Wed. Feb 12th, 2025

DAISO, HOMES..SEMUA RM5 KAMI DATANG!!

Layan video dulu..

HD tengah tunggu Mommy bersiap. So, dia nak studi dulu..
Aksi HD lately.. Hihihi
Bila org suh senyum, dan2 dia menganga.. Bukan nangis tau. Hahaha
Ngaaa~~~
@ DAISO & TIPS SHOPPING DI DAISO
Kami mulakan perjalanan ke One Utama untuk ke Jusco yang hampir setahun ditutup. Dibuka semula pada Ogos 2011, tp x sempat pegi. Hee.. Now baru pegi..
Plan asal mmg terkinja2 nak pegi Daiso kt The Curve. Daddy cakap, dr OU ke The Curve jauhhhh [perli la tu!!] Dia malas.. Tp, Mommy biasa la. Wat muka masam sket, dan2 Daddy kata ok2.. Ahahahaha
Masa nak parking kt bawah Jusco OU tu, tiba2…
“Hamaigad!!!! Daddy, it’s Daiso!! It’s here!! Yeay!! Stop the car!”
[supposed sebut Ya Allah! Soriiii!!]
Ngee.. semangat. “Lega xyah g the Curve!” kata Daddy. Hahahahaha.. Sambung lagi, “Tp, xkan nak park sukati kat cni. Cari la parking dlu”. Heee.. Seksaited sangat!!! Opss.. Eksaited!!
Daddy tukang galas beg & sorong buggy. Mommy hadap kamerapong.
Nak guna DSLR, sah2 xle kan dlm nih. Heeee
Antara barang2 comel kat cni. Lunch box cute2. All items RM5 OKEY!!
Nampak bentuk pisang tu? Yang atas, Banana Holder. Yang bawahnya, Banana Slicer
This is da part where i love da most. Cookie Cutter, Food Picks & bekas2 comey yang kalerful!
[Ijau..maigod! gila sudah!!!]
Subhanallah. Cute gilerrr.. Tau x, yang underwear nih SANGATTTTT LEMBUT.. rasa nak beli..
***********************
Lepas habehkan duit kat Daiso, kami jalan2 sekitar OU. Ke sana.. Ke mari.. Dari part Jusco ke part Parkson.. Lotih gilerrrr.. Dari 1230 t’hari kami sampai..
Hannah Damia yang super duper eksaited lepas Mommy & Daddy bagi chance jalan in public. Heee.. Siap ada orang langgar ngan beg plastik dorg. Tu la.. Sape suh kecik lagi. Heee
Tengok tu bila org suh senyum!!
Jalan sorang2.. Hehehehe..
***********************
Masa otw jalan dari Jusco ke Parkson area, Mommy terserempak kakak ke 2 Mommy & familynya.. Datang shopping gak kt OU. Kaktih panggilan untuknya.
HD nangis2. Igtkan apa, rupanya dia dah bocor.
Pegi mandi terus & tukar baju. Hehehehehe
Lil HD mula2 ok ja siap High 5 ngan robot Gintell tu. Once robot tu gerak, dia terus peluk Daddy kuat2. Tkejut gamaknya.
Jumpa Kaktih semula sbb suh dia tunggu. Bes. Kaktih bg duit untuk beli baju HD. Yeay!! Tq Kaktih!!
Tq Mak Ngah -kata HD!
Tapi, Mommy beli seluar jeans ini kt kedai Pepe Baby.. Heee
Harga cuma RM39.90.. COMEL KENNNNN??
Adjustable jeans, button kaler pink lg. Nice lah!
Ini 1st long jeans utk HD [sblm nih pendek jer]
Selepas berpisah, kami jalan2 lagi..
Tetiba, Mommy terjumpa Homes! RM4.99 punya kedai.. Haa.. kedai ni la yang sama cm kt Viva Homes. Lega. Xyah p Viva Homes lagi!
Since tema dapo ijau, xle le bli barang2 pinky nih. Heeee
HD tgh pilih mainan. Nasib baik RM4.99 jer. Heeee
Kendian, kami masuk ke Cold Storage. Suka sbb banyak choice & teratur.. Mommy p bhgn makanan Baby. Daddy plak dok usha barang2 dapo lain sbb plan nk buat Sushi sndr. Heee..
HD tido lama gilerrrr..
Air panas pulak dah habeh.. Kena p Jusco area semula.. Demmm
Menarik tapi this Farley’s Heinz Breakfast cam xde tanda halal rasanya. [sbb bnyk pgg mknn baby tp slack xde halal].
Except Cerelec Nestle.
Terjumpa benda bawah ini.. Sesuai untuk g travel.
Tuang dlm mangkuk, heat it, makan. Ngeee
So far, juz usha2 dlu. Last2 kua tanpa beli pa pe. Hahahaha
Terjumpa 1 lagi Daiso dalam area nih. Mommy masuk & beli Waterproof Apron & Chopping Block kaler ijau..
Ni lah keseluruhan barang yang beli kat 2 Daiso dalam OU Jusco nih..
[satu under Jusco sbb leh guna kad Jusco & dpt beg plastik Jusco- kat parking tu. Satu lagi, mmg Daiso pnya sbb guna beg plastik Daiso]
Semua ini lah..
Terdiri daripada:
Pictures speak for itself!
btw, this PEELER sangat SUPER DUPER BEST!! Cam shaver kn? Hehehe.. Leh stick kt besi sbb ada magnet. Bes lah!!
***********************
Kendian, jalan2 semula dari area Parkson ke area Jusco semula sbb nak cari air panas kt Baby’s Room.
Kendian, masuk part barang2 Organic dalam market Jusco.
Subhanallah! Nak shopping sini lps dpt gaji nt!!
Sebab bnyk sgt barang dapor yang sangat2 menguja hati dengan pelbagai pilihan yang x mcm supermarket lain.. Hahahaha.. Amacam? Terpengaruh x dgn ayat godaan Mommy nih?
Antaranya this part!!
weeeeeeeeeeeeeeee!!!
Ofkos Mommy akan pegi kat bahagian barang organik utk baby!!
mahal dowh!! tapi, sekali sekala, why not? Heeee
Yang ni mmg mengujakan hati & perasaan!!
Nak wat bihun goreng lah!!
***********************
Dalam perjalanan tu jugak, Mommy nampak this thing! That guy sedang kayuh beskal sungguh2. Igtkan senaman apa.. Rupanya, dia tgh MAIN GAME!! Wow!!! Kinda WII Style!
Sambung ke TV tu, then, kayuh la sungguh2.. Cam lawan beskal gamaknya. Heeee..
Camnih, mmg x boring la senaman!
Snap dari jauh jer. Malussss dkt2.. Heee
***********************
Jam dah tunjukkan 830 malam, agaknya abg iparku dah nk sampai dari Kedah.. Yer.. Kami cm org xde rumah pusing2 sekitar OU masa siang hari sbb nk tggu abg. Mls blk umah & nk keluar smula. Mmg x la kn??? Sedar2 je dah malam. Perghhh… Padan la sakit kaki ngalahkan apa lagi!! Perut pon dah nyanyi lagu Barney dah nih!! [pengaruh minat HD] 
Daddy tnya nak makan mana. Mommy on je mn2. Abg ayeh pn on je mn2..
Siap kasi hadiah utk HD.. Besnya..
Tq Uncle Long!
Eh.. ada selingan gambor adiah plak. Heee..
Lepas amek abg ayeh, kami ke Sekinchan Ikan Bakar..
HD dkt2 last ngamuk sbb ngantuk. Upahnya, Mommy suap nasi ngan ikan bawal. Banyak tau makan!!
Nih lauk2 yang diorder. Perasan x sesuatu yang sama?
Jawapannya..
kuah dia sama jer……nasib baik sedap.. Mommy melantak 2 pinggan nasi. Daddy pn. Hahahahaha.. TQ ayeh!!
Balik umah dah pukul 1130 mlm.. Ya Allah.. Dekat 12jam hari ni kt luar [eleh..cm x biasa..heee]
HD dah tido dari dalam keta lg. Perut kan dah kenyang. Sumbat nenen, pasang lagu barney.. zzzZZZzzz
Loh..aksi cmnih plak..xsempat tuka baju tido.. Haiyooo.. siannya..
UPDATE: Ramai yang tanya kt mana DAISO kn?? Nah…

Kuala Lumpur

 

Lokasi : Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Alamat : Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang, 55100 KL.

 Selangor
Lokasi : Damansara, Selangor.
Alamat : The Curve, 2nd Floor,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 
Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi : Puchong, Selangor.
Alamat : Second Floor, IOI Mall, Batu 9, 
Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.

Lokasi : Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Alamat : One Utama, LG Floor, 

Bandar Utama City Centre Bandar Utama

47800 Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi : Bandar Sunway, Selangor
Alamat : Sunway Pyramid Shopping Mall, 
No 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway

46150 Petaling Jaya, Selangor.

Melaka
Lokasi : Dataran Pahlawan, Melaka
Alamat : Level 1, Dataran Pahlawan Melaka Megamall

Jalan Merdeka, 75000 Bandar Hilir, Melaka.

Lokasi : JUSCO AEON MELAKA
Alamat : LOT-S33 . NO.2 Jalan Legenda, 
Taman1 Legenda, 75400, Melaka. 

Sabah
Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Alamat : 2nd Flr,1 Borneo Hypermall

Kota Kinabalu, Sabah.

Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah
Alamat : 7th Floor, CPS Tower Centre Point Sabah 
No.1 Jalan Centre, Kota Kinabalu, Sabah

Johor
Lokasi : Johor Bahru, Johor.
Alamat : AEON Bukit Indah
No 8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah,
81200 Johor Bahru, Johor.

Tips di Daiso Shop yang SEMUA BARANG RM5 dari Mommy:-
  • Dapatkan sedikit info dari kedai lain terlebih dahulu sblm u all start shopping kat Daiso. Sebabnya, bukan semua benda di Daiso itu Murah. Contohnya, files kt bhgn stationary, pelapik periuk panas, chopstick, etc contohnya, ada je kt luar yg lg murah.
  • Sebelum beli, fahamkan kegunaan & cara guna barang tsebut as dorg explain dlm tulisan Jepun atau kadang2 bad English. Siap ada penerangan lagi kt rak tsebut as extra info tau!! Cthnya, ada satu batu nih. Infonya, guna batu ini & gosok di tapak tangan untuk hilangkan bau ikan. Hahahhaah.. xke lawak tu?
  • Sebelum ke kaunter, check dlu items yg u all dah grab. Mgkn u all akan ubah fikiran lps tgk smula brg2 yang dipilih as bukan semua kita nk guna pn kn? Klu u all dah amek 10 brg kecik2 pn, dh RM50, tau??
  • Btw, barang2 di Daiso are non-refundable and cannot be exchanged. Maka, tilik la puas2 yer.. Mengikut kesesuaian rumah kita. Cthnya, kita bli box sudu2 utk letak dlm laci dapur kt umah, tp x muat ke, so nk wt ape je?
  • Jgn terlalu mudah jatuh cinta dkt tiny2 Japanese items tu. Mmg la comel2. Cthnya, span basuh pinggan utk sangkut kt penutup botol sabun cuci pinggan tu. Xke bnda tu ngarut je nk bli wpon comel?? Sedar x, satu bnda tu pn dh RM5!!
  • Sila jangan jd gila mcm Mommy ms 1st time shopping kt Daiso nih. Terutamanya lps tgk produk2 kecik comey yg mmg mengujakan tambah2 bhgn bento accessories bagai tu.. Sabar! Tarik nafas! Fikir secara relevan..
  •  Selamat berhabisan.. hahahahaha.. gelak jahat..

By YB Shehan

YB Shehan merupakan penulis blog Mommy's Diary of Life (www.shehanzstudio.com). Merupakan bekas pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan kini bergelar blogger sepenuh masa.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!