Alhamdulillah.. Grand Ihtifal Little Caliph 2016 berjalan lancar semalam. Hannah pun happy sangat bila semuanya dah selesai. Hannah dah Graduate! Boleh masuk Darjah 1 dah. Yeay!!
Bertempat di Dewan Dato’ Keramat, bersebelahan LRT Jelatek, majlis Grand Ihtifal & Year End Celebration untuk semua pelajar Little Caliph Ukay Perdana & LC Setiawangsa.
Sebenarnya tahun ini agak berlainan dari majlis Grand Ihtifal 2015 sebab kali ini dua sesi dibuat. Pagi untuk pelajar kelas 4 dan 5 tahun. Petang untuk pelajar-pelajar 6 tahun (6KG & Pra Tahfiz). Ariq tak join apa2 persembahan sebab dia join kelas 3y.
Kalau tahun lepas ada sarapan, kali ini apa2 makanan pun takde. Adeh. Mujurlah anak-anak dah makan dulu, nasi lemak masa sarapan. Harap Hannah tak kelaparan sangat la kat belakang pentas sebab last makan pun roti jam 12.30 tengah hari. Hmmm..
PERSEMBAHAN ANAK-ANAK LITTLE CALIPH
Persembahan dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya persembahan bergilir-gilir dari pelajar LC Setiawangsa & LC Ukay Perdana. Mommy fokus persembahan Hannah je. Hee..
PERSEMBAHAN 1 : RECITAL OF AL FATIHAH & HAFAZAN SURAH YASSIN
Pelajar Pra Tahfiz membaca surah Al Fatihah & hafazan Yasin dari ayat 1 – 15. Alhamdulillah. Tahniah semua..
Hannah berdiri dua dari kanan.. Hehe.. Mommy harap boleh pergi lebih dekat.
Mommy kagum betul dengan semangat Hannah. Budak-budak. Macam takde perasaan cuak langsung. Rilek je walau berapa kali perform pun. Haha. Mommy? Nak rekod cakap depan kamera pun, gagal. Haishhh..
PERSEMBAHAN 2 : NOAH ARK
Hannah jadi bunga je kali ni. Hahaha. Tiada bunga, tak seri persembahan. Hahaha.
PERSEMBAHAN 3 : GELOMBANG KEADILAN
Sangat enjoy layan persembahan dorang. Hebat teachers yang melatih anak-anak zaman sekarang ni. Mommy dulu, tak tau la boleh buat ke tak macam ni. Siap ada choral speaking lagi. Aduhai. Terer betul.
HANNAH TERIMA SIJIL GRADUASI
Selepas tamat semua persembahan, tiba masa untuk majlis konvokesyen. Dimulakan dengan pelajar-pelajar LC Setiawangsa dan diikuti LC Ukay Perdana.. Untuk kelas Pra Tahfiz, Hannah pelajar perempuan pertama yang ambil sijil. Tahniah sayang.. Tamat sudah per’sekolah’an Hannah. 2 tahun bersama Little Caliph. Banyak sangat improvement. Alhamdulillah. Terima kasih tidak terhingga buat teachers. P/s: Masa ni Ariq tidur. Hehe.
Mommy Daddy bangga dengan kakak..
MOMMY DAPAT KEJUTAN DARI HANNAH.. NALURI MOMMY TEPAT!
Daddy cakap, Hannah akan terpilih ke? Maigad Daddy. Tak kenal anak lagi ke? Mommy dah agak dari awal lagi. Hannah will get something special today. Tak kisah apa Award sekalipun, Mommy yakin dia akan dapat sesuatu. Tepat naluri Mommy.
Nama Hannah Damia diumum untuk Best English Award untuk kelasnya, Pra Tahfiz.. Alhamdulillah. T__T * nanes
No wonder setiap kali perjumpaan ibubapa, dari tahun lepas lagi, teacher selalu cakap yang Hannah sangat minat dan fasih English. Dan di rumah, dia lebih suka ajak Mommy Daddy speaking. Hannah punya tahap rajin membaca tu memang kalah la Mommy Daddy. Hehe.. Usaha dia sendiri semuanya, ditambah kebijaksanaan teacher yang mengajar. Alhamdulillah.
Happy Mommy & Daddy
Happy my Lil Daughter..
With her Principal, Teacher Noormilah
With her class Teacher, Teacher Yana
With all of LC UP Teachers
Alhamdulillah. Tahniah kakak. Moga kakak sentiasa berjaya di dunia dan akhirat. Mommy sentiasa doakan untuk kakak. Amin. We love you so much.
Permintaan Khas. Ini kawan baik Hannah. Al Amin namanya. Too early sayang. Jangan kenalkan bf lagi please.
Tahniah juga buat Al Amin kawan sekelas Hannah ni. Dapat Best Hafazan Award. Wah. Good boy. Moga berjaya di dunia dan akhirat juga. Amin..
wahhh! Tahniahhh kepada anak akk atas anugerah yang diterima.
Alhamdulillah. Tq ainaa
Wahhh. Tahniah kepada anak kak Sheha . Hehe
Tq uncle afiq.. hehe
Dah macam konvokesyen budak2 ijazah pulak.. hebat sistem pendidikan zaman sekarang nie
Hehe.. dah start buat adat plak kot skrg. Hehehe
Tahniah hannah. Perjalanan masih panjang. Kalau terus di gilap, insyaallah. Tahniah jugak kak she .
Tahniah hannah. Kalau terus digilap. Insyaallah lg bersinar. Tahniah jugak mommy . Huhu
Ada style la tudung dia….
Tahniah Hannah, Best English gituuuu….
Alhmdulillah. Tq uncle. hehe
Tahniah Shehan… Tahniah Hannah