Tue. Dec 3rd, 2024
Agak berturutan jugak la kes demam nih. Bermula dari HD yang cuma flu n batuk sejak hari khamis, 6 Jun, Mommy start batuk 7 Jun. Pagi buta 9 Jun around 5am hantar daddy ke KL Central (Daddy nak ke Jepun), sebelum tengah hari, Paksu yang dtg tlg hantar Daddy bawak Mommy & HDAE ke klinik Azizah utk cucuk 5m vaksin utk Ariq. Ariq pada masa nih dah 6m. Tapi lambat cucuk yang 4m hr tu almost sebulan. So kena tunggu sebulan gak la nak datang cucuk untuk 5m. Petang tu, AE start demam dah. T_T
Hari Ahad tu jugak la HD asik nk meragam je. Bikin Mommy jadi naga kejap. Grrrr.. Lepas kena marah, baru boleh tido. Masa sebelum beliau tido, Mommy cepat2 pegi hug & minta maaf kt beliau. Huuu. Nyesal nih selalu terjadi kan? Grrrr..
Esok pagi around 3am, HD pulak demam panas!!!! Ayayaiiiii
Tekanan perasaan mmg ada la. Gagahkan jua diri ini handle anak2. Hati rasa berat sangat nak letak kt nursery. Tapi, no choice.. Tskkk
Selasa, 11 Jun pagi, masih dedar2. Tapi, petangnya macam dh ok. Petangnya HD masih sonok2 bilang 1-10 in English kat tangga. Tengok vid nih..
Jun 10, 2013 | Hannah count 1 to 10.. so clever!!! #hannahdamia #2year8months by shehan_ismail84 on Keek.com
Malam 12 Jun tu, adik AE pn syok2 ja dok kunyah2 mulut beliau. Nak tumbuh gigi kot. Tu pasal adik demam eh? Plus lepas cucuk sama kan??
Jun 11, 2013 | senyuman menawan #ariqemir #6months by shehan_ismail84 on Keek.com
Namun, 13 Jun i.e semalam, hari Khamis, permulaan demam semula HDAE dari malam tadi. Macam x henti kan demam depa nih.. T_T
Mommy pn dah berat sangat kepala. Hari2 xle tido lena lgsg! Sejam sekali sure jaga. Anak sakit, redha je lah. Nak marah kat sapa kan?? Takkan kt tuhan kot? Marah pn, tampar diri sndiri je lah. Ada lah nih khilaf kt mana2. Sob2.. Mari audit diri.
Siangnya HD cm ok dah. Petangnya, adik AE masih PANAS GILERRRR lagi. Dengan keadaan ceri beri masa turun 4 tingkat rumah tu, Mommy bawak HDAE ke klinik terdekat. Terpaksa la kan. Gagahkan diri nih. No choice. Kena kuat. Xle manja2. Dengan sampah berat sebelah tangan kiri, pegang hannah sebelah kanan, dukung adik kt boba bhgn depan. Fuhhhh.. Kalau la ada orang tolong snap. Hiiii
Lawak betul, sampah letak kt atas bonet kereta, bila smpai kt tmpt tong besar, eh.. mana sampah? Jatuh tengah jalan k. Aduyaiiii.. Berat n besar. Ya Allah. Jap lagi lah amek. Gi klinik dulu.
Sampai ke klinik, terus jumpa doc. Doc nak masukkan voren supp kt bontot adik, tapi adek ceri beri la plak. Pegi basuh dulu, then Mommy yang wt sndr kt luar bilik doc tu. Ala, Mommy pn doc jugak. Doc persendirian kt rumah. Hehehe.
Balik tu tengok xde dah sampah. Heee. Magik kan? Mesti ada hamba Allah dah tolong nih. Moga Allah memberkatinya.
Sampai kt rumah, Mommy cepat2 panaskan sup & nasi utk mkn. Lapar giler plus letih. Plus adik nak mngempeng. Memang lama beliau mnyusu. Sekali, HD dah ttido sendiri. Alamak. Letih kah??
Adik kaco2 rambut kakak yang tgh tdo. Kakak terjaga & menangis geram. huhuhuh
Kul 9 lebih HD terjaga. Mommy tanya nak makan nasi x. Nak susu je beliau jawab. Erm.. Merengek2. Rasa badan, alamak.. Erm.. demam lagi.. Then, tetiba sebut Daddy more than 3 times. Allahuakbar!!!
Daddy belum skype lagi masa tu. Sabar ya nak. Tapi, masa Daddy skype, anak dah tido gini dah.. Peluk baju Daddy sebab rindu agaknya..
Ubat kami 3..
Ubat Mommy – flu, demam & antibiotik sbb dh lama demam n migrain.
Ubat HD – demam, batuk & antibiotik
Ubat AE – demam, voren supp, cooling gel sheet & krim sapu (ada cam benjol spt bisul kt kepala)
Perlu positif ketika anak2 demam. Ini yang Mommy tengah hadapi sekarang. Sebab Mommy tau penyebab demam. Tapi, ada masa Mommy xtau jugak penyebab demam anak2 nih.
# Ariq Emir Haris Anuar dah boleh menyulur laju. Pusing badan dari keadaan meniarap ke terlentang yang bermula 17May lalu, kini semakin cekap. Ini perubahan akibat demam. Sekarang masih ligat angkat bontot tinggi2. Xtau la nak merangkak ke, nak duduk ke, wallahualam. Gigi pulak macam x nampak lagi. Tengok keek beliau
Jun 13, 2013 | budak x reti dok diam. mau x sampai atas lantai #ariqemir by shehan_ismail84 on Keek.com
# Hannah Damia Haris Anuar Mommy yakin ini sebab rindu Daddy kesayangannya di Jepun. Nak kata tumbuh gigi, gigi dah full. Kalau nak kata boleh bercakap, mungkin juga. Skrg ABC & 1-10 memang dah cekap. Alhamdulillah.
Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel “pembersih” dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. 
Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikuti dengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari.
Harapan Mommy mereka nih cepat sihat. Mommy rasa, Mommy kena start ambil VCO semula sbb tenaga Mommy memang lemah sgt since Mommy stop VCO last week. Stop sebab nak tgk adakah alergi ruam AE tu dsebabkan VCO atau apa. Rupanya lebih kepada food intake Mommy lah nampaknya. Bukan VCO. Tapi, makan VCO, AE jadi cam kurang berak. Masa stop hr tu, AE berak 2,3 times a day la plak. Mungkin sebab start makan jugak kot. Ermm.. pening dah. Apa pn, start VCO semula n tgk efeknya lepas nih..
Tengok AE start makan, leh usha kt sini >> Homemade Food For HDAE
Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!