Wed. Jan 15th, 2025

FUNGSI WINDOWS BUTTON DI KEYBOARD ANDA

Butang logo ‘Windows’ yang terdapat pada papan kekunci (keyboard) anda seperti gambar di bawah jarang kita gunakan. Biasanya kita hanya tahu ia akan paparkan menu ‘Windows’ apabila ditekan.

fungsi-windows-button-di-keyboard-anda
My Hello Kitty Keyboard

Keyboard kat office Mommy. Mommy beli my own keyboard tau. Mommy ada kongsi entri di sini.

FUNGSI WINDOWS BUTTON DI KEYBOARD ANDA

Jom Mommy kongsi tips di bawah tentang fungsi lain bagi butang tersebut:

  1. Windows+L  – Kunci komputer – komputer anda akan terkunci dengan sendirinya
  2. Windows+E – Cari dokumen – Biasanya kita buka “my computer”. Kali ini, anda cuma tekan Windows+E, anda akan terus ke File Explorer / PC Manager
  3. Windows+D – Elak kantoi – Jangan gelabah. Tekan sahaja Windows+D, akan direct ke desktop!
  4. Windows+Tab – View 3D – Tekan Windows+Tab, desktop akan menjadi 3D (view semua open window in 1 place)
  5. Windows+R > taip psr.exe – Steps Recorder – Alat perakam di dalam windows. Tekan Windows+R, taip psr.exe, dah boleh mula merakam
  6. Windows+R > taip osk– Keyboard virtual (On Screen Keyboard) – Windows +R, taip osk, pasti akan muncul keyboard virtual!!
  7. Windows+“+” atau”-” – Zoom In / Out – Untuk besarkan atau kecilkan imej / tulisan – Tekan windows ditambah “+” atau”-“
  8. Windows+M – Minimize semua window yang sedang dibuka
  9. Windows+Print Screen – akan terhasil screenshot, tersimpan di dalam Screenshots folder, di Pictures folder
  10. Windows+Q – akan muncul search column
  11. Windows+”,” (that’s the comma sign!) – semua windows akan jadi transparent, selama mana anda tekan Window button tersebut
  12. Windows+X – akan muncul Quick Access Menu
  13. Ctrl+Tab – Tukar halaman tab
  14. Ctrl+W atau Alt+space+C – Tutup halaman tab yang sedang dibuka
  15. Ctrl+Esc – Start screen muncul

Selamat mencuba!

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

25 thoughts on “FUNGSI WINDOWS BUTTON DI KEYBOARD ANDA”
  1. ni tengah cuba2lah nih….hahahaha….tau windows tu untuk return back jerrr…rupanya banyak fungsi lagi yerrrr…..

    nice tips

  2. Saya tahu guna Window+D je… Itu je yang lekat di kepala. Yang lain belajar gak tapi lupa.. hahaha nampak sangat kan sebab apa ingat Window+D

  3. hahahha.. good info. memang tak pernah buat pun dgn butang window selaain daripada untuk tgk list program.. hahahha

  4. Ya Allah…julia terus cuba tips diatas ni…terbaik lah shehan…mmg kadang2 kita tak tau apa mode sebenar windows ni…rupanya banyakkk haaa…tq for the great tips!

  5. Thanks for sharing, keep on posting ma’m

    Regards,
    Computer Innovations

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!