22/06/2024 4:47 AM
Salam
asing sampah
Sebelum ni dah keluar paper yang setiap premis termasuk rumah diwajibkan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di rumah bermula 1 September 2015.
  • pelaksanaan tersebut turut diwajibkan ke atas premis kediaman bertingkat seperti kondominium dan rumah pangsa.
  • kegagalan untuk mematuhi pelaksanaan tersebut akan mengakibatkan  tindakan undang-undang dikenakan ke atas pemilik premis.
  • pelaksanaan ini akan bermula pada 1 September hingga Disember tahun ini.
  • manakala bermula Januari 2016, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan.
  • pihak syarikat konsesi akan membekalkan tong sampah kepada setiap rumah dan sisa tersebut akan dikutip sebanyak dua kali seminggu.
  • bagi sisa yang boleh di kitar semula, sisa tersebut perlu diasingkan dan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah.
  • bagi sisa kertas, premis digalakkan menggunakan plastik biru.
  • bagi sisa plastik, premis digalakkan guna plastik berwarna putih.
  • sisa kitar semula yang lain seperti kaca, sisa elektronik, tin aluminium dan lain-lain digalakkan untuk menggunakan plastik berwarna hijau.
  • sisa pukal seperti perabot dan peralatan elektrik perlu diletakkan di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan, manakala sisa taman dan kebun perlu diikat dengan plastik yang sesuai

********

Kenapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di punca

3R
Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula

Fasiliti
Mengurangkan jumlah sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan

Jimat
Mengurangkan peruntukan wang negara untuk proses pelupusan sisa pepejal

********
Jenis Sisa Pepejal Yang Perlu Diasingkan Mengikut Kumpulan dan Bilangan Kutipan Seminggu.

Sisa pepejal di bawah diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan.

Sekali Seminggu


Kertas


Plastik


Kaca/Seramik


Tin aluminium/besi/logam


Sisa elektronik/barang elektrik kecil


Bahan fabrik/kasut/getah/kulit


Sisa berbahaya


Sisa Pukal


Sisa Kebun/Taman

2 Kali Seminggu


Sisa Makanan


Lampin Pakai Buang Dan Lain-lain

 
Soalan-soalan lazim yang lain boleh dibaca di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!