AEON MALL BUKIT TINGGI RAI TAHUN BARU CINA DENGAN INISIATIF CSR “PROPERTY BLOSSOM”

AEON MALL Bukit Tinggi Rai Tahun Baru Cina dengan Inisiatif CSR “Prosperity Blossom” | Sempena sambutan Tahun Baru Cina, AEON MALL menganjurkan satu program bermakna melalui inisiatif CSR mereka, “Prosperity Blossom”, yang berlangsung di AEON MALL Bukit Tinggi.

AEON MALL Prosperity Blossom

Acara ini menggabungkan elemen warisan budaya dan tanggungjawab sosial korporat dalam satu platform yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya golongan pelajar yang aktif dalam tarian singa.

Majlis Sumbangan Kepala Singa kepada 9 Persatuan

Antara kemuncak acara ialah Lion Head Donation Ceremony, di mana sembilan (9) persatuan tarian singa sekolah menerima kepala singa baharu sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan AEON MALL terhadap pembangunan belia dan pemeliharaan budaya.

AEON MALL Prosperity Blossom

Persatuan yang terlibat ialah:

  1. Jing Sun Welfare Society
  2. Ti-Ratana Welfare Society Malaysia
  3. Hin Hua High School
  4. Kuen Cheng High School
  5. Catholic High School, Petaling Jaya
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang KL
  8. Khuan Loke Dragon & Lion Dance Association Malaysia
  9. Hong Yi Dragon and Lion Dance Association

Sumbangan ini membantu menyokong aktiviti kokurikulum serta memastikan tradisi tarian singa terus dipelihara dalam kalangan generasi muda.

Upacara Lion Head Dotting Simbolik Kemakmuran

Majlis dimulakan dengan Upacara Lion Head Dotting yang membawa simbol kemakmuran dan permulaan yang baik.

Upacara ini dirasmikan oleh AEON MALL bersama enam rakan penaja perniagaan:

  • The Film Engine
  • Toy World Malaysia
  • Poh Kong
  • ITSU
  • Souper Tang
  • Hock Kee

Kerjasama ini melambangkan semangat kolaborasi, kemakmuran bersama dan nilai yang dikongsi dalam usaha memberi impak positif kepada masyarakat.

Objektif Inisiatif “Prosperity Blossom”

AEON MALL Prosperity Blossom

Sumbangan kepala singa ini bertujuan untuk:

  • Menyokong kesinambungan amalan budaya tradisional
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi persatuan sekolah
  • Memperkasa generasi muda melalui disiplin dan semangat kerja berpasukan

Tarian singa bukan sekadar persembahan ketika musim perayaan, tetapi juga aktiviti yang membentuk disiplin, fokus dan kerjasama berpasukan.

Komitmen AEON MALL Terhadap Komuniti

AEON MALL Prosperity Blossom

Melalui inisiatif “Prosperity Blossom” ini, AEON MALL terus memainkan peranan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab. Dengan kerjasama para penyewa dan rakan perniagaan, mereka komited dalam mewujudkan impak komuniti yang positif dan mampan, khususnya ketika musim perayaan yang signifikan seperti Tahun Baru Cina.

Inisiatif seperti ini menunjukkan bagaimana sambutan perayaan boleh diraikan sambil memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti setempat.

Kalau korang plan nak ke AEON MALL Bukit Tinggi musim CNY ni, selain enjoy suasana festive, boleh juga ambil tahu tentang inisiatif komuniti macam ni. Small effort, but meaningful untuk generasi muda dan warisan budaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!