dapat rasmi beg Smiggle. Hadiah birthday tahun lepas..

Sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan. Maka, selepas menyanyikan 3 lagu utama iaitu Negara, Negeri Selangor dan lagu sekolah, masing-masing dah boleh duduk.

Compare zaman dulu, rasa nak tercabut lutut, baru lah cikgu announce untuk duduk. Budak zaman sekarang jer bertuah. Heee..

Mommy pada mulanya ok jer. Sehinggalah Mommy ambil tag ini untuk Ariq pakai. Sumpah.. perasaan masa ini sangat lain!

Mommy sebak! Sebak yang tak termampu lagi dibendung. Mommy sandar kat Daddy, sambil menangis. Dah la tisu takde. Adoi la.. Tapi air mata memang tak boleh nak stop. Aduyai.. Dalam hati, no worry, Mommy! Ariq ok..

Selesai perhimpunan, laju jer dia masuk ke kelas. Pandai pula buka kasut sendiri. Siap announce dia ‘dah balik’. Hahaha. Lawak adik!!

Kelas PPKI rehat awal sikit. Mereka diberikan RMT, jadi tak perlulah Mommy risau apa yang adik akan makan, apa yang dia perlu beli sebab semua tu, adik memang tak tahu kalau nak handle sendiri. Maybe ambil masa untuk belajar semua tu.. Inshaa Allah. Slow-slow kan adik?

Mommy terhendap-hendap sikit nak tengok adik makan atau tak.. Alhamdulillah.. mau juga suap sendiri. Walaupun masih confuse kiri kanan tangan tu. Biasalah yang ni.. kidal. Hahaha..

Sepanjang Mommy memerhatikan dia dari jauh, takde sorang pun cikgu datang kat dia. Mungkin sebab terlalu ramai. Tak nampak dah. Ermm.. risau juga kalau hari-hari macam ni. Tak makan la nanti. Itu pun dia gigit buah.

Tak tahan tengok dia terkial-kial sorang-sorang, Mommy terus ke tempat dia makan.. Pecah-pecahkan telur sikit. Erm.. Kena train lagi kat rumah bab makan sendiri. Tapi, tu lah.. kat rumah, manja dia kededek sangat! Kerna terpaksa seperti di sekolah tadi, boleh pulak makan dengan elok.

Akhirnya makan la juga nasi tu. Siap cedok kuah lagi. Haha. Boleh pun. Kat rumah, jangan harap nak makan sendiri. Hmm..

Habis je waktu rehat, kami pilih untuk berpisah sekejap. Biarlah Ariq dalam kelas. Inshaa Allah ok jer tu. Ramai betul dalam kelas tu. Semuanya sudah tentu istimewa. Moga Ariq dapat sesuaikan diri..

Mommy ambil kesempatan untuk ke bank. Uruskan ASB dan juga dapatkan statement akaun BSN untuk Ariq. Mommy harap, akaun BSN yang Mommy buka tahun lepas, sebagai pemegang amanah buat Ariq, dipermudahkan untuk urusan EMK (elaun murid berkeperluan khas). Risau juga bila diberitahu dah tak boleh guna akaun nama pemegang amanah.

Kalau nak buka akaun under nama Ariq, kena tunggu birthday dia nanti bulan 11 (perlu genap 7 tahun dan kena datang ke BSN untuk cop jari semasa buka akaun di BSN). Dah tu, macam mana nak mohon elaun tahun ni kan? Lambat la.. Harap-harap tiada masalah lah..

Jam 12, anak-anak kelas PPKI dah boleh balik. Kami tiba awal 10 minit. Rupanya ada yang dah boleh balik pun. Masa kami masuk tengok dia dalam kelas, kemain dia duduk bersantai dengan kawan perempuan (Sindrom Down). Anak SD ni, dari awal Mommy jumpa pun dah sejuk hati. Kemas betul cara dia pakai tudung. Nanti Mommy nak belek lah tudung apa dia pakai, inner apa dia pakai. Lepas tu boleh la Hannah tiru. Heeeeee..

Ini dah habis kelas ini. Masing-masing tunggu waris datang jemput. Kalau maintain dalam kelas, jenuh nak kejar kang. Hahah..

Jom interview sikit Ariq tentang 1st day sekolah..

Begitulah pengalaman Ariq first day. Tentang apa dia belajar hari ni, Mommy belum sempat tanya cikgu lagi.. Takpe.. Masih ada banyak masa. Yang penting, dia tahu yang dia perlu bersosial. Anak-anak begini, belajar sambil bermain. Biarlah mereka main puas-puas.

Tengok semula gambar adik masa kecik, alahai.. Buat Mommy lagi sebak ajer.

Haishhhh.. Mommy sebak bukan apa.. Dah 2 tahun berkepit dengan Mommy jer siang malam. Tak ke mana-mana tadika. Kini, terus masuk sekolah. Haaa. Kalau ada orang snap Mommy nangis tadi, jenuh la viral. Hahaha.. Perasaan bercampur aduk..

Doa Mommy, semoga urusan persekolahan harian adik dipermudahkan. Inshaa Allah adik boleh..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

5 thoughts on “HANTAR HANNAH, RILEKS JER.. LAIN MACAM MASA HANTAR ARIQ 1ST DAY SEKOLAH NIH.. TISU PLEASE”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!