Liat bila disuruh, terutamanya bab solat. Ibu bapa boleh amalkan doa seperti di bawah untuk diri dan anak-anak supaya rajin solat. Untuk yang dewasa kalau liat pun, rajin-rajin juga la amalkan doa ini.
Selain doa, apa lagi yang ibu dan bapa rasa menjadi faktor penting untuk menarik anak-anak kecil ini solat? Dari apa yang Mommy lalui bersama Hannah Damia, dia lebih teruja kalau kita ajak solat sekali, bukan menyuruh dia pergi solat sendiri. Ya, Hannah Damia memang boleh solat sendiri, tapi dia punya keterujaan tu berbeza jika diajak berjemaah. Jadi, Mommy yakin, daripada menyuruh, adalah lebih baik mengajak. Betul tak?
TIPS AJAK ANAK SOLAT
1. JANGAN JEMU MENGAJAK SOLAT
Dengan usia muda anak-anak, sebagai ibubapa, jangan sesekali kita jemu mengajak mereka. Dari usia 1 tahun lagi dah boleh mula mengajak sebenarnya. Biar mereka terbiasa dengan ajakan kita walaupun mereka mulanya cuma mendengar dan tidak ikut kita solat lagi.
“kakak.. jom solat dengan Mommy?”
“adik.. jom solat dengan Mommy?
2. CERITAKAN MENGAPA KENA SOLAT
Tak perlu nak cerita segala hadis lagi untuk usia-usia muda ni ye. Mungkin mereka belum faham. Cuba olah cerita yang mudah faham contohnya..
Mommy : Kakak tahu tak kenapa kakak kena solat?
Anak : Kenapa?
Mommy : Kalau kakak rajin solat, nanti Allah sayang, teacher sayang, mommy daddy sayang. Semua lah sayang kakak.
Pendedahan dari tadika kepada anak-anak Mommy sebenarnya sangat membantu mereka memahami kepentingan solat. Jadi, sebagai ibu bapa, dah boleh mula cari tadika yang mengajar solat dalam aktiviti harian mereka. Inshaa Allah.
3. JADI CONTOH UNTUK ANAK
Ibubapa wajib menjadi contoh kepada anak-anak dalam hal ini. Otak anak-anak ni ibarat span tau. Apa yang mereka lihat, dan dengar, akan mudah diserap. Boleh mulakan dengan sentiasa solat depan mereka. Biar mereka amati apa yang kita buat. Dengan suasana begini, mereka pasti terikut sendiri.
4. BELIKAN MEREKA TELEKUNG KANAK-KANAK YANG SELESA DAN COMEL
Pernah tak ibu bapa hadapi masalah dengan telekung anak seperti di bawah?
- Terlalu longgar dan tidak padan dengan usia anak?
- Material kain yang panas dan anak tidak selesa bila memakainya?
- Susah nak jumpa telekung yang materialnya berkualiti, melekap kemas di muka dan jahitan kemas?
- Saiz muka besar?
- Terpaksa pakai pin di leher kerana longgar?
- Bila solat rambut anak terjurai keluar?
Untuk menarik minat mereka lagi, belikan mereka telekung kanak-kanak yang sesuai dan paling penting SELESA. Memandangkan anak-anak kita sudah masuk usia ‘perlu belajar solat’, TELEKUNG SAFIYA ini pilihan tepat untuk anak-anak kita. Telekung Safiya boleh membantu mengatasi masalah di atas.. Sangat kemas di bahagian muka, tidak perlu memakai anak tudung dan selesa untuk anak-anak pakai ketika solat. Juga boleh dibuat sebagai telekung travel kerana nipis dan ringan.
Telekung Safiya untuk kanak-kanak ini diperbuat dari material Jersey yang lembut dan super selesa! Kita semua sedia maklum yang telekung merupakan set pakaian yang menutupi hampir keseluruhan badan dan sekiranya pemilihan material yang salah, ia membuatkannya panas apabila dipakai. Apabila panas, kanak-kanak semestinya akan merasa rimas dan mengikut pengalaman kita, kanak-kanak akan memberikan 1001 alasan untuk tidak memakai telekung. Jadi dari pengalaman itu, material telekung safiya ini memang sesuai dihadiahkan untuk anak-anak tersayang..
HARAPAN MOMMY
Moga dengan tips di atas akan membantu minat anak-anak kita untuk solat. Jika ibu bapa mahukan maklumat lanjut mengenai koleksi warna terkini dan harga Telekung Safiya di atas, boleh whatsapp Mommy (0123498262).
Setuju, jangan setakat suruh dan paksa. Tapi ajak solat sama sama lebih bagus
Yes. Betul.
Setuju kena ajak. Pastu seeding setiap mlm..
inshaa Allah..
Betul.. saya setuju..
Terutamanya masa nak mengajar anak-anak sembahyang eloklah ayah jadi imam kepada anak-anak.. dalam setiap bacaan solat kalau boleh baca dalam keadaan berbisik yg agak kuat, supaya anak-anak boleh dengar dan ikut setiap bacaan kita.. sekadar berkongsi pengalaman..
yup. dengan daddy, kena baca kuat. kdg2 hannah baca kuat smpai ganggu daddy pula. kihkih. kena info dlu sblm solat, jgn kuat sgt..
comelnya telekung kanak-kanak.. suka tengok..
hehe.. utk dewasa pun ada gini. kalau nak sedondon la. hehehe
Betul. Anak-anak lagi cepat buat bila kita buat bersama-sama berbanding suruh.
dia rasa diri diperlukan. sbb tu dorang takkan rasa terpaksa
Alhamdulillah.. comel anak pakai telekung
🙂 thanks