Sepanjang setahun di Tahun 1, Mommy hargai setiap usaha Kakak. Walau kadang-kadang kakak main sambil belajar, Mommy cuba letakkan diri di tempat kakak. Belajar memang bosan. Mommy faham. Haha.
Baca buku, lagi lah. Jadi, Mommy ambil peluang untuk belajar bersama-sama kakak. Cuma, ia tidak mencukupi sebab kita selalu belajar last minute. Tapi, Mommy taknak push sangat sebab Mommy tahu kakak dah gigih di sekolah. Takkan nak paksa di rumah pula. Semua tuisyen pun Mommy tak rancang sedangkan banyak anak-anak lain yang dah pun ke tempat tuisyen walau baru darjah 1.
Mommy minta pendapat cikgu kelas Hannah sendiri, perlu atau tidak ke Tuisyen. Kerana masa tu Mommy rasa yang Hannah masih lemah matematik. Susah nak ajar sebab Mommy pun tak tahu teknik yang cikgu guna untuk budak-budak mudah faham. Kita ni sempoi je. Cuma nak kasi faham tu. Tapi, teacher cakap tak perlu. Sebab dia nampak Hannah dah boleh dari dalam kelas dan juga masih terlalu muda untuk ke tuisyen. Ok, Mommy ikut.
Result keseluruhan sepanjang tahun, Mommy dah dapat minggu ni. Itupun sebelum tu ada kesilapan result saps online tu. Mujur sempat dibetulkan. Terus melonjak result keseluruhan Hannah. Walau pada mulanya Mommy tak expect apa-apa.
Alhamdulillah. Hari ni Hannah berada di Majlis Anugerah Kecemerlangan. Hannah banggakan Mommy dengan 2 anugerah kali ni.
![ANUGERAH KECEMERLANGAN - TAHNIAH HANNAH DAMIA](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/11/ANUGERAH-KECEMERLANGAN-TAHNIAH-HANNAH-DAMIA.jpg?resize=640%2C853&ssl=1)
Hannah berjaya mendapat 2 anugerah iaitu :
![ANUGERAH KECEMERLANGAN - TAHNIAH HANNAH DAMIA](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/11/ANUGERAH-KECEMERLANGAN-TAHNIAH-HANNAH-DAMIA-4.jpg?resize=640%2C853&ssl=1)
![ANUGERAH KECEMERLANGAN - TAHNIAH HANNAH DAMIA](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/11/ANUGERAH-KECEMERLANGAN-TAHNIAH-HANNAH-DAMIA-2.jpg?resize=640%2C853&ssl=1)
![ANUGERAH KECEMERLANGAN - TAHNIAH HANNAH DAMIA](https://i0.wp.com/shehanzstudio.com/wp-content/uploads/2017/11/ANUGERAH-KECEMERLANGAN-TAHNIAH-HANNAH-DAMIA-5.jpg?resize=607%2C1080&ssl=1)
Hannah, kalau Hannah baca ni, Mommy bangga sangat dengan Hannah. Terima kasih untuk usaha Hannah tahun ni. Mommy harap, Hannah akan sentiasa berusaha sebab masa depan bergantung kepada usaha Hannah sendiri. Mommy cuma mampu tolong sikit-sikit dan berdoa banyak-banyak untuk Hannah. Perkara lain, mungkin Mommy tak termampu. Apa pun, Mommy doakan Hannah sentiasa berjaya dunia dan akhirat. Amin. Tahniah. Jom makan sushi king!
tahniah hannah! moga terus menjadi kebanggaan mommy dan daddy!
Tahniah Hannah Damia..
(Sama pulak dgn nama anak ku Hannah Damia Awatif)
Tahniah Hannah Damia..
perjalanan Hannah makin panjang..
semoga terus berjaya..
keep it up!
tahniah hannah… smoga berkekalan kehadapan nanti . tahniah juga untuk parents.. biasanya kalau kecik gini sokongan dari parents tu penting juga .
Tahniah hannah, terbaiklah, bangga tau tgk pencapaian hannah…auntie dulu belajar tak pandai cm ni pun…dah la pendiam dalam kelas…bila dah besar ni kan auntie plak cakap tak diam-diam hahaha…all the best dear
tahniah hannah..jadi budak pandai ..hehe
tahniah hannah, anak pintar ini
tq mimin. Alhamdulillah Moga sentiasa improve. hehe
Tahniah Hannah! Semoga terus cemerlang. Yang penting kita cuba bantu mana yang boleh. Selebihya keupayaan anak-anak juga.